Anda di halaman 1dari 2

Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan murid-murid

tahun enam. Selaku ketua murid kamu diminta berucap dalam


majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Guru Besar dan guru-guru.
Tuliskan ucapan tersebut.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan
selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah dan rakan-rakan kerana memberi kepercayaan
kepada saya untuk berucap pada pagi ini. Saya sebagai ketua murid
ialah wakil bagi pihak murid-murid tahun enam.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum tujuan majlis ini diadakan
sebagai tanda perpisahan kepada murid-murid tahun enam. Jamuan
seperti ini diadakan saban tahun dan pada hari ini menjadi giliran
kami pula meninggalkan sekolah ini.
Sesungguhnya, guru-guru sekolah ini telah banyak memberi
tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita untuk memperoleh kejayaan
demi kejayaan. Oleh itu, jelaslah jasa guru kepada kita begitu besar
sekali. Jasa itu tetap akan dikenang sepanjang hayat.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri, saya ingin berpesan
agar kita janganlah seperti kacang melupakan kulit apabila berada
di sekolah menengah nanti. Kita hendaklah menghargai dan
menghormati guru-guru yang telah membimbing kita selama ini.
Kita juga hendaklah terus rajin berusaha belajar hingga ke peringkat
yang lebih tinggi. Genggam bara api biar sampai menjadi arang
Akhir kata, saya sebagai wakil murid-murid tahun enam,
menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada para guru. Sekiranya
sepanjang tempoh persekolahan kami di sini ada perkara yang tidak
menyenangkan hati cikgu semua. Saya sudahi ucapan saya ini
dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai