Anda di halaman 1dari 7

SMK SUNGAI BESAR

TEKS UCAPAN SEMPENA


MAJLIS PELANCARAN BULAN
KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR
GEMILANG PERINGKAT SEKOLAH
2021

TEMA
”MALAYSIA PRIHATIN”
Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b.t...dan salam SEPAKAT
buat semua warga SMK Sg Besar yang saya kasihi sekalian.

Yang dihornati, Puan Sazuna Binti Abdul Wahid, PK Pentadbiran,


Encik Kamaruzzaman Bin Ahmad, PK HEM,
Puan Hjh Nor Haliza Binti Basir, PK Kokurikulum,
Puan Hjh Noraziah Binti Ismail, PK Petang,
Puan Zunita Binti Zam Zam, PK PPKI,

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,


Guru- guru Bimbingan dan Kaunseling,
Guru-guru Cemerlang dan barisan para guru yang berdedikasi,
Serta anak-anak murid yang dikasihi sekalian,

Para hadirin sekalian,

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya kita dapat bersama-sama menyempurnakan Pelancaran Sambutan
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Sg Besar bagi tahun 2021.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan setinggi-


tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua jawatankuasa
kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Walaupun kita masih
berperang dengan pandemik COVID-19 dan berada dalam Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3.0, syukur kita masih diberi
kesempatan untuk meraikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah pada tahun ini.
Kita masih dapat hidup secara aman, harmoni serta menjalani
kehidupan dengan baik walaupun negara dan seluruh dunia sedang
berjuang menghadapi pandemik wabak covid-19. Semua pihak perlu
bersatu hati demi kesejahteraan, kesihatan dan kemudahan rakyat tika
berhadapan dengan pendemik ini.

Tanggal 31 Ogos 2021 genaplah negara kita sudah mencapai


kemerdekaan selama 64 tahun. Hari Kebangsaan pada tahun ini
bertemakan “ MALAYSIA PRIHATIN”. Tema ini bertepatan dengan
aspirasi yang didukung oleh kerajaan , bahawa seluruh rakyat
MALAYSIA, tanpa mengira kaum turut bersama-sama berganding bahu
memerangi musuh di kala ini, iaitu wabak Covid-19.

Manakala PRIHATIN pula merujuk kepada keperihatinan kerajaan


dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui
inisiatif Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat yang merangkumi aspek
ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Bertepatan dengan situasi pada hari ini, banyak perkara yang kita lalui
Bersama sepanjang pandemik dan perintah Kawalan Pergerakan telah
memberi kesan kepada semua pihak dan golongan.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, untuk menjadikan negara kita


sebuah negara yang berjaya, kita perlu sentiasa berilmu, berakhlak dan
penuh dengan sifat keperimanusiaan yang disulami dengan kasih
sayang dan prihatin antara satu sama lain.

Semangat MALAYSIA PRIHATIN ini boleh kita zahirkan melalui


tugas kita sebagai pendidik yang berada di barisan hadapan. Kita
warga sekolah patut tampil untuk memberi bantuan dan sokongan tanpa
mengira kaum dan agama dalam mendidik anak bangsa ke arah
kecemerlangan. Sikap prihatin kita sebagai pendidik sedikit sebanyak
akan dapat meringankan beban mereka untuk menuntut ilmu dalam
mendepani gelombang pandemik covid -19 yang kita sendiri tidak tahu
bilakah akan berakhirnya wabak ini.

Guru-guru dan anak-anak murid sekalian.


Kita sebagai warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai
peranan dan tanggungjawab masing-masing. Sebagai seorang murid
sekolah yang diberi segala kemudahan untuk belajar, haruslah
bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita. Secara
tidak langsung anda juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia
di masa akan datang. Harapan saya agar kita semua warga SMK Sg
Besar dapat mengekalkan ciri-ciri warganegara yang baik, prihatin,
berakhlak mulia, berdisiplin serta aling hormat menghormati antara satu
sama lain.

Sesungguhnya, inilah kebiasaan baharu yang kita amalkan dalam


menjalankan setiap aktiviti di peringkat sekolah. Kita harus mengikut
segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. Pada tahun ini,
terdapat sedikit kelainan serta pendekatan dalam Majlis Pelancaran
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di mana
sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini akan digarap pelaksanaannya
secara dalam talian. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengambil
pendekatan mengadakan majlis secara sederhana tetapi mampu
membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme dalam
kalangan warga sekolah SMK SUNGAI BESAR.
Walaupun sambutan ini dibuat serba ringkas, harapan saya murid
dapat menghayati inti pati tema sambutan Bulan Kebangsaan kali ini
dan bersama-sama kita berganding bahu merealisasikan Bulan
Kebangsaan ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan
oleh pihak sekolah.

Hadirin sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa sambutan Bulan Kebangsaan


merupakan acara tahunan dalam takwim sekolah, selaras dengan
aspirasi negara bagi membentuk rakyat Malaysia yang amat menghargai
nilai kemerdekaan bagi sesebuah negara. Jika kita lihat senario dunia
sekarang banyak krisis yang berlaku seperti bencana alam, peperangan,
kekurangan makanan berlaku di mana-mana. Ramai anak-anak di luar
sana yang senasibnya kurang bernasib baik , tidak seperti anak-anak di
malaysia yang hidup sempurna dan berpendidikan. Nasib kita jaun lebih
baik daripada mereka yang ditimpa musibah dan ujian daripada Allha
SWT. Oleh yang demikian , bersama-samalah kita bersyukur dan
berikrar untuk hidup bersama dengan aman dan damai, saling menjaga
kelestarian hidup dalam negara.

Tidak semestinya kita menjadikan pandemik Covid -19 ini


asbab kita menjadikan muid yang tidak berilmu dan tidak berjaya. Murid-
murid perlu sentiasa bersedia untuk mengadaptasi pendidikan dalam
norma baharu, sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan.
Kita bertuah kerana warga SMK Sg Besar ini, baik guru-guru
mahupun murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum. “Sudah terang
lagi bersuluh” elemen perpaduan telah lama terpahat kukuh di bumi
SMK Sg Besar. Cuma kita patut tingkatkan lagi usaha bagaimana untuk
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita kerana tanpa perpaduan
tidak mungkin kemerdekaan ini dapat diisi dengan sebaik-baiknya.
Sekarang, “tepuk dada tanya selera” segalanya telah tersedia, terpulang
kepada kita bagaimana untuk menjalankannya.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pelbagai program telah diatur sepanjang Bulan Kebangsaan


dan Kibar Jalur Gemilang, cuma mungkin kita akan menghadapi sedikit
kekangan kerana kita tidak dapat melaksanakan aktiviti atau
pertandingan secara bersemuka. Namun begitu dengan segala ilmu dan
kreativiti yang ada pada semua guru dan murid, tidak membataskan kita
untuk melaksanakan semua aktiviti dan pertandingan yang telah
dirancang oleh jawatankuasa kerja. Semoga segala perancangan yang
dibuat dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Harapan saya, seluruh warga SMK Sg Besar mengorak langkah


SEPAKAT bersama-sama membangunkan modal insan berlandaskan
kejayaan generasi terdahulu dalam memperjuangkan serta
memperkukuh nilai kemerdekaan tanah air kita ini. Saya menyeru agar
kita sama-sama menyemarakKan Bulan kebangsaan ini bengan
mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah masing-masing sebagai
bukti rasa cinta kepada negara. Jalur Gemilang lambang kedaulatan dan
kemerdekaan negara bukan sekadar selembar kain.
Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa mengikuti segala
arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, terutama ketika situasi
pandemik ini. Rakyat dan murid yang baik, akan sentiasa akur dan patuh
arahan pemerintah demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Marilah
sama-sama kita berdoa agar penyebaran covid-19 dapat dihentikan dan
kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Akhir kata, dengan sukacitanya saya MERASMIKAN MAJLIS


PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR
JALUR GEMILANG SMK SUNGAI BESAR BAGI TAHUN 2021

.
Semoga segala usaha dan kerja kita diredhai dan diterima Allah
sebagai bukti pengabdian.
Saya akhiri ucapan saya dengan lafaz Wabillahi Taufiq Wal Hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai