Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bagan Pasir (NAMA), Penolong Kanan (NAMA), guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian. Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu
saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan rakan-rakan kerana memberi
kepercayaan kepada saya untuk berucap pada pagi yang mulia ini. Saya Muhammad Darwisy
bin Khairulnizam selaku ketua murid adalah wakil bagi pihak murid-murid tahun enam untuk
menyampaikan ucapan pada hari ini.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum tujuan majlis ini diadakan sebagai tanda perpisahan
kepada murid-murid tahun enam. Jamuan seperti ini diadakan saban tahun dan pada hari ini
menjadi giliran kami pula meninggalkan sekolah ini.
Sesungguhnya, guru-guru sekolah ini telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada kita untuk memperoleh kejayaan demi kejayaan. Oleh itu, jelaslah jasa guru kepada
kita begitu besar sekali. Jasa itu tetap akan dikenang sepanjang hayat.
Guru-guru dan rakan-rakan yang saya sayangi sekalian,
Di samping itu, kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri, saya ingin berpesan agar kita
janganlah seperti kacang melupakan kulit apabila berada di sekolah menengah nanti. Kita
hendaklah menghargai dan menghormati guru-guru yang telah membimbing kita selama ini.
Kita juga hendaklah terus rajin dan gigih berusaha belajar hingga ke peringkat yang lebih
tinggi bak kata peptah genggam bara api biar sampai menjadi arang.
Akhir kata, saya sebagai wakil murid-murid tahun enam, menyusun sepuluh jari
memohon maaf kepada para guru. Sekiranya sepanjang tempoh persekolahan kami di sini
ada perkara yang tidak menyenangkan hati cikgu semua. Saya sudahi ucapan saya ini
dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang.
boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang.
boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatuulahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai