Anda di halaman 1dari 8

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SUNGAI BESAR

TEKS UCAPAN SEMPENA


MAJLIS PELANCARAN BULAN
KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR
GEMILANG PERINGKAT SEKOLAH 2021

TEMA
”MALAYSIA PRIHATIN”
2

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b.t...dan salam SEPAKAT


buat semua warga SMK Sg Besar yang saya kasihi sekalian.

Yang dihornati, Puan Sazuna Binti Abdul Wahid, PK Pentadbiran,


Encik Kamaruzzaman Bin Ahmad, PK HEM,
Puan Hjh Nor Haliza Binti Basir, PK Kokurikulum,
Puan Hjh Noraziah Binti Ismail, PK Petang,
Puan Zunita Binti Zam Zam, PK PPKI,

Barisan Guru- guru Kanan Mata Pelajaran,


Guru- guru Bimbingan dan Kaunseling,
Guru-guru Cemerlang dan barisan para guru yang berdedikasi,
Serta anak-anak murid yang dikasihi sekalian,

Para hadirin sekalian,

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya kita dapat bersama-sama menyempurnakan Pelancaran Sambutan
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Sg Besar bagi tahun 2021.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan setinggi-


tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua jawatankuasa
kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini adalah di bawah
anjuran kerjasama unit Kokurikulum dan Pusat Sumber Sekolah.
Walaupun kita masih berperang dengan pandemik COVID-19 dan
berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3.0, syukur
kita masih diberi kesempatan untuk meraikan Majlis Pelancaran
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat
sekolah pada tahun ini.
3

Kita masih dapat hidup secara aman, harmoni serta menjalani


kehidupan dengan baik walaupun negara dan seluruh dunia sedang
berjuang menghadapi pandemik wabak covid-19. Semua pihak perlu
bersatu hati demi kesejahteraan, kesihatan dan menjaga kebajkan
rakyat tika berhadapan dengan pandemik ini.

Tanggal 31 Ogos 2021 genaplah negara kita sudah mencapai


kemerdekaan selama 64 tahun. Hari Kebangsaan pada tahun ini
bertemakan “ MALAYSIA PRIHATIN”. Tema ini bertepatan dengan
aspirasi yang didukung oleh kerajaan , bahawa seluruh rakyat
MALAYSIA, tanpa mengira kaum turut bersama-sama berganding bahu
memerangi musuh di kala ini, iaitu wabak Covid-19.

Manakala PRIHATIN pula merujuk kepada keperihatinan kerajaan


dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui
inisiatif Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat yang merangkumi aspek
ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Bertepatan dengan situasi pada hari ini, banyak perkara yang kita lalui
bersama sepanjang pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan telah
memberi kesan kepada semua pihak dan golongan.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, untuk menjadikan negara


kita sebuah negara yang berjaya, kita perlu sentiasa berilmu,
berakhlak dan penuh dengan sifat perimanusiaan yang disulami
dengan
kasih sayang dan prihatin antara satu sama lain.
4

Semangat MALAYSIA PRIHATIN ini boleh kita zahirkan melalui


Tugas kita sebagai pendidik yang berada di barisan hadapan. Kita
warga sekolah patut tampil untuk memberi bantuan dan sokongan tanpa
mengira kaum dan agama dalam mendidik anak bangsa ke arah
kecemerlangan. Sikap prihatin kita sebagai pendidik sedikit sebanyak
akan dapat meringankan beban mereka untuk menuntut ilmu dalam
mendepani gelombang pandemik covid -19 yang kita sendiri tidak tahu
bilakah akan berakhirnya wabak ini.

Guru-guru dan anak-anak murid sekalian.


Kita sebagai warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai
peranan dan tanggungjawab masing-masing. Sebagai seorang murid
sekolah yang diberi segala kemudahan untuk belajar, kamu haruslah
bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita. Secara
tidak langsung anda juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia
di masa akan datang. Harapan saya agar kita semua warga SMK Sg
Besar dapat mengekalkan ciri-ciri warganegara yang baik, prihatin,
berakhlak mulia, berdisiplin serta saling hormat menghormati antara satu
sama lain.

Sesungguhnya, inilah kebiasaan baharu yang kita amalkan dalam


menjalankan setiap aktiviti di peringkat sekolah. Kita harus mengikut
segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Pada
tahun
5

ini, terdapat sedikit kelainan serta pendekatan dalam


melaksanakan
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur
Gemilang di mana sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini akan
digarap
pelaksanaannya secara dalam talian. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah mengambil pendekatan mengadakan majlis secara
sederhana
tetapi mampu membangkitkan semangat cintakan negara dan
patriotisme dalam kalangan warga sekolah SMK Sungai
Besar.

Walaupun sambutan ini dibuat serba ringkas, harapan saya semua


murid dapat menghayati inti pati tema sambutan Bulan Kebangsaan kali
ini dan bersama-sama kita berganding bahu merealisasikan Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ini dengan menyertai pelbagai
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Penglibatan semua murid di
dalam setiap pertandingan Bulan Kebangsaan akan diambil kira sebagai
aktiviti kokurikulum dan kehadirannya dicatat.

Untuk makluman semua warga sekolah SMK Sg Besar, sekolah


kita telah memilih unit beruniform Silat sebagai kebitaraan sekolah. Hal
ini demikian kerana penglibatan unit beruniform Silat telah mencapai
hingga ke peringkat kebangsaan. Oleh itu saya berharap semua murid
yang menjadi ahli unit beruniform Silat digalakkan menyertai aktiviti
silat , sekiranya ada penganjuran di peringkat kebangsaan bagi
mengharumkan nama sekolah kita .

Hadirin sekalian,
6

Kita semua sedia maklum bahawa sambutan Bulan Kebangsaan


merupakan acara tahunan dalam takwim sekolah, selaras dengan
aspirasi negara bagi membentuk rakyat Malaysia yang amat menghargai
nilai kemerdekaan bagi sesebuah negara. Jika kita lihat senario dunia
sekarang banyak krisis yang berlaku seperti bencana alam, peperangan,
dan kekurangan makanan berlaku di mana-mana.

Ramai anak-anak di luar sana yang kurang bernasib baik , tidak


seperti anak-anak di Malaysia yang hidup sempurna dan berpendidikan.
Nasib kita jaun lebih baik daripada mereka yang ditimpa musibah dan
ujian daripada Allah SWT. Oleh yang demikian , bersama-samalah kita
bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama dengan aman, damai,
dansaling menjaga kelestarian hidup dalam negara.

Tidak semestinya pandemik Covid -19 ini, asbab kita


menjadikan murid yang tidak berilmu dan tidak berjaya. Murid-murid
perlu sentiasa bersedia untuk mengadaptasi pendidikan dalam norma
baharu, sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan. Kita bertuah
kerana warga SMK Sg Besar ini, baik guru-guru mahupun murid-
muridnya terdiri daripada pelbagai kaum. “Sudah terang lagi bersuluh”
elemen perpaduan telah lama terpahat kukuh di bumi SMK Sg Besar.
Cuma kita patut tingkatkan lagi usaha bagaimana untuk kita sepakat
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita kerana tanpa perpaduan
tidak mungkin kemerdekaan ini dapat diisi dengan sebaik-baiknya.
Sekarang, “tepuk dada tanya selera” segalanya telah tersedia, terpulang
kepada kita bagaimana untuk menjalankannya.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,


7

Pelbagai program telah diatur sepanjang Bulan Kebangsaan dan


Kibar Jalur Gemilang, cuma mungkin kita akan menghadapi sedikit
kekangan kerana kita tidak dapat melaksanakan aktiviti atau
pertandingan secara bersemuka. Namun begitu dengan segala ilmu dan
kreativiti yang ada pada semua guru dan murid, tidak membataskan kita
untuk melaksanakan semua aktiviti dan pertandingan yang telah
dirancang oleh jawatankuasa kerja. Semoga segala perancangan yang
dibuat dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Di samping kita
melakukan Pdpr ,kita juga tidak lupa menyelitkan pelbagai pertandingan
atau aktiviti sepanjang bulan Ogos bagi memeriahkan sambutan Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Harapan saya, seluruh warga SMK Sg Besar mengorak langkah


SEPAKAT bersama-sama membangunkan modal insan berlandaskan
kejayaan generasi terdahulu dalam memperjuangkan serta
memperkukuh nilai kemerdekaan tanah air kita ini. Saya menyeru agar
kita sama-sama menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini dengan
mengibarkan Jalur Gemilang termasuk di rumah masing-masing sebagai
bukti rasa cinta kepada negara. Jalur Gemilang adalah lambang
kedaulatan dan kemerdekaan negara dan bukan sekadar selembar kain.

Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa mengikuti segala


arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, terutama ketika situasi
pandemik ini. Rakyat dan murid yang baik, akan sentiasa akur dan patuh
arahan pemerintah demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Marilah
sama-sama kita berdoa agar penyebaran covid-19 dapat dihentikan dan
kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Akhir kata, dengan sukacitanya saya MERASMIKAN MAJLIS


PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR
JALUR GEMILANG SMK SUNGAI BESAR BAGI TAHUN 2021
8

.
Semoga segala usaha dan kerja kita diredhai dan diterima Allah
sebagai bukti pengabdian.
Saya akhiri ucapan saya dengan lafaz Wabillahi Taufiq Wal Hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai