Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN Teknik mengarang

LAPORAN

1. Tuliskan tajuk laporan dengan menggunakan huruf besar pada permulaan kata. 2. Isi-isi laporan adalah seperti tarikh, masa, tempat, kejadian, keadaan, perasaan, pengalaman orang-orang yang terlibat. 3. Nyatakan faedah-faedah atau keburukan serta langkah-langkah untuk mengatasinya. 4. Gunakan ayat-ayat yang mudah, ringkas dan padat. 5. Tuliskan penutup bagi laporan itu. 6. Setiap laporan perlu ditulis nama pelapor dan tandatangan serta jawatan pelapor bahagian bawah laporan. 7. Nama pelapor hendaklah ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan. SOALAN Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron sebagai setiausaha persatuan. Sebagai setiausaha persatuan, tuliskan sebuah laporan tentang lawatan itu. Rangka Isi Pendahuluan Isi-isi penting : : Tajuk laporan - Tarikh, masa, jumlah pelajar dan guru pengiring -Lawatan ke kebun sayur kebun bunga lading teh - mendengar penerangan tentang cara teh diproses - berkelah di kawasan air terjun Penutup : -Lawatan memberi banyak manfaat -Tandatangan

Karangan Laporan Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron Pada 11 Septemeber 2000 seramai 35 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka telah membuat lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Kami telah bertolak dari sekolah tepat pada pukul 8.00 pagi bersama-sama dengan tiga orang guru pengiring, iaitu Puan Norbadariah, Puan Nor Fazilah dan Encik Saiful. Tempat pertama yang kami lawati apabila tiba di tanah Tinggi Cameron iaitu kebun sayur. Di sini pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah asparagus, kubis bunga, lobak merah dan sawi. Tanam-tanaman di sini subur sekali. Kemudian, kami melawat ke kebun bunga pula. Bunga ros yang ditanam di sini mempunyai kuntum yang besar dan cantik. melepaskan peluang untuk membeli sejambak bunga ros. Apabila kami tiba di lading teh, kami lihat pekerja-pekerja sedang memetik daun teh. Daun teh yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang dibawa di belakang mereka. Penyelia yang berada di situ sempat memberi penerangan kepada kami tentang cara-cara teh itu diproses. Sebelum pulang, kami menghabiskan masa dengan berkelah di air terjun. Di situ kami bermandi-manda dan menikmati bekalan yang kami bawa. Kami tiba di Melaka pada pukul 6.00 petang. Lawatan ini memberi manfaat yang besar kepada kami. Pada bulan hadapan kami bercadang untuk melawat ke tempat yang lain pula. Laporan disediakan oleh, (TAN GEOK LING) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka. 13 Ogos 2010 Puan Norbadariah tidak

Anda mungkin juga menyukai