Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 07 OKTOBER 2013 (ISNIN, JAM 7.

30 PAGI)

PENGUMUMAN

Para hadirin sekalian diminta untuk bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

1. PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, diiringi oleh para pensyarah.

2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

3. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata Selamat Datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Yang Berusaha En. Azmi Bin Ayub Ketua Jabatan Pengajian Melayu,

Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah kanan, Pensyarah Cemerlang, Para Pensyarah, Barisan Kepimpinan Perwakilan Pelajar seterusnya Siswa Pendidik Sekalian. Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini dalam perhimpunan rasmi dan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar bagi tahun 2013.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis dengan ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar serta para jemputan ke majlis ini.

4. BACAAN DOA

Kalau pergi ke Jalan Keramat, Anak gadis jangan dipikat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Amirul Haizat Bin Sahrum untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Amirul Haizat atas bacaan doa sebentar tadi.

Untuk makluman semua sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan disambut bagi memfokuskan kepada bahasa kebangsaan, iaitu untuk mengukuhkan dan memperkasakan bahasa kebangsaan selaras dengan fungsinya sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Bulan Oktober merupakan bulan yang terpilih bagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di seluruh pelusuk Negara termasuklah di Institut Pendidikan Guru sejak tahun 2009 lagi.

Dengan itu, saya menyerahkan majlis kepada Saudara ________________ Dan Saudari ______________, untuk perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara/saudari _________ di atas kesudian mengendalikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,

Sepertimana yang kita sedia maklum, pada 23 hingga 26 September 2013 adalah merupakan minggu integriti yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Dalam pada itu, pelbagai program telah dijalankan bagi mengisi aktiviti pada minggu tersebut dan salah satunya ialah Pertandingan Pidato Integriti anjuran Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Bahasa.

Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan..

Yang Berusaha En. Azmi Bin Ayub, Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Mengiringi.., Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Dipersilakan peserta pertama, yang memenangi cenderahati iaitu. Seterusnya . Tempat ketiga pula dimenangi oleh . Seterusnya tempat kedua dimenangi oleh Dan tempat pertama pula dimenangi oleh

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang.

6. NYANYIAN LAGU RASMI Majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu rasmi iaitu lagu : 1) IPG Kampus Raja Melewar 2) Institut Pendidikan Guru 3) Negeri Sembilan

7. PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan, Maka sempurnalah sudah Perhimpunan Rasmi dan Majlis pelancaran Bulan Bahasa Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar bagi tahun 2013 . Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini amat dihargai . Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar kerana kesudian menghadiri majlis pada pagi ini.

Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya membaca serangkap pantun.

Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua saya pohonkan.

Sekian.Wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Guru pelatih sekalian diminta untuk tunggu sebentar bagi mendengar pengumuman. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai