Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN GURU BESAR :

MESYUARAT AGONG PIBG kali ke 50 , 2023 / 2024

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat
kita mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Kali ke-
50. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat
Agung PIBG 2022/2023 yang telah berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjayakan program pada hari ini .

Sekalung penghargaan diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk menyertai mesyuarat PIBG pada hari ini.
 
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua AJK PIBG yang telah memberi kerjasama dan berusaha
membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Tahniah dan syabas juga
diucapkan kerana sekali lagi berjaya menganjurkan mesyuarat Agung pada hari ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan
yang berkualiti di sekolah.

Menerusi PIBG , banyak program dan aktiviti boleh di atur dalam


mengatasi  pelbagai  kekangan yang boleh mencacatkan iklim
pengajaran dan pembelajaran di s e s e b u a h   s e k o l a h .
P e n d i d i k a n   m e r u p a k an   s a t u   p e l a b u r a n   y a n g   m e n j a d i   p e n an d a
a r a s   k e p ad a   k e c e m e r l a n g a n sesebuah sekolah. Justeru adalah menjadi
MISI dan VISI sekolah untuk membangunkan potensi individu melalui
pendidikan berkualiti sekaligus memenuhi aspirasi pendidikan nasional. MISI
dan VISI sekolah dapatdirealisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad,
memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana  dengan taufik  dan


hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah
dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.
Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah
berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan
penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah .

Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan


semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping
kepakaran yang sedia ada menjayakan  program-program kecemerlangan
sekolah untuk dilaksanakan.  SK Dato Klana Maamor telah berjaya
melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi
merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha
untuk tahun 2023 / 2024 dengan harapan SK Dato Klana Maamor akan terus
menempa kecemerlangan.

Harapan saya, SK Dato Klana Maamor terus menghasilkan  sumber manusia


yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di
samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi
tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi
tuntutan dunia dan akhirat.

Sawah padi luas terbentang,


Kuning keemasan indahnya maya,
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.

Harum sungguh bunga melati,


Hiasan sanggul amat memikat,
Bertolak ansur,hormat-menghormati,
Mengukuh perpaduan ikatan muafakat

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai