Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih puan pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassolamu Ala


Ashrafil Anbiyar Iwar Mursolin Waala Alihi Wasobihi Aj’main

Yang Berusaha Pn. Pengetua : Pn Hamidah Bt Jailani, PK Hem Pn. Zahida, PK Ko-
Kurikulum : En Shaharuddin, barisan Guru Kanan, guru-guru yang saya hormati serta
putera puteri SMK Mengkuang yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan salam Muafakat.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t
kerana dengan izin dan inayahNya dapat kita bersama-sama pada hari ini sempena
Program solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi anak-anak yang mengambil
peperiksaan SPM dan PT3 2019.

Tuan/puan dan anak-anak pelajar yang dikasihi,

Alhamdulillah Pertamanya bagi pihak Jawatankuasa PIBG ingin merakamkan


ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, ke
Majlis pada hari ini. Terima kasih diucapkan juga , kpd semua ibubapa yang sudi
memberikan sumbanganr dalam merealisasikan majlis ini.

Walaupun majlis ini diadakan secara kecil-kecilan, namun apa yang pasti dan
diyakini adalah makna di sebalik majlis ini amat besar kepada anak-anak sekalian.

Saban tahun Program ini diadakan khas utk anak2 Mengkuang ini sebagai satu majlis
yang penting sebelum pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3ini masuk berjuang
di dalam dewan peperiksaan. Di dalam majlis seperti inilah para pelajar dapat
memohon keberkatan dari guru mereka dan memohon dihalalkan ilmu yang telah
disampaikan.

Pelajar –pelajar ini sekarang berada di 10 meter terakhir di dalam acara pecut 100
meter. Saya menyeru agar semua pelajar memecut ke garisan penamat dengan
melipatgandakan usaha. Jangan sampai terkulai keletihan sebelum sampai ke garisan
penamat. Di waktu inilah memerlukan ketenangan. Jangan panik dan tidak keruan.
Kembali fokus dan terus berusaha.

Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah,

Gunalah peluang ini untuk memohon daripada semua guru agar dihalalkan ilmu
mereka dan mohonlah daripada mereka doa agar urusan peperiksaan SPM dan PT3
nanti dipermudahkan & tenang ketika mengambil peperiksaan itu nanti.. In sya Allah
dengan iringan doa dan berkat seorang guru, urusan peperiksaan SPM nanti akan
dipermudahkan. . In sha allah , kejayaan milik anak2 semua. Kenangi jasa ibu bapa
dan guru-guru anda.
Guru-guru yang saya hormati,

Halalkanlah ilmu yang telah disampaikan dan iringilah anak-anak kita yang akan
berjuang di dalam dewan peperiksaan nanti dengan doa ikhlas seorang guru.
Sesungguhnya kejayaan mereka merupakan kejayaan kita juga.

Pesanan terakhir saya kepada pelajar-pelajar adalah supaya menjaga keselamatan


dan kesihatan sepanjang peperiksaan SPM dan PT3 ini. Habiskan masa dengan
perkara yang berfaedah. Jangan leka dan terus beri tumpuan kepada SPM dan PT3
dan in sya Allah urusan kalian akan dipermudahkan nanti.

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan SPM dan PT3 dan selamat berjuang.
Sekian terimakasih.

Anda mungkin juga menyukai