Anda di halaman 1dari 4

YANG BERUSAHA

PUAN K. VASANTHEY
GURU BESAR SJKT AZAD
YANG DIHORMATI
B. ARUL PRAKASH
YANG DIPERTUA PIBG SJKT AZAD

YANG DIHORMATI,
RAKAN-RAKAN PENDIDIK SJKT AZAD

PARA IBU BAPA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN

DAN

MURID-MURID YANG SAYA KASIHI SEKALIAN

Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama pada pagi ini secara maya
bagi menyempurnakan sambutan Hari Kebangsaan 2021 di SJKT Azad.

Para hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira kerana pada hari ini
kita masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 64
pada tahun ini. Kita masih dapat hidup secara aman, harmoni serta
menjalani kehidupan dengan baik walaupun negara dan seluruh dunia
sedang berjuang menghadapi pandemik wabak COVID-19.

Semua pihak perlu bersatu hati demi kesejahteraan, kesihatan


dan kemudahan rakyat dalam Malaysia dalam berhadapan
dengan pandemik ini.

Oleh sebab itu tema sambutan tahun ini dikekalkan sebagai 'Malaysia
Prihatin'.

Untuk menjadi sebuah negara yang berjaya, sesebuah negara


memerlukan bangsa yang sentiasa berilmu, berakhlak dan penuh
dengan sifat keperimanusiaan yang disulami dengan kasih sayang dan
prihatin antara satu sama lain.
Konsep 6C perlu diterapkan dalam diri anak muda kita bagi menghadapi
cabaran yang makin sengit di peringkat global.
C yang pertama
Kolaboratif- Budaya kolaboratif dalam kalangan kita perlu untuk
menghasilkan inovasi atau ciptaan yang berfaedah kepada kita.

C yang kedua
Komunikasi- Murid-murid harus disediakan dan bersedia dengan
kemahiran berbahasa- selain daripada bahasa ibunda.
6 Aspirasi murid

C yang ketiga
Kreativiti- Melahirkan idea/ciptaan baharu

C yang keempat
Critical thinking Kritis- Memberikan pandangan secara terbuka dengan
memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

C yang kelima
Ctizenship- Kewarganegaraan….semangat cinta akan negara dan jati
diri

C yang keenam
Character building- mencorakkan tingkah laku dengan mengamalkan
nilai-nilai moral dan integrity.

Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik,


anda semua patut merasa bangga kerana menjadikan amalan
berbudi pekerti serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat
menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekaligus
menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita
cintai.

Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai


peranan dan tanggungjawab, begitu juga para pemimpin
masyarakat dan rakyat jelata. Sebagai seorang murid sekolah
yang diberi infrastruktur yang lengkap untuk belajar, kita
haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk mencapai
cita-cita walaupun kita menghadapi satu peperangan yang besar……
berperang dengan musuh yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar.

Murid-murid yang disayangi sekalian,

Sebagai generasi muda pada hari ini, saya percaya kamu semua
masih kurang faham mengenai peranan dan erti kemerdekaan
sebenar. Pada zaman sekarang, erti kemerdekaan bukan
sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata
tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari
penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta
amalan-amalan yang merosakkan negara.

Murid-murid sekalian,

Tidak sepatutnya kita menjadikan pandemik ini satu alasan untuk kita
menjadi murid yang tidak berilmu dan tidak berjaya. Murid –
murid perlu sentiasa bersedia untuk mengadaptasi pendidikan
dalam bentuk norma baharu supaya tidak berlaku golongan lost
generation.

Para hadirin sekalian,

Semoga segala perancangan yang dibuat dapat dijalankan


dengan baik dan sempurna. Segala kerjasama yang ditunjukkan
daripada para guru, ibu bapa dan murid-murid itu sendiri akan
memberikan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan kita dalam
dunia pendidikan.

Para hadirin sekalian

Dalam kita menyambut hari kemerdekaan ini, murid-murid diingatkan


supaya sentiasa mengikut segala arahan yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa, terutamanya ketika situasi pandemik sekarang ini.

Semoga sempena sambutan kemerdekaan yang ke 64 ini, kita berdoa


sama-sama supaya dapat menghentikan penyebaran COVID-19
di samping dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Akhir kata, saya dengan ini merasmikan sambutan hari kebangsaan
peringkat sekolah SJKT Azad bagi tahun 2021.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai