Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS KARNIVAL MESRA PIBG PELANCARAN KEMPEN 1 KELUARGA 1 BUKU

DAN WAKAF BARANG KEPERLUAN MURID-MURID SK GADONG JAYA 2019


27 APRIL 2019
SKRIP PENGACARA MAJLIS

BIL. AGENDA SKRIP CATATAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

 Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua


hadirin ke KARNIVAL MESRA PIBG SK GADONG JAYA
2019

 Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa


makluman kepada para hadirin.
MAKLUMAN AWAL
KEPADA TETAMU-  Mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk
1. ASAS MENGHADIRI di hadapan.
MAJLIS
 Matikan telefon bimbit semasa majlis berlangsung.

 Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga


majlis selesai kerana ini merupakan majlis rasmi sekolah.

 Mohon tetamu berdiri ketika VVIP berjalan masuk.

 Berdiri semasa nyanyian Lagu ‘Negaraku’

Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat
Ketibaan Tetamu- Tuan Cha Kee Chin Syailyna
2.
Tetamu Kehormat Ahli Parlimen Rasah

Dengan diiringi oleh Ahli Jawatankuasa PIBG dan Barisan


Pentadbir SK Gadong Jaya

- Lagu Negaraku -
3. Lagu ‘Negaraku’ Syailyna
Terima kasih. Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Persembahan
4. Pembukaan Syailyna

5. Kata-kata Aluan

1
YANG BERHORMAT
TUAN CHA KEE CHIN
Ahli Parlimen Rasah

YB HJ ISMAIL__________
Adun Labu

YANG BERUSAHA
PUAN ZAMMIRA BINTI RAMLI
Guru Besar SK Gadong Jaya
Ustaz Haris
YANG DIHORMATI
Yang Arif Tuan Hamizan bin Mohd Nor
Yang Di Pertua PIBG SK Gadong Jaya

______________________
PPD Seremban

_____________________
Wakil PKG Nilai

_____________________
Wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

_____________________
Wakil Ahli Majlis Perbandaran Nilai

______________________
Wakil Majlis Penduduk-penduduk Kampung Gadong

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, Barisan Pentadbir, guru-guru,


ibu bapa, Tuan-Tuan, Puan-Puan hadirin sekalian.

ASSALAMUALAIKUM w.b.t DAN SALAM SEJAHTERA

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t,


kerana dengan izin dan limpah kurnianya, dapat kita bersama-
sama berkumpul pada hari ini untuk bersama-sama
memeriahkan Majlis Karnival Mesra PIBG Pelancaran Kempen
1 Keluarga 1 Buku Dan Wakaf Barang Keperluan Murid-Murid
SK Gadong Jaya 2019.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan Al-Fadhil


Ustaz Muhammad Hazwan Bin Abdil Moris untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan. Ustaz Haris

6. Bacaan Doa - Doa -

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

7. Ucapan Guru Besar Hadirin sekalian,


SK Gadong Jaya
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Puan Zammira Binti
2
Ramli, Guru Besar SK Gadong Jaya, untuk menyampaikan
ucapan beliau. Dipersilakan. Syailyna

Majlis mengucapkan terima kasih.

Seterusnya marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang


akan disampaikan oleh Yang Arif Tuan Hamizan Bin Mohd Nor,
Yang Dipertua PIBG SK Gadong Jaya. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan. Syailyna
Ucapan YDP PIBG
8.
SK Gadong Jaya
Majlis mengucapkan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah untuk
9. Ucapan Perasmian menyampaikan ucapan dan merasmikan Karnival Mesra PIBG Ustaz Haris
SK Gadong Jaya 2019.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mohon YB Tuan Cha Kee Chin kekal di atas pentas. Mohon Pn.
Zammira,Guru Besar dan Yang Arif Tuan Hamizan,YDP PIBG
untuk bersama-sama YB di atas pentas.

Hadirin sekalian,
Bersama-sama kita hari ni kelihatan si cantik manis lagi jelita
membawa senaskah buku gergasi untuk gimik pelancaran.
Mohon YB Tuan Cha menarik isi yang ada di dalam buku yang
cantik itu.

Seterusnya mempersilakan En. Tarmizi Bin ………………. Untuk


menyerahkan buku kepada Pn. Zammira, Guru Besar SK
Gadong Jaya sebagai simbolik pelancaran 1 Buku 1 Keluarga
10. Gimik Pelancaran dan wakaf keperluan murid-murid SK Gadong Jaya. Ustaz Haris

Terima kasih En Tarmizi.

Simbolik seterusnya penyerahan buku daripada wakil


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
Terima kasih perpustakaan Awam

Kini masa yang ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah sesi ke


dua.
Dijemput YB Tuan Cha mencabut 3 nombor

12. Penyampaian Sebagai tanda penghargaan, sekalung budi seuntai kasih, Ustaz Haris
Cenderamata majlis mempersilakan Yang Arif Tuan Hamizan Bin Mohd Nor
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat
Tuan Cha Kee Chin.

3
Sempurnalah sudahmajlis perasmian Karnival Mesra PIBG SK
Gadong Jaya 2019. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin kerana sudi berkunjung ke
SK Gadong Jaya untuk bersua pandang, beramah mesra dan
mengungkap bicara melancarkan Karnival Mesra PIBG SK
Gadong Jaya 2019

Seterusnya mempersilakan YB Tu8an Cha dan tetamu-tetamu


kehormat melawat pameran yang mempamerkan hasil
sumbangan buku-buku,kertas A4 dan barang-barang keperluan
murid-murid sumbangan daripada sarana ibu bapa SK Gadong
Jaya yang hebat. Dipersilakan.

Kepada ibu bapa yang lain bolehlah ke gerai-gerai dan tapak


pameran yang disediakan. Jangan balik lagi kerana ada lagi dua
sesi cabutan bertuah yang akan berlangsung pada 12.30 tgh
hari dan 2.30 ptg. Manalah tahu rezeki tuan-tuan dan puan-
puan .
Terima kasih kerana menyerikan majlis perasmian Karnival
Mesra PIBG pada hari ini

Anda mungkin juga menyukai