Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang berusaha, En. Azmi bin wahid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang, Yang
dihormati En faizal Anuar bin Mohd Sani,Guru Pen Kanan Kurikulum, Puan Rozalita binti Khalid,Guru
Pen Kanan HEM, En. Abdul Halim bin Roseli, Guru Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sayong Pinang. Sama-
sama kita panjatkan rasa syukur kerana dapat kita berkumpul pagi ini untuk bersama-sama
menyambut bulan kemerdekaan yang ke-61 peringkat sk sayong pinang tahun 2018. Semoga
penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang
berpanjangan.

Hadirin sekalian,

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak
didik di sekolah ini bersama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang
patriotik.

Dengan tema "Sayangi MalaysiaKu" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan
ulangtahun yang ke-61 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang
mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan
dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Sempena bulan kemerdekaan kali ke-61 ini, pihak sekolah akan menganjurkan pelbagai
aktiviti menarik bersempena bulan yang penuh bersejarah ini.Sebagai contoh,pertandingan
mewarna,pertandingan melukis poster,perarakan merdeka dan kuiz merdeka.

Baiklah,tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan En Azmi bin Wahid, Guru
Besar SK Sayong Pinang, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia yang
ke-61 peringkat SK Sayong Pinang. Dipersilakan....

Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

Hadirin sekalian,

Bagi memeriahkan majlis pada hari ini, majlis diteruskan dengan nyanyian 2 buah lagu. Lagu
pertama adalah lagu “Kita Punya Malaysia” yang merupakan lagu tema bersempena sambutan
kemerdekaan yang ke -61 dan lagu yang kedua adalah lagu Jalur Gemilang.

Dengan nyanyian itu tadi,sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini.
Mohon maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat
kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan agar kita terus
dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai