Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Sambutan Bulan Kemerdekaan Oleh

Guru Besar Tahun 2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang dihormati cg. Adnan bin Semani, Penolong Kanan Pentadbiran.


 Yang dihormati cg.Ab. Halem bin Mamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
 Yang dihormati cg. Azif bin Serawi, Penolong Kanan Kokurikulum.
Yang dihormati Guru-guru, Akp  dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Apa khabar semua? Saya doakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah Subhana Wa Taala kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan pelancaran kempen Bulan Kebangsaan dan
Kibar Jalur Gemilang 2021 pada hari yang berbahagia ini.

Guru-guru, akp dan murid sekalian,

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini masih mengekalkan tema yang
sama seperti tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin. Ini adalah seiring dengan iltizam dan
aspirasi berterusan dalam menyemai rasa cinta kita kepada negara, selain menyemarakkan
semangat kebersamaan dalam memerangi pandemik COVID-19 semenjak lebih setahun yang
lalu. Semoga kita dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera seperti
dahulu.

Pada tanggal 31 Ogos 2021 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali
ke-64. Namun, saya percaya, dalam usia kemerdekaan yang baru melebihi setengah dekad,
masih terdapat sebilangan masyarakat khususnya golongan generasi muda yang kurang arif
mengenai peranan dan erti sebenar kemerdekaan yang telah dikecapi ini.

Oleh itu semangat cintakan negara hendaklah sentiasa diperteguhkan, Hal ini kita akan dapat
mengekalkan kehidupan yang harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati dalam kalangan
rakyat meskipun berlainan kaum, agama dan latar belakang.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pastinya banyak program yang telah dirancang oleh jawatankuasa Bulan Kemerdekaan SK
Serom 8. Saya berharap sangat agar semua murid dapat turut serta dalam setiap program yang
dirancang. Penglibatan murid ini akan memberi impak yang cukup baik apabila penilaian
PAJSK dilaksanakan oleh guru-guru. Dalam norma baharu pertandingan secara atas talian
amat penting.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan
tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan Program Majlis
Sambutan Bulan kemerdekaan Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar kita sama-sama
menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk di
rumah kita sendiri.  Semoga dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat
patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan  dalam program ini
serta program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan
mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai.

Tanpa melengahkan masa lagi dengan lafaz “Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini
merasmikan sambutan Bulan Kemerdekaan ke- 64 peringkat SK Serom 8 .

Sekian, Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai