Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN, PELANCARAN NILAM DAN PROGRAM

ZIARAH CAKNA SMK NYALAS 2020

Ketibaan Vip Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan bersama barisan Diyana

pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas ke astaka dengan

diiringi paluan kompang. Hadirin dipersilakan berdiri.

Nyanyian Hadirin sekalian, Diyana

Lagu Rasmi
Marilah sama-sama kita berdiri tegak bagi menyanyikan Lagu

Negaraku dan Melaka Maju Jaya.

Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Alu- Sirih berlipat sirih pinang, Atiqah

Aluan Sirih dari Pulau Mutiara;

Juruacara Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha,

Tn. Hj. Johari bin Abu Bakar

Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Jasin

Tn. Hj. Abd Razak bin Othman

1
Pengetua Smk Nyalas

En. Sarip bin Jumaat

Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Hjh. Sarina bt Mat Saman

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Shaik Alawdeen bin Mohamad

Pemangku Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru kanan matapelajaran, kaunselor-kaunselor, guru-guru,

dan anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran kita  panjatkan ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah Rahmat dan Izin Kasih-Nya, dapat kita

sama-sama berkumpul bagi memeriahkan MAJLIS WATIKAH

PELANTIKAN PEMIMPIN, PELANCARAN NILAM DAN

PROGRAM ZIARAH CAKNA SMK NYALAS 2020

Hadirin sekalian,

Majlis seumpama ini diadakan saban tahun di SMK Nyalas bertujuan

bagi menyemarakkan budaya kepimpinan dan budaya membaca dalam

2
kalangan warga SMK Nyalas, khususnya dalam kalangan pelajar.

Diharapkan majlis seumpama ini dapat membuka dimensi dan

persepsi baru yang lebih jitu dan lebih matang terhadap kelebihan

budaya membaca yang seterusnya memberi impak positif dalam

menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Bacaan Doa Hadirin sekalian, Diyana

Kalau tanjak di kepala berikat,

Kalau keris di pinggang tersemat,

Kalau bermajlis biarlah berkat,

Agar kita beroleh rahmat.

Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan

bermunajat dan memohon berkat melalui bacaan doa yang akan

dipimpin oleh al-fadhil Ustaz Jumary bin Jaafar.  Majlis dengan

penuh takzim, mempersilakan.

~ Bacaan doa ~

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Terima kasih diucapkan kepada al-

fadhil Ustaz Jumary bin Jaafar atas bacaan doa itu tadi.

3
Ucapan Hadirin sekalian, Diyana

Pengetua Majlis diteruskan dengan menjemput Tn. Hj. Abd Razak bin Othman,

Pengetua SMK Nyalas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Majlis mempersilakan.

~ Ucapan ~

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abd. Razak bin Othman atas

ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin hadirat yang dihormati Atiqah

Perasmian

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha

Tn. Hj. Johari bin Abu Bakar, Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan

Daerah Jasin untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan

majlis kita pada pagi ini. Majlis dengan penuh takzim,

mempersilakan.

4
~ Ucapan ~

Dengan ini, majlis menjemput Tn. Hj. Johari bin Abu Bakar diiringi

Tn. Hj. Abd. Razak bin Othman untuk menyempurnakan gimik

perasmian MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN,

PELANCARAN NILAM DAN PROGRAM ZIARAH CAKNA SMK


Gimik
NYALAS 2020. Dipersilakan.
perasmian

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha

Tn. Hj. Johari bin Abu Bakar atas ucapan dan kesudian merasmikan

majlis sebentar tadi.

Nyanyian Hadirin sekalian, Diyana

Lagu Nilam
Sebagai tanda pelancaran program kita pada hari ini, marilah kita

sama-sama menyanyikan Lagu Nilam dengan iringan muzik.

Hadirin dipersilakan berdiri.

5
-

Hadirin dipersilakan duduk.

Penyampaian Hadirin sekalian, Atiqah

anugerah
Majlis kita akan diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Anugerah
NILAM
NILAM bagi tahun 2019.

Oleh itu, majlis menjemput Tn. Hj. Johari bin Abu Bakar diiringi Tn.

Hj. Abd. Razak bin Othman untuk menyampaikan hadiah.

Dipersilakan.

Penyampaian Hadirin yang dimuliakan, Diyana

Watikah
Majlis diteruskan lagi dengan pemyampaian Watikah Pelantikan

kepada Para Pemimpin Pelajar SMK Nyalas bagi tahun 2020.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Johari bin Abu Bakar atas

kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi.

6
Lafaz Ikrar Hadirin sekalian, Atiqah

Majlis seterusnya menjemput Muhamad Hadif bin Muhaidin bagi

mengetuai lafaz ikrar Watikah Pelantikan PEMIMPIN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS BAGI TAHUN

2020. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Muhamad Hadif bin Muhaidin

kerana mengetuai lafaz ikrar sebentar tadi.

Penutup / Hadirin sekalian, Diyana

Sesi

Bergambar Dari Kedah ke pekan sari

/ Jamuan Beli suasa di Kota Tinggi

Selesai sudah tugas diberi

Di lain masa bersua lagi.

Madah diungkap santun bitara,

Pantun dilantun mengusik hati,

7
Salah dan silap tutur bicara,

Pohon diampun seikhlas hati

Kami  bagi pihak jawatankuasa pengelola MAJLIS WATIKAH

PELANTIKAN PEMIMPIN, PELANCARAN NILAM DAN

PROGRAM ZIARAH CAKNA SMK NYALAS 2020

merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

dan memberikan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung

dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

p/s Para pemimpin pelajar dijemput untuk sesi bergambar bersama

tetamu vip, barisan pentadbir dan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai