Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2019

Assalamualaikum WBT …

En Azami B Mohamed, Pengetua SMK Padang Pulut,


En Razali B Muda, Pen Kanan Pentadbiran,
En Mohd Radzi B Mohd Ibrahim, Pen Kanan HEM,
Pn Hjh Nafisah bt , Pen Kanan Kokurikulum,
Barisan Ketua-ketua Bidang,
guru2 serta pelajar2 yang dikasihi sekalian…

Tetap terserlah si askar platun,


Mara menghala barisan hadapan,
Ucap Bismillah selembar pantun,
Bicara bermula titisan ucapan.

Di sangkar merbah bertelur helang,


Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.

Terlebih dahulu saya selaku penyelaras program, ingin melahirkan rasa


gembira dan bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul
pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah untuk tahun
2018.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,

Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya utk mewarnai program tetapi
sebagai permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita
menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang
tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami
, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu dengan
lebih bermakna. Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan
tidak baik amatlah penting.

Sesungguhnya tujuan program bulan kemerdekaan ini diadakan untuk


menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti
yang telah kita jalankan sepanjang bulan ogos sehingga majlis penutup hari
kemerdekaan ini.

Besarlah harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan


syabas dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus
menjayakan Program Majlis Penutupan Bulan kemerdekaan Malaysia
Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar kita sama-sama
menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang
termasuk di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara itu kita akan dapat
menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerja
sama- sama yang ditunjukkan dalam program ini serta program akan datang
memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan
Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,

Bersama kita menyambut merdeka;

Bersatu berazam penuh semangat,

Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Anda mungkin juga menyukai