Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS RESTU ILMU

Terima kasih puan pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu


Wassolamu Ala Ashrafil Anbiyar Iwar Mursolin Waala Alihi Wasobihi Aj’main

Yang Berusaha GPK Ko-Kurikulum, Encik Abdul Kadir, barisan Guru Kanan
Matapelajaran, guru-guru yang saya hormati serta putera puteri SMK Dato Lela
Pahlawan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan salam Muafakat Kedah.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t
kerana dengan izin dan inayahNya dapat kita bersama-sama pada hari ini
sempena Majlis Restu Ilmu SPM 2016.

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang dikasihi,

Terlebih dahulu Tuan Pengetua meminta saya sampaikan salam beliau kepada
semua yang hadir pada pagi ini. Beliau tidak dapat bersama dengan kita kerana
beliau terlibat dengan urusan pentadbiran di IAB.

Saban tahun Majlis Restu Ilmu ini diadakan di semua sekolah sebagai satu
majlis yang penting sebelum pelajar-pelajar Tingkatan 5 masuk berjuang di
dalam dewan peperiksaan. Di dalam majlis seperti inilah para pelajar dapat
memohon keberkatan dari guru mereka dan memohon dihalalkan ilmu yang
telah disampaikan.

Pelajar –pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di 10 meter terakhir di dalam


acara pecut 100 meter. Saya menyeru agar semua pelajar memecut ke garisan
penamat dengan melipatgandakan usaha. Jangan sampai terkulai keletihan
sebelum sampai ke garisan penamat. Di waktu inilah memerlukan ketenangan.
Jangan panik dan tidak keruan. Kembali fokus dan terus berusaha.

Saya selalu menggunakan akronim DUIT dalam menerangkan tentang perkara


penting untuk menjadi pelajar yang cemerlang. D adalah Doa yang kita titipkan
setiap masa dan doa ibu bapa dan guru-guru. U adalah usaha yang kita kerjakan
ke arah kecemerlagan akademik. I adalah istiqamah iaitu konsisten atau usaha
berterusan dan akhir sekali adalah T iaitu Tawakal iaitu menyerahkan segalanya
kepada Allah S.W.T. Oleh itu Majlis Restu Ilmu di antara tujuannya adalah
unutk mendapat D iaitu DOA dan U iaitu USAHA yang diterangkan tadi.

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang dirahmati Allah,

Gunalah peluang ini untuk memohon daripada semua guru agar dihalalkan ilmu
mereka dan mohonlah daripada mereka doa agar urusan peperiksaan SPM nanti
dipermudahkan. In sya Allah dengan iringan doa dan berkat seorang guru,
urusan peperiksaan SPM nanti akan dipermudahkan.

Guru-guru Tingkatan 5 yang saya hormati,

Halalkanlah ilmu yang telah disampaikan dan iringilah anak-anak kita yang
akan berjuang di dalam dewan peperiksaan nanti dengan doa ikhlas seorang
guru. Sesungguhnya kejayaan mereka merupakan kejayaan kita juga.

Pesanan terakhir saya kepada pelajar-pelajar adalah supaya menjaga


keselamatan dan kesihatan sepanjang peperiksaan SPM ini. Habiskan masa
dengan perkara yang berfaedah. Jangan leka dan terus beri tumpuan kepada
SPM dan in sya Allah urusan kalian akan dipermudahkan nanti.

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan SPM dan selamat berjuang. Sekian
terimakasih.

Anda mungkin juga menyukai