Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI PERLIS (4 JULAI 2013/KHAMIS)

Aktiviti pendidikan luar dalam Program Pendidikan Khas Integrasi sudah sinonim dan selalu dipraktikkan di Sekolah Integrasi Pendidikan Khas. Akiviti bercorak lawatan ilmiah ini adalah salah satu keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid pendidikan khas. Selain itu, lawatan ilmiah ini juga merupakan elemen penting dalam meningkatkan keupayaan murid Pendidikan Khas dari segi emosi, fizikal, mental dan bahasa. Tujuan utama lawatan ilmiah ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bersosialisasi murid-murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Tandop Besar. Kemahiran sosial yang baik ini dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada murid-murid persekitaran. SEBELUM LAWATAN Perancangan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan kelancaran program lawatan ini. Sebelum menjalankan lawatan, kami telah membuat perbincangan bersama guru-guru PPKI Sekolah Kebangsaan Tandop Besar untuk menetapkan lokasi lawatan pada kali ini. Setelah membuat cadangan mengenai lokasi perjalanan akhirnya masing-masing bersetuju untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perlis. Negeri Perlis dipilih kerana menpunyai tampattempat yang menarik seperti gua Kelam, Padang Besar, Taman Ular, Taman Herba dan sebagainya. Pastinya murid akan mengalami pengalaman yang berbeza berbanding tempat-tempat lawatan sebelum ini. Setelah memilih tempat lawatan, seterusnya penyediaan kertas kerja lawatan dan juga borang kebenaran melancong yang perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sekurang-kurangnya enam minggu sebelum menjalankan lawatan. Tempat-tempat lawatan yang dipilih juga bersesuaian dengan objektif yang dirancang. Misalnya bagi meningkatkan sosialisasi murid-murid dengan orang lain, pendidikan khas khususnya bagi menyesuaikan diri dengan

guru telah memilih tempat yang dapat meningkatkan interaksi murid dengan orang luar seperti padang besar dan juga beberapa tempat. Selain itu, tempat-tempat yang dipilih juga dapat memberikan pengalaman baru kepada murid-murid. Misalnya Taman Herba yang dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan murid mengenai herba yang dapat digunakan untuk mengubati penyakit. Apabila murid melawat taman ular secara tidak langsung mereka dapat melihat haiwan-haiwan secara langsung seperti buaya, rusa, burung unta dan juga berbagai spesis ular. Setelah memilih tempat-tempat lawatan seterusnya kami membuat surat permohonan untuk mendapat pengurangan harga tiket. Kami juga telah membuat tinjauan ke tempat-tempat lawatan untuk memastikan kelancaran perjalanan lawatan. Tujuan kami membuat tinjauan selain memastikan kelancaran perjalanan lawatan adalah untuk memastikan tempat-tempat yang kami kunjungi relevan mengikut tentatif. Kami juga membuat tinjauan mengenai tempat untuk makan dan juga tempat untuk menunaikan solat. Setelah pihak JPN Kedah meluluskan permohonan kami, seterusnya kami memaklumkan pihak waris mengenai lawatan yang ingin dijalankan. Waris yang ingin mengikuti lawatan seterusnya dijemput untuk menghadiri taklimat lawatan sehari sebelum menjalankan lawatan. Hal ini bagi memastikan waris tidak ralat mengenai perkara-perkara yang penting sewaktu lawatan misalnya keperluan anak mereka seperti ubat-ubatan dan membawa duit yang secukupnya. Mereka juga diingatkan supaya mengikut tentatif yang disediakan selain menepati masa yang telah ditetapkan. Hal ini bagi memastikan setiap waris peka dengan waktu dan mengikut jadual. Sebelum membuat lawatan juga, para guru PPKI telah membuat perbincangan mengenai tugas masing-masing semasa lawatan.

SEMASA LAWATAN Pada tanggal 4 Julai 2013, semua peserta telah berkumpul di kantin sekolah sementara menunggu ketibaan bas. Mengikut perancangan, kami telah menetapkan untuk bertolak pada pukul 7.30 pagi. Namun terdapat beberapa peserta yang hadir lewat menyebabkan kami tidak dapat bertolak mengikut perancangan. Kelewatan yang berlaku disebabkan terdapat salah faham mengenai waktu bertolak. Oleh itu, semua peserta perlu lebih peka mengenai perancangan program supaya perkara seperti tidak akan berlaku kelak. Kami telah bertolak ke Negeri Perlis pada jam 8.10 pagi dan destinasi yang dituju adalah ke Taman Ular Dan Reptilia Negeri Perlis. Kami telah tiba di situ pada jam 10.30 pagi. Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung. Peserta lawatan kelihatan teruja kerana dapat melihat pelbagai jenis spesis ular dan juga beberapa jenis haiwan lain seperti buaya, biawak, iguana dan sebagainya. Peserta dapat merasai pengalaman melihat haiwan-haiwan tersebut secara langsung. Pengalaman sebegini pastinya tidak dapat diperolehi di tempat lain. Seterusnya kami telah berangkat ke Taman Anggur yang terletak berdekatan dengan destinasi kami sebelum ini. Di situ kami dapat melihat permandangan ladang anggur selain dapat membeli buah anggur yang dijual. Buah anggur dijual dengan harga RM 10.00 bagi setiap setengah kilo. Kebanyakkan peserta membeli buah

anggur untuk dibawa pulang. Setelah merasai ketenangan dan kedamaian ladang anggur kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Rimba Herba atau lebih dikenali dengan Taman Herba. Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan juga tumbuhan ubatan lain amnya. Peserta dapat mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan yang terdapat Di Taman Herba. Antara koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini dan juga tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain dan tumbuhan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini. Terdapat hampir 600 spesis tumbuhan di taman ini. Diantara tumbuhan yang tekenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, dan sebagainya. Tujuan tumbuh-tumbuhan ini dipamerkan adalah untuk memberi kefahaman kepada pengunjung terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia. Pada jam 12.30 tengah hari, kami bertolak ke tempat makan yang dipilih iaitu di Restoran Tok Mek yang terletak di jalan yang menuju ke Gua Kelam. Restoran Tok Mek dipilih kerana menpunyai pelbagai jenis lauk selain menpunyai ruang makan yang selesa dan bersesuaian dengan jumlah peserta lawatan SK Tandop Besar. Kami tiba di Restoran Tok Mek tepat jam 1.00 tengah hari. Setelah menjamu selera kami seterusnya bertolak ke Gua Kelam pada jam 2.00 petang. Kami juga telah merancang untuk singgah solat di masjid yang berdekatan dengan Gua Kelam. Malangnya apabila tiba di Masjid Jamek Beseri tersebut, terdapat masalah yang timbul. Masalah ketiadaan air menyebabkan kami tidak dapat menunaikan solat di masjid tersebut. Kami bercadang untuk bersolat di surau yang disediakan di Gua Kelam. Pada jam 3.00 petang kami tiba di Gua Kelam dan menunaikan solat di situ. Setelah semua peserta selesai menunaikan solat, kami berkumpul untuk masuk ke gua kelam. Tepat jam 3.35 petang kami masuk ke dalam gua kelam. Antara pengalaman yang diperolehi adalah dapat melihat sendiri batu kapur yang terhasil ratusan tahun dahulu dan juga seperti laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu

serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut di dapati di dalam gua ini. Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini. Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti pondok rehat, bangku rehat, tandas, dewan tertutup, kafeteria dan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 80 orang. Seterusnya kami bertolak ke Padang Besar pada jam 4.00 petang. Padang Besar merupakan sebuah Bandar sempadan yang terletak di sempadan Wilayah Songkla, Thailand. Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual di Padang Besar, antaranya pakaian makanan dan pelbagai jenis barangan. Para peserta dikehendaki berkumpul pada jam 5.45 petang. Peserta lawatan sempat membeli-belah pelbagai jenis barangan seperti pakaian, beras pulut dan sebagainya. Di sini juga murid-murid dapat berinteraksi dengan orang luar. Misalnya apabila mereka sedang melakukan urusan jual beli dengan peniaga. Seterusnya pada 6 petang, kami bertolak ke Kuala Perlis untuk makan malam. Antara menu utama yang kami pesan ialah laksa Kuala Perlis, makanan bergoreng dan sebagainya. Kami menunaikan solat mahgrib di kedai tersebut. Seterusnya kami bertolak pulang pada jam 8.00 malam. Kami tiba di sekolah pada jam 10.00 malam.

Anda mungkin juga menyukai