Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ VOKASIONAL

DATO’ UNDANG HJ MUHAMAD SHARIP, REMBAU


SEMESTER 2
A01201

NAMA PELAJAR : NUR AMANINA RUSHDA BINTI RAHID


NO MATRIK :
NAMA PENSYARAH : CIK AFIQAH BINTI MUSTAPA NOR

LAPORAN (LAWATAN )

ISI KANDUNGAN
Kandungan Halaman
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Lawatan

3.0 Kronologi Lawatan


4.0 Rumusan
-Rumusan Lawatan
-Cadangan
-Harapan
PENGHARGAAN
Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat juga saya menyiapkan laporan ini. Pertama sekali, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan serta ribuan terima kasih kepada Pengarah Kolej
Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip, iaitu Puan Yusni Binti Abdul
Murad kerana beliau telah memberi sokongan serta galakan untuk melakukan
tugasan ini.
Selepas itu, jutaan terima kasih juga akan ditujukan kepada kedua-dua ibu
bapa yang saya hormati iaitu Puan Faizatul Azmarina binti Botok dan Encik
Rashid bin Muhammad . Mereka sentiasa memberi bantuan, dorongan serta
sokongan sepanjang saya menyiapkan laporan ini.
Bukan itu sahaja, diberikan penghargaan juga kepada guru mata pelajaran
Bahasa Melayu saya iaitu Cik Afiqah Binti Mustapa Nor kerana beliau telah
banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya semasa membuat laporan.
Akhirulkalam, diberi penghargaan juga kepada semua yang terlibat malah
sudi meluangkan masa dan sudi menjawab serba sedikit soalan yang diberi. Terima
kasih juga kerana anda semua telah memberikan banyak maklumat kepada saya
bagi menyempurnakan laporan lawatan ini dengan lebih sempurna lagi.

1.0 PENGENALAN

Ketika tibanya cuti sekolah seminggu, saya dan beberapa rakan melawati tempat-
tempat yang menarik di Melaka untuk mengisi masa lapang kami. Kami
meluangkan masa bersama-sama sebelum Kembali ke asrama semula setelah cuti
beberapa hari.
Lawatan ini bermula dari 19 (September) dari pukul 9:30 pagi dan berakhir
pada 5 petang Selain itu, lawatan ini di sertai 6 orang sahaja iaitu Aida ,Umai
,Intan ,Sarah ,Sofea dan saya. Peerjalanan kami untuk sampai ke destinasi dengan
menaiki GRAB.
Pelbagai tempat yang kama lawati antaranya, Zoo Me;aka dan Kota A
Famosa. Kos yang dikeliarkan sepanjang lawatan ini berjumlah RM93.62 .Akhir
sekali, dengan menghadiri lawatan ini, banyak perkara yang saya dapati antaranya
ilmu pengetahuan yang luas, merapatkan sillaturrahim sesama rakan dan banyak
lagi
2.0 OBJEKTIF LAWATAN
-Menambahkan ilmu tentang haiwan-haiwan dan speasisnya
-Merapatkan sillaturrahim sesama rakan
-Mengetahui tentang sejarah-sejarah yang ada di Melaka

3.0 KRONOLOGI LAWATAN

Pada 19 September 2022, saya bersama rakan-rakan telah mengadakan


lawatan ke Melaka. Pada pukul 8:30 mereka berkumpul di rumah saya dan rakan
bersarapan terlebih dahulu sebelum bertolak ke desinasi.
Kami bertolak ke sana pada 9:30 pagi dengan menaiki kereta seorang
pemandu GRAB. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah
nian smbil berbual-bual dengan pemandu tersebut unyuk mengeratkan hubungan
silaturrahim antara satu sama lain. Kami tiba di desttinasi pada pukul 9:50.Banyak
sungguh pengujung yang hadir di sana.

(TIBA DI PERKARANGAN ZOO MELAKA)

Destinasi kami yang pertama ialah Zoo Melaka .Setelah tiba di pengarangan
Zoo, kami beratur terlebih dahulu untuk membeli tiket Tiket tersebut berharga RM
38.00 seorang dewasa .Kemudiannya, mendengar sedikit penerangan yang
disampaikan oleh pegawai tersebut.

Disini kami dapat mengenal pelbagai speasis haiwan yang ada di Zoo
Melaka. Contohnya seperti Burung Kakak Tua, Orang Utan, Tapir, Harimau,
Zirafah dan banyak lagi. Dengan menaiki truck melihat haiwan-haiwan disitu.

HARIMAU GAJAH

ORANG UTAN BURUNG KAKAK TUA


Selepas puas berada di dalam zoo, kami membuat keputusan untuk bersiar-
siar di luar perkarangan zoo. Tempat terebut dikenali sebagai Medan Krafttangan
Ayer Keroh. Disitu terdapat pelbagai krafttangan yang sedia ada seperti
topi,payung, gelang, patung untuk dijual kepada pelancong.Saya membeli seutas
gelang tangan berwarna hitam yang berharga RM5.00 Setelah bersiar-siar selama
setengah jam, kami menikmati makanan yang cuku terkenal di melaka iaitu Asam
Pedas yang berdekatan dengan Zoo Melaka dan menunaikan solat di Petronas Ayer
Keroh.
(Medan Kraftangan)

(Asam Pedas )
Jam menunjukkan pukul 2 petang.Destinasi kami yang terakhir ialah
Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir.Perjalanan dari Ayer Keroh ke Bandar
Hilir kira-kira 17 minit.Bandar Hilir terkenal dengan tempat-tempat bersejarah
seperti kubu yang dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka
pada tahun 1511.

(A Famosa)
Setelah itu, kami melawati Muzium TLDM yang berhadapan Muzium
Samudera.Kami mengambil gambar kenang-kenangan bersama-sama.Apabila
berasa penat,kami pergi ke Cendol Kampung Hulu yang tdak jauh dari
situ.Menikmati manisan yang ada di kedai itu,seperti cendol pulut,cendol durian
dan banyak lagi.
(Muzium TLDM)

(Cendol Kampung Hulu)

Pada pukul 5 petang, kami pun bertolak pulang ke rumah masimng-masing. Kami
berasa sungguh gembira kerana mendapat pengalaman dan pengetahuan yang
baharu.

4.0 RUMUSAN LAWATAN


Berdasarkan lawatan yang kami adakan ,banyak perkara yang saya dapati
ketika melawati Zoo Melaka. Antaranya dapat mengenali pelbagai jenishaiwan
yang unik seperti memerag , unta , tapir dan macam-macam lagi. Dengan ini dapat
menambakan lagi ilu pengetahuan kami.Selain itu, dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim sesama rakan dan pemandu pelancong.
Bukan itu sahaja, saya juga dapat mempelajari sejarah-sejarah yang ada di
Melaka. Pengalaman yang menarik dan tidak akan dilupakan .Akhir
sekali,walapun kami kepenatan tetapi kami sangat berpuas hati dengan lawatan ini.
5.0 CADANGAN LAWATAN
Daripada pendapat saya, saya ingin mencadangkan penambah baikan
lawatan ini pada masa akan datang.Cadangan saya adalah,menanbahkan tempat-
tempat yang menarik di luar Melaka seperti contoh di Langkawi, Terengganu dan
lain-lain. Seterusnya mengalu – alukan rakan-rakan yang lain bagi memeriahkan
lagi lawatan ini.
Selain itu, menggunakan kenderaan sendiri bagi mengurangkan kos untuk
membayar tambang kenderaan dengan cara,mengajak ibu bapa mengikuti lawatan
ini.Bukan sahaja daapat mengurangkan kos,malah dapat dipantau oleh orang
dewasa sepanjang lawatan.Akhir sekali, melakukan apa-apa aktiviti sepanjang
lawatan agar tidak rasa bosan dan memeriahkan suasana,seperti contoh bernyayi
sepanjang perjalanan dan banyak lagi.

6.0 HARAPAN LAWATAN

Saya sebagai wakil yang mengikuti lawatan ini,berharap agar rakan-rakan


yang tidak dapat mengikuti lawatan sebelum ini berpeluang mengikuti lawatan
pada masa akan datang.Selain itu,lawatan ini dapat diteruskan pada masa akan
datang bagi memberi peluang kepada rakan-rakan lain.Akhir sekali lawatan ini
dapat memberikan memori yang indah kepada kami.

Laporan disediakan oleh,


………………………………………….
(Nur Amanina Rushda Binti Rashid)

Anda mungkin juga menyukai