Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi dan salam


transformasi.

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis,

Yang berbahagia, En. Shankar a/l Jayaram, YDP PIBG SMK Raja Lumu

Yang berusaha, Pn. Norsiha bt Dahlan, PK Pentadbiran SMK Raja Lumu

Yang dihormati, En Norazam Bin Rahmad, PK HEM,

Pn. Ruslizawati Bt Ahmad, PK Kokurikulum,

Pn. Azwin Fairuz Bt Ajidan, Pk Petang

Barisan guru kanan mata pelajaran,

Guru-guru yang berdedikasi,

Ketua Pelajar SMK Raja Lumu,

Dan anak-anak SEMALU yang dikasihi sekalian,

Pertama-tamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

bagi Tahun 2019, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang.Pada tanggal 16 Mei setiap tahun,

warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Namun pada tahun ini perayaan Hari Guru disambut

awal sedikit kerana takwim kita yang bertembung dengan bulan Ramadhan. Saya ingin

mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini. Sambutan Hari Guru yang

diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang

telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan

dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan
harapan dan keparcayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam

menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan

Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama

guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima

kasih,penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

YDP PIBG dan Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,....

R. Smith pernah berkata, berilah peluang kepadaku untuk mengelola pelajaran nescaya aku akan berjanji

mengubah alam. Guru mempunyai potensi besar mempengaruhi dan merubah pemikiran

pelajar.Menurut Imam Al Ghazali, guru mesti ada tanggungjawab, ada rasa belas kasihan dan mampu

memperlakukan mereka sebagai anak sendiri. Seterusnya Imam Al Ghazali pernah berkata, hak seorang

guru adalah lebih besar daripada hak seorang bapa. Ibu bapa menjadi sebab ianya lahir ke dunia

sedangkan guru menjadi sebab anak itu memperolehi hidup kekal abadi. Tanpa guru, apa yang

diperolehi oleh anak akan hancur. Dalam pembentukan sahsiah pelajar pula, guru mempunyai peranan

yang sangat penting. Prof. Mohd Kamal Hassan berkata, contoh teladan pendidik inilah yang banyak

membantu pembentukan akhlak pelajar. Justeru, mereka seharusnya dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak

mulia, berilmu, kasihkan ilmu dan luas pembacaan, mempunyai azam yang kuat dan tegas,berkebolehan

menimbulkan motivasi kepada pelajar, bersedia menerima dan menguasai kaedah baru dalam

pendidikan dan sebagainya


Guru-guru yang dirahmati Allah sekalian,

Guru, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI. Begitulah tema hari guru pada tahun ini. Pada pendapat saya,

guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan ke arah merealisasikan pendidikan bertaraf dunia.

Apa yang saya lihat ialah para guru bukan sahaja menekankan aspek akademik dan kokurikulum semata-

mata, malah berusaha untuk membangunkan modal insan yang memberi tumpuan kepada aspek

disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar.

Murid-murid sekalian,

Guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban masa dan

tenaga mendidik kita sehingga Berjaya. Pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam semua bidang

terhasil daripada komitmen dan kerja keras golongan guru. Sebagai murid, kita perlu menjadi seperti

burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu

bertongkatkan kuku dalam memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa

guru, maka ilmu yang dipelajari akan diberkati dan seterusnya menjana modal insan kelas pertama.

Hadirin sekalian,

Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif dan inovatif, sekolah dapat melahirkan

insan yang mulia dan membina masa depan yang sejahtera. Akhir kata, sekali lagi saya ingin

mengucapkan selamat hari guru. Semoga semua guru akan terus diberi kekuatan untuk terus menabur

bakti.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai