Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


_________________________________________

[ALU-ALUAN: ]

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Tuan Haji Abd Razak Bin Othman, Pengetua SMK Nyalas
Pn Hjh Sarina Binti Mat Saman, PK HEM
Tn Hj Baharuddin bin Abdullah , PK Ko kurikulum
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli jawatankuasa kerja
Guru-guru dan kakitangan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualikum wbrkt....
Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia

Bulan mengambang cantik berseri,


Mari dilihat di dalam taman,
Kehadiran kalian amat hargai,
Terus terpahat zaman berzaman

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan
kurnianya dapat kita hadir bersama-sama bagi mejayakan Majlis Pelancaran
Kem Membaca 1 Malaysia 2017 pada pagi yang mulia ini.
Untuk makluman sekalian,

Kem Membaca 1 malaysia ini adalah merupakan salah satu aktiviti utama
Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP). Program ini adalah bertujuan membina tabiat membaca di
kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
[UCAPAN PERASMIAN]

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Hadirin Sekalian

Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha


Tuan Haji Abd Razak Bin Othman, Pengetua SMK Nyalas untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini .
Dengan penuh hormat dan takzimnya, dipersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha tuan pengetua atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.
Dipersilakan Tuan Pengetua untuk menyempurnakan gimik perasmian

Maka dengan ini rasmilah sudah Perlancaran Kem Membaca 1 Malaysia smk
Nyalas bagi tahun 2017 ini.

[BERSURAI ]

Selesailah sudah Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada hari ini.
Pihak majlis sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Tuan Guru Besar, guru-guru serta kaki tangan dan semua yang menjayakan
majis pada hari ini. Jazzakallahu khairan kathira

[BERSURAI]

Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya ada
terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini, semoga
berjumpa lagi

Sekian

Anda mungkin juga menyukai