Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS MINGGU BAHASA MELAYU SMJK TINGGI CINA MELAKA TAHUN 2013 Bismillahirrahmanirrahim Selamat

pagi dan selamat sejahtera Yang berusaha, Encik Lee Chee Choom Pengetua SMJK Tinggi CIna Melaka Puan Sung Chye Penolong Kanan Satu Puan Cheong Lee Chin Penolong Kanan HEM Cik Hajah Kamasiah Penolong Kokurikulum Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran Guru-guru Cemerlang, Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kerana kita dapat bernafas dan menghirup udara segar pada pagi yang mulia ini untuk kita sama-sama berkumpul di perhimpunan ini bagi pelancaran Minggu Bahasa Melayu Tahun 2013. Jika minggu yang lalu kita sama-sama menyaksikan pelancaran Minggu Sains dan Matematik, maka pada pagi ini Panitia Bahasa Melayu pula mengambil tempatnya.

Para hadirin yang dikasihi sekalian, Minggu Bahasa Melayu akan berlangsung sepanjang minggu ini. Sebagaimana yang telah diuar-uarkan Minggu Melayu adalah merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Visi Minggu Bahasa Melayu adalah pelajar-pelajar akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu dan SPM menjelang tahun 2020 Misi Minggu Bahasa Melayu pula adalah menganjurkan program-program yang membina bagi para pelajar agar dapat mencipta kecemerlangan Rasional Minggu Bahasa Melayu ini dirancang untuk menggalakkan para pelajar SMJK Tinggi Cina Melaka supaya bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu. Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai aktiviti dengan harapan dapat menggalakkan para pelajar menggunakan Bahasa Melayu dengan lebih meluas.

Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melati Bahasa kebangsaan jiwa bangsa Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan didahan ara Di celah angsana mekar sekata Ucapan Aluan pembuka bicara Tuan Pengetua bermadah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Lee Chee Choon untuk menyampaikan ucapan, dan sekaligus melancarkan Minggu Bahasa Melayu 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian..satu pengucapan yang telus, membawa mesej yang bermakna.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.

Kita teruskan majlis dengan persembahan pelajar, sama-samalah kita hayati persembahan tersebut Majlis mempersilakan pelajar-pelajar dari kelas 5 Sains untuk membuat persembahan mereka

Demikian tadi persembahan pelajar dari kelas 5 Sains.

Burung serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit pandangan orang Pandangan atas bahasa budi

Berikut adalah pertandinga-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu bersempena Minggu BAhasa Melayu 2013:

1. Pertandingan Bercerita 2. Pertandingan Sahibba 3. Pertandingan Menulis Esei 4. Pertandingan Menulis Cerpen 5. Pertandingan teka-teki 6. Kuiz Bahasa 7. Pertandingan Teka Simpulan Bahasa 8. Pertandingan Iklan 9. Pertandingan Mewarnakan Poster

Majlis kita sampai dipenghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang molek itu budi Yang indah itu bahasa

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu bersempena Minggu Bahasa Melayu sepanjang minggu ini berjalan lancar.

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai