Anda di halaman 1dari 5

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang dihormat Pn


Rahamah Bt Ayob Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Fouziah
Hanim Bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Jafni
bin Shaharum Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru
kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian.

Alhamdulillah, mari kita panjatkan rasa syukur ke hadrat


Ilahi atas limpahan rahmat dan kurniaNya maka dapat kita
dapat bernafas dan menghirup udara segar pada pagi yang
mulia ini. Jika sebelum ini kita telah menyaksikan Sambutan
Bulan Bahasa, Bulan Teknik Vokasional dan Bulan Sains
Matematik, maka pada pagi ini bidang Sains Sosial pula
mengambil tempatnya.

Tema Bulan Sains Sosial pada tahun ini ialah Melestarikan


Pendidikan Berkualiti. Hal ini bermaksud pihak sekolah sedaya
upaya berusaha mewujudkan pendidikan yang bermutu
terutamanya yang melibatkan persekitaran di sekolah dan
akhirnya bertujuan untuk memenuhi aspirasi negara. Menerusi
Bulan Sains Sosial yang mempunyai 9 subjek di bawahnya
diharap mampu membimbing murid untuk meneroka ilmu
pengetahuan bagi mengembangkan potensi murid-murid
secara optimum.
Saya berharap prestasi sekolah dalam terutamanya subjek
SPM pada tahun ini akan lebih baik dan mampu mencapai
sasaran yang ditetapkan. Selain itu, aspek fizikal, emosi dan
spiritual juga dapat diseimbangkan menerusi pelbagai aktiviti
dan pertandingan yang dianjurkan. Maka, saya berharap agar
semua murid dapat melibatkan diri dan mengambil bahagian
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli


jawatankuasa kerja dan guru-guru Sains Sosial dalam
menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan seterusnya
menyusun serta merangka pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini
bermula 17 Ogos sehingga 16 September 2022.

Akhir kata, saya merasmikan Bulan Kemerdekaan tahun


2022. Sekian, terima kasih.
SMK TAMAN MEGAH RIA

TEKS UCAPAN EN ZULKEFLI BIN SULONG


TN PENGETUA

SEMPENA AMBANG MERDEKA


30 OGOS 2022
7.30 pagi – 8.15 pagi

 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang dihormati Pn
Rahamah Bt Ayob Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Fouziah
Hanim Bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Jafni
bin Shaharum Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru
kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian.
 
Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat
bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Program
Ambang Merdeka Peringkat Sekolah SMK Taman Megah Ria.

Guru-guru dan murid sekalian,


 
Pada tanggal 31 Ogos 2022, genaplah negara kita
menyambut kemerdekaan untuk kali ke-65 yang bertemakan
Sayangi Malaysiaku. Pada zaman kini, erti kemerdekaan bukan
sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata
malah tetapi kita seharusnya sentiasa peka dan menghindari
penjajahan yang lebih berbahaya iaitu penjajahan mental
melalui pengaruh-pengaruh budaya serta amalan negatif yang
berasal dari negara-negara Barat. Jika dibiarkan, tentu negara
kita akan dijajah sekali lagi meskipun bukan secara fizikal tetapi
impaknya dilihat agak setaraf dan mungkin lebih parah.

Saya sememangnya tidak mahu perkara itu berlaku


khususnya dalam kalangan murid-murid di SMK Taman Megah
Ria. Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan
melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus
mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh
para pemimpin negara yang terdahulu.
 
Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berasa bangga
dengan amalan budaya dan budi pekerti tinggi. Hal ini kerana,
amalan ini telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat yang
berbilang kaum di negara kita sekali gus mampu mengekalkan
kedaulatan negara Malaysia yang kita sayangi dan cintai. 
Oleh itu, saya ingin menyeru kepada murid sekalian
marilah kita bersama-sama berjuang untuk terus mengekalkan
kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini. Manfaatkanlah
segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
sepanjang program ini berlangsung. 
 
Para hadirin sekalian,
 
Kehadiran kita semua pada pagi ini bukan hanya
mewarnai program ini atau sekadar mahu bergembira bersama-
sama rakan-rakan, tetapi adalah untuk menggambarkan betapa
bangganya kita dan cintanya kita kepada tanah air. Kita bukan
sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, bukan setakat
meneriakkan laungan Merdeka, tetapi kita memahami,
menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan
seharian dan sekaligus direalisasikan menerusi hubungan
akrab sesama kita di sekolah ini. Jadikan sekolah ini medan kita
mengukuhkan hubungan sesama bangsa, kaum dan agama.
Eratkan perpaduan dan kekalkan keharmonian di sekolah ini
barulah kita mampu mengekalkan keamanan negara kita
secara amnya.
 
 
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai