Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA


2017
Oleh :
EN. MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF
Guru Besar
Sk Kampung Kuala Pajam,
Beranang, Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum WBT …
Selamat pagi dan “Salam Negaraku Malaysia” ….
Yang dihormati barisan Penolong Kanan SK Kg Kuala Pajam, Guru-
guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian…
Tetap terserlah si askar platun,
Mara menghala barisan hadapan,
Ucap Bismillah selembar pantun,
Bicara bermula titisan ucapan.
Di sangkar merbah bertelur helang,
Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.
Setiap tahun menyambut merdeka
Jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
beratus tahun kita dijajah
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur
pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul pada Majlis
Penutupan Bulan Kemerdekaan Malaysia/ Kebangsaan peringkat
sekolah untuk tahun 2017.
“Negaraku Sehati Sejiwa ” merupakan TEMA sambutan Bulan
Kemerdekaan Malaysia tahun ini. Saya percaya tema ini akan
memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan
terhadap negara dalam hati kita semua sebagai seorang warganegara
Malaysia yang cintakan tanah air.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2017 yang lalu genaplah negara kita
menyambut kemerdekaan untuk kali ke- 60. Sebagai generasi muda
pada hari ini saya percaya murid - murid masih kurang arif mengenai
peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang erti
kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal
semata mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari
penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-
amalan yang merosakkan negara kita. Saya percaya sebagai seorang
rakyat Malaysia yang baik anda semua patut berasa bangga kerana
menjadikan amalan berbudi pekerti serta mengamalkan nilai-nilai
murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum
sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang
kita cintai.
Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan
tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat
jelata . Sebagai seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang
lengkap untuk belajar kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan
gigih utk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga
menyumbang kepada pembangunan Malaysia di masa akan datang.
Harapan saya agar anda semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yg
baik , berakhlak mulia ,berdisiplin serta hormat menghormati antara
satu sama lain apabila dewasa nanti.
Setelah 60 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih
baik daripada sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat
serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat.
Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi
harapan saya agar murid-murid SK Kg Kuala Pajam menggunakan
peluang yang ada sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya
dalam hidup.
Murid-murid sekalian,
Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di mana-
mana, ramai anak- anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang
juga yang kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang
mereka sayang. Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas
melakukan perkara yang kita suka termasuk pergi ke sekolah tanpa
sebarang ketakutan. Oleh yang demikian bersama-samalah kita
bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama dengan aman dan damai
sesuai dengan TEMA kita pada tahun ini “Negaraku Sehati Sejiwa .
Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara
pemikiran minda kelas pertama sekali gus mempertahankan
kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu.
Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya utk wewarnai program
tetapi sebagai permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa
bangga kita menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta
melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar
laungan MERDEKA tetapi memahami , menghayati dan
menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu dengan lebih
bermakna. Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan
tidak baik amatlah penting. Sesungguhnya tujuan program bulan
kemerdekaan ini diadakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita
kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang telah kita jalankan
sepanjang bulan ogos sehingga majlis penutup hari kemerdekaan ini.
Besarlah harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan
baik dan sempurna.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang
bertungkus lumus menjayakan Program Majlis Penutupan Bulan
kemerdekaan Malaysia Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar
kita sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan
mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga
dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat
patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang
ditunjukkan dalam program ini serta program akan datang memberi
kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan
Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai.
Tanpa melengahkan masa lagi dengan lafaz
Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini menutup sambutan Bulan
Kemerdekaan ke- 60 peringkat SK Kg Kuala Pajam 2017 dengan
serangkap pantun …
Pakcik Wak menjahit kopiah,
kopiah dijahit beldu yang utuh,
wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai