Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM MENENGAH (PEREMPUAN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2011

Yang Berusaha Puan Dayang Fatimah bt Abang Narudin ,Pegawai Pelajaran Daerah Gombak selaku Pengerusi Jawatankuasa pelaksana Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Menengah, (Perempuan) Negeri Selangor. Yang Berusaha , Pn.Hajah Noraizan bt Haji Brahim, Pengetua SMK Seri Kundang, Yang Dihormati, Encik Saffie b Ismail, Penyelia Kelab dan Persatuan dan Badan Beruniform Negeri Selangor, semua pengerusi badan beruniform Negeri Selangor, semua pegawai teknik sekolahsekolah menengah negeri Selangor, para hakim, guru-guru, para peserta dan hadirin sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bersyukur saya ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan hasrat murni untuk mencungkil bakat para pelajar di negeri Selangor dalam pertandingan kawad kaki . Pertandingan seumpama ini amat bermanfaat kepada para pelajar kerana acara ini menguji keupayaan fizikal dan mental peserta. Selain itu, semangat berpasukan yang kental dapat menjalin kekuatan ukhwah antara ahli pasukan malah mengukuhkan semangat kekitaan sesama ahli kumpulan. Pertandingan seperti ini juga dapat menjadi agen pelengkap kepada pencapaian akademik pelajar dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang. Hadirin yang dihormati sekalian, Saya menaruh harapan yang tinggi agar melalui pertandingan ini dapat melahirkan pasukan negeri yang mantap . Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada guru-guru penasihat dan jurulatih yang telah mengorbankan masa dan tenaga melatih para pelajar . Kekalahan atau kemenangan bukanlah kayu ukur yang perlu diutamakan, tetapi yang lebih penting lagi ialah kita telah menjalankan tanggungjawab untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang berfaedah. Seterusnya, usaha ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengimplementasikan dasar satu pelajar satu unit beruniform. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana yang menganjurkan pertandingan ini. Saya berharap agar pertandingan ini berjaya mencapai objektif untuk melahirkan pasukan kawat kaki yang mahir, berdisiplin dan berintegrasi. Semoga usaha ikhlas yang disumbangkan oleh semua pihak mendapat ganjaran yang baik daripada Allah subhanahu wataala. Saya sudahi ucapan ini dengan wabilahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TUAN HAJI MAHMUD BIN KARIM TIMBALAN PENGARAH JABATAN NEGERI SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai