Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG (VIP)

YANG DIHORMATI TUAN HAJI ISMAIL BIN AHMAD

SETIAUSAHA KHAS FELDA GLOBAL VENTURE FGV

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

Yang berusaha, Encik Azmel Helmi Bin Hamzah, Yang dipertua Persatuan Ibu

Bapa & Guru SK Taman Melawati, Yang Dihormati Puan Sharifah Binti Yusof,

Guru Besar SK Taman Melawati, Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Barisan Guru

Penolong Kanan, guru-guru, anak-anak didik serta hadirin sekalian.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran

kepada Tuhan kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK

Taman Melawati kali ke-34. Bersyukur juga kerana Tuhan telah menggerakkan

hati tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir dalam majlis ini.

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu

bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi

kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama

inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah sehingga Sekolah

Kebangsaan Taman Melawati berjaya diiktiraf sebagai Sekolah Kluster

Kecemerlangan. Tahniah kepada pihak warga sekolah dan komuniti SK Taman

Melawati saya ucapkan.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnyaa bermula di

rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita

terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk

berhadapan dengan segala gejala negetif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab

menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa.

Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas

bahu guru, pihak sekolah dan pihak berkuasa. Dalam konteks ini, PIBG sekolah

perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain dari

membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.

Alhamdulilah setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh semua

komuniti SK Taman Melawati ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada hari ini kita berada di dalam negara yang aman dan makmur serta

membangun dengan pesatnya. Dan nikmat yang kita kecapi pada hari ini bukannya

datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar dari pelbagai pihak sama ada kita sedar

ataupon tidak. Namun, Alhamdulilah kerana kemakmuran dan kejayaan negara

hari ini telah kita nikmati bersama.

Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada

kita, namun yang amat menyedihkan ialah pencapaian anak-anak bangsa kita dalam

pendidikan yang kurang memuaskan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan, sudah

pasti masa depan anak-anak bangsa kita tidak terjamin.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-

anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh menyerahkan

tanggungjawab mendidikan anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Perlu kita

sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari manakala masa
mereka di rumah dan di bawah pengawasan ibubapa adalah kurang lebih 18 jam.

Maka tidak wajarlah jika terus menunding jari menyalahkan guru-guru di sekolah

jika anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa

hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan

anak-anak.

Masanya belum terlambat untuk kita semua memperbaiki perkara ini. Harapan

kita di masa-masa akan datang ialah dapat melihat peratusan belia yang mampu

untuk mencapai kecemerlangan. Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa

masalah sosial yang melanda para belia kita sudah semakin runcing. Oleh itu,

ibubapa mestilah menerokai dunia global yang penuh cabaran ini. Para belia

mestilah yakin pada diri sendiri dan mereka mestilah juga menjadi pemandu dan

penentu bangsa kerana pemuda pemudi adalah tiang negara. Oleh itu, para beli

perlukan pendewasaan sikap dan tingkah laku serta mengamalkan budaya yang

sihat agar pemahaman agama dapat membimbing manusia kea rah kebenaran dan

mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan dan kesejahteraan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita haru mempersiapkan generasi muda kita dengan pelbagai kemahiran hidup

dan ilmu pengetahuan agar anak-anak muda ini tidak menyimpang daripada cita-

cita perjuangan bangsanya sendiri. Kita juga tidak mahu anak bangsa kita

dikatakan anak bangsa yang tidak tahu mengenang budi dan tidak tahu berterima

kasih terhadap jasa baik dan pengorbanan yang diberikan oleh ibubapa,

masyarakat dan kepimpinan negara.

Generasi muda harus diberikan pendedahan bahawa kemajuan, keamanan dan

kemakmuran yang kita warisi hari ini bukan diperolehi dengan cara yang mudah

dan bersenang-lenang, tetapi dengan semangat dan perjuangan yang tinggi bagi

mempertahankan maruah, bangsa dan negara. Ingatlah, apa jua gaya dan corak
kehidupan anak didik hari ini, adalah melambangkan masa depan negara dan

bangsa kita akan datang.

Justeru, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Majlis

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 SK Taman Melawati.

Sekian…

Anda mungkin juga menyukai