Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami: SJK (T)JC.

600-4/1/2(4)
Tarikh : 15.11.2016
Kepada,
Pengurus Zoo Melaka,
Jalan Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tuan,
Memohon Pengurangan Bayaran Tiket Murid dan Guru Untuk Program Lawatan
Sambil Belajar SJK (T) JALAN CHERAS.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
2.
Unit kokurikulum dan HEM SJK (T) JALAN CHERAS akan mengadakan Program
Lawatan Sambil Belajar Zoo Melaka. Butiran mengenai lawatan tersebut adalah seperti
berikut :
Program : Lawatan Sambil Belajar
Tempat
: Zoo Melaka
Tarikh
: 19 November 2016
Hari
: Sabtu
Penyertaan : 36 orang murid dan 8 orang guru
3.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
mengurangkan kadar bayaran tiket agar murid-murid dapat menjalani aktiviti lawatan mereka
dengan jayanya.
4.
Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan pertimbangan yang
sewajarnya terhadap perkara tersebut. Kerjasama tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menurut perintah,
.
( Pn.R.Mariayee@Theve )
Guru Besar,
SJK (T) Jalan Cheras,
Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai