Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Pengetua

SMK Tuanku Abdul Rahman

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

EN. NOR AMAI SHAM BIN MOHD NOR


PENGETUA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM KEMERDEKAAN KALI KE-63,


‘MALAYSIA PRIHATIN’
SALAM HARI MALAYSIA KE-57
SALAM STAR JUARA

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada


Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan iradat dari Nya,
kita dipanjangkan umur dapat bersama-sama lagi pada pagi ini
untuk menyempurnakan sambutan Program Bulan Kemerdekaan
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman.

Para hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur dan gembira kerana
pada hari ini kita masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan negara
yang ke-63 dan Hari Malaysia yang ke-57 pada tahun ini. Kita masih
dapat hidup secara aman, harmoni serta menjalani kehidupan dengan baik
walaupun negara dan seluruh dunia sedang berjuang menghadapi
pandemik wabak COVID-19.
Tema sambutan tahun ini ialah 'Malaysia Prihatin'.

'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia


berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada
penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang
perseorangan termasuklah semua murid-murid di SMK Tuanku Abdul
Rahman.

"Prihatin” pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan


kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek
ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat
Malaysia” .Bertepatan dengan situasi pada hari ini, banyak perkara yang
kita telah lalui bersama sepanjang pandemik.

Untuk menjadi sebuah negara yang berjaya,sesebuah negara


memerlukan masyarakat yang sentiasa berilmu, berakhlak dan penuh
dengan sifat keperimanusiaan yang disulami dengan kasih sayang dan
prihatin antara satu sama lain.

Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan


tanggungjawab, begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat
jelata. Sebagai seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang
lengkap untuk belajar, kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan
gigih untuk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung, anda juga
menyumbang kepada pembangunan Malaysia pada masa akan datang.

Murid-murid yang disayangi sekalian,

Setelah 63 tahun merdeka, keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik
daripada sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta
ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat
kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi harapan saya
agar murid-murid dari SMK Tuanku Abdul Rahman menggunakan
peluang yang ada untuk mengejar cita-cita dan berjaya dalam hidup.

Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas untuk melakukan
perkara yang kita suka termasuklah pergi ke sekolah tanpa sebarang
ketakutan, makanan yang mencukupi, serta keamanan dan kasih sayang
yang tak berbelah bagi daripada semua pihak. Oleh yang demikian,
bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama
dengan aman dan damai, saling menjaga kelestarian hidup dalam
negara.

Tidak sepatutnya kita menjadikan pandemik ini asbab kita menjadi


murid yang tidak berilmu dan tidak berjaya. Murid-murid perlu sentiasa
bersedia untuk mengadaptasi pendidikan dalam bentuk norma baharu
dan sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan
Para hadirin sekalian,

Sesungguhnya, tujuan program ini diadakan untuk menyemarakkan lagi


rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang telah kita
jalankan sepanjang bulan kemerdekaan.

Semoga segala kerjasama yang ditunjukkan dalam program ini memberi


kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan
kemerdekaan negara kita.

Semoga sempena sambutan kemerdekaan yang ke 63 ini, kita sama-


sama dapat menghentikan penyebaran COVID-19 di samping dapat
menjalani kehidupan seperti biasa.

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai