Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGETUA MAJLIS ORIENTASI

TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN SESI 2023/2024

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wrt. Dan selamat sejahtera Salam Malaysia MADANI.
Terima kasih kepada saudari pengacara majlis

Yang dihormati,
Encik Syed Hassan Nagib Bin Syed Fadzil
YDP PIBG SMK Bandar Utama Damansara 4.

Yang Berusaha,
Puan Rosnani Binti Hussin
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Salawati Binti Ahmad Ghazali


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Suguna a/p Sockalingam


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Goh Lay Chung


Penolong Kanan Petang
Kaunselor Sekolah, Barisan guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian
Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita
bersama-sama dalam majlis yang begitu bermakna dan bermanfaat pada pagi ini dan
bersyukur juga kita kepadaNya kerana pada hari ini kita semua diberikan kesihatan dan
kelapangan waktu bagi sama-sama menjayakan Program Orientasi Murid Tingkatan 1 Dan
Peralihan SMK Bandar Utama Damansara 4. Hari Orientasi ini diadakan khusus untuk
menyampaikan maklumat tentang sekolah ini kepada murid-murid baharu dan juga ibu bapa
atau penjaga supaya proses penyesuaian diri dalam suasana sekolah menengah akan menjadi
lebih lancar.

Hadirin yang dihormati,

Saya ingin merakamkan ucapan syabas dah tahniah kepada murid-murid baharu Tingkatan 1
seramai 197 orang murid dan Tingkatan Peralihan seramai 40 orang murid yang telah berjaya
diterima masuk ke sekolah ini bagi sesi 2023/2024. Selamat datang kami ucapkan ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4. Saya berharap agar murid-murid dan
ibu bapa akan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan setiap aktiviti
di sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah murid dan
kokurikulum.

Hadirin sekalian,

Visi sekolah ini ialah “ Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera” yang
membawa pengertian ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru sekolah ini akan menjadi
panduan hidup anak-anak tuan/puan dalam hidup masing-masing demi masa depan negara
yang lebih baik .Misi sekolah ini pula “ Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Sekolah ini juga
bermatlamat melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan
yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan serta sejahtera. Seterusnya,
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi
peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Untuk makluman pihak tuan/puan
semua bilangan guru di sekolah ini ialah seramai 84 orang termasuk pentadbir sekolah, 45
orang guru mengajar pada sesi pagi dan 28 orang di sesi petang.
Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Pihak sekolah akan berusaha untuk memastikan perkhidmatan pendidikan dapat diberikan
kepada anak-anak kita adalah yang terbaik. Sekolah ini mempunyai kemudahan yang cukup
untuk anak-anak kita belajar seperti bilik darjah, makmal sains, maklmal komputer, bengkel,
kantin, dewan Aula Utama, padang, pusat sumber sekolah, guru yang cukup, surau,
kemudahan bantuan oleh kerajaan seperti SPBT, biasiswa bagi yang layak, dan lain-lain.
Bagaimanapun, saya mengalu-alukan komitmen tuan/puan untuk membantu sekolah ini
mencapai tahap prestasi yang lebih unggul melalui peranan-peranan yang boleh kita mainkan.
Pendidikan adalah meliputi segala-galanya, malah keindahan taman,keceriaan sekolah,dan
apa-apa sahaja adalah elemen pendidikan. Justeru itu, saya mengalu-alukan sumbangan
tuan/puan baik dalam bentuk buah fikiran atau material untuk memajukan sekolah ini.

Tuan/Puan Sekalian,

Akhir kata, saya mengharapkan agar kita dapat bersama-sama memastikan kemajuan sekolah
kita ini demi kecemerlangan anak-anak kita. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
WassalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai