Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan

Hari Raya Aidilfitri 2013

Yang Dihormati Mudir Muhyidin bin Hamat,Yang Dikasihi Mudirah Azizah bin
Mat Nor serta barisan guru SARAN dan seterusnya rakan-rakan pencetus
kegemilangan Negara.

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.k.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Kurni-Nya dapat kita


berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan Hari raya
AIDILFITRI.

Selamat Hari raya maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada seluruh warga
SARAN.

Lapar puasa terketar-ketar


Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
ucap kat sini pun dah kira grand lah ye..!

Udara dingin hening pagi


Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Rakan-rakan sekalian,.

Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru


selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan semangat
mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang
mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu
kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh
Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.

Sesungguhnya kita bertuah kerana masih berpeluang merasai nikmat bulan


Ramadhan dan menyambut 1 Syawal. 1 Syawal 1432H juga telah disambut di seluruh

Ustazah Lin Nadia Farahah


dunia dengan penuh kesyukuran dan kebahagian. Meskipun di sebahagian dunia yang
lain masih bergolak dan umat Islamnya hidup tertindas namun 1 Syawal tetap
memberi rasa kebahagian yang tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata.

Rakan-rakan sekalian,

Akhir kata, semoga aidilfitri pada tahun ini adalah menjadi simbolik
kemenangan kepada seluruh umat islam setelah sebulan berpuasa khususnya kepada
warga saran.

Sebelum mengundur diri, izinkan saya menghadiahkan sebuah pantun.

Satu Syawal menjelang tiba,


Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Sekian wabillah hi taufiq wal hidayaah,


Wassalamualaikum wbk.

Ustazah Lin Nadia Farahah

Anda mungkin juga menyukai