Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID HARI GURU.

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Terima kasih Pengerusi Majlis.

 Yang Berusaha EN Mohammad Bin Salleh, Guru Besar SK Beserah,


 Yang Dihormati, Pn Rohayu Binti Shamsuddin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
 Yang dihormati, Pn Ros Bie Binti Othman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
 Yang Dihormati, En Ahmad Zaini bin Mat Zain, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
 Yang dihormati, En MOhd Nazri bin Osman, Guru Penolong Kanan Petang,
 Barisan guru-guru tercinta dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.  

Pertama sekali, saya sebagai wakil murid SK Beserah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru.  
Pada tahun ini, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, telah dipilih sebagai tema Hari Guru.
Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar
untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan sekolah yang sejahtera. Segalanya bermula
daripada  seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mengenal
mencapai kejayaan perlulah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka melayani
karenah kita amatlah besar nilainya. Jasa itu akan kami kenang hingga ke hujung nyawa.

Rakan sekalian, 

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan yang
cemerlang di dunia dan akhirat. Mereka lah insan yang sedia mendengar segala masalah kita.
Guru lah segala-galanya bagi kami.   Oleh itu, guru-guru di SK Beserah ini merupakan
pendidik yang cukup hebat  dalam mendidik anak bangsa.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah
mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Itulah kata-kata Sasterawan Negara, Usman  Awang dalam puisinya Guru Oh Guru.  Saya
akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon Ortiz tentang pendidikan.

“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in the lives of
their students.”

Sekian, terima kasih. 

Anda mungkin juga menyukai