Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi majlis. Pn.

……
Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.
Yang berusaha Pn. Anisya Rusmaya bt. Ahmad Bashah, PK HEM
barisan guru-guru dan seterusnya anak2 murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana
dengan keizinan-Nya, kita dipanjangkan umur untuk hadir ke
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini.
Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur dan gembira kerana
pada tahun ini kita masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan Negara
yang ke-66 dan juga Hari Malaysia yang ke-60. Setelah 66 tahun negara
kita mencapai kemerdekaan, keadaan negara kita sekarang jauh lebih
baik daripada sebelum Merdeka. Dengan pembangunan yang pesat dan
ekonomi yang bertambah baik dalam menjamin kesejahteraan rakyat.
Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya dalam
pelbagai bidang yang diceburi. Besar harapan saya agar anak-
anak SKWJ menggunakan peluang yang ada untuk mengejar cita-cita
agar berjaya dalam hidup
Sepanjang bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh
penyelaras dan AJK penggerak program Bulan Kemerdekaan seperti
Pertandingan Pakaian beragam Bertemakan warna bendera.
Penglibatan murid dalam kesemua aktiviti yang dianjurkan amat
menggalakkan. Syabas diucapkan kepada semua murid yang
mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan ini. Murid2 yang
disayangi sekalian, sesungguhnya aktiviti yang dianjurkan ini untuk
menyemarakkan dan menyemai semangat patriotisme dalam diri
kamu semua.
Semoga segala kerjasama berpaksikan semangat cinta akan negara dan
memberi kekuatan kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan
mempertahankan kemerdekaan.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya menyeru agar kita semua sama-sama
mengibarkan Jalur Gemilang sebagai bukti rasa cinta akan
negara kita. Jalur Gemilang lambang kedaulatan dan kemerdekaan
negara bukan sekadar hanya selembar kain. Akhir kata, Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan majlis penutupan
Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Wira Jaya bagi tahun 2023.Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai