Anda di halaman 1dari 3

‫ والصالة والسالم على سيدنا حممد وعلى آله‬، ‫الحمد هلل رب العاملني‬

.‫وأصحابه أمجعني‬

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Hi-Tea
Pengawas-Pengawas Sekolah Kebangsaan Port Dickson pada
petang ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Berkuasa Melaksanakan apa


yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-


Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan
keampunanMu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui
permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan
diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa


Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini
sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu ,
bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga
demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di
persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami di kalangan pengawas-pengawas
sekolah ini agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan kami
sebagai matlamat kami yang utama dan bersama dalam
membentuk sahsiah dan peribadi yang mulia.

Dalam kesempatan ini juga, kami memohon kepadaMu Ya


Allah agar Engkau kurniakan kesejahteraan dan kelapangan
kepada guru-guru kami yang telah mendidik dan menasihati
kami selama ini.Moga-moga Engkau anugerahkan kepada
mereka ini kekuatan dan kecekalan untuk menerajui
pentadbiran sekolah dengan jayanya . Sekalung tahniah
diucapkan kepada guru-guru pengawas Sekolah Kebangsaan
Port Dickson,
Amin Ya Rabbal’alamin

Ya Allah,
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah
kami dan Islam dalam amal kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka
kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya
Nabi-nabi Ulul’azmi ;

Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri


kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan
saudara-saudara seagama kami dan sahabat sejawatan kami,
sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda
berbuat demikian;

Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan


bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah
kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam
menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan
yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami
selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada
mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا‬


‫عذاب النار‬
‫والحمد لله رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai