Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT KRAFTANGAN

Pada 14 April 2017, lawatan ke pusat kraftangan di Cherating telah diadakan


seramai 15 orang pelajar pendidikan awal kanak-kanak serta dua orang pensyarah
pengiring iaitu Tn Hj Mazlan Talib dan Nor Azizah bt Mohd Nor. Lawatan tersebut
diadakan bertujuan untuk memperkenalkan cara untuk membuat tikar anyaman
serta cara untuk mencanting batik. Kami telah membuat lawatan pada satu institusi
dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam membangunkan pembangunan
rakyat.

Pada jam 9.00 pagi, kami sampai ke destinasi tersebut, saya dapat melihat
pelbagai jenis alatan kraftangan yang digantung dan dipamerkan disekeliling tempat.
Puan Murni merupakan salah seorang guru kraftangan di situ telah menerangkan
tentang cara-cara untuk membuat anyaman. Beliau telah menerangkan bahawa
daun mengkuang telah digunakan untuk membuat anyaman. Daun mengkuang
terbahagi kepada dua iaitu daun mengkuang pandan dan daun mengkuang
kampong. Daun mengkuang pandan sering digunakan kerana teksturnya yang
lembut.

Kemudian, beliau menyatakan bahawa untukmenyediakan daun tersebut,


beberapa cara perlu dilakukan iaitu membuang duri di sekeliling daun. Kemudian,
daun tersebut perlu dilayur diatas bara api sehingga menjadi kekuningan untuk
menjadikan daun tersebut lebih lembut dan tahan lama serta memudahkan proses
seterusnya iaitu menjangka. Menjangka adalah proses membelah daun mengikut
saiz yang sama dengan menggunakan alatannya iaitu jangka. Setelah itu, proses
melurut telah dilakukan setelah dibiarkan selama satu jam. Proses melurut dilakukan
beberapa kali untuk melembutkan daun. Proses seterusnya adalah merendam.
Daun ini telah direndam selama tiga hari tiga malam dengan air untuk melunturkan
warna hijau dan direndam di dalam tempayan. Akhir sekali, Daun-daun ini akan
dijemur di tengah panas supaya menjadi putih atau kekuningan.

Daun-daun ini boleh dianyam membentuk pelbagai benda seperti tikar, beg,
kipas, selipar dan sebagainya. Perkara ini telah menjadi salah satu budaya serta
menjadi sumber pendapatan pada penduduk di situ kerana ramai pelancong dating
dan membeli barangan mereka. Kami juga diajar beberapa langkah dalam
menganyam tikar dengan menggunakan daun yang sudah dilayur. Setelah itu, kami
ke tempat mencanting batik. Saya dapat melihat pelbagai corak pada baju serta
kain. Baju-baju tersebut telah dicelup dengan batik dan membentuk corak yang
cantik pada baju dan dijual kepada orang ramai. Cara untuk membuat corak tersebut
adalah dengan ikat baju tersebut kemudian celup ke dalam warna batik. Melalui
lawatan ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang budaya-budaya di
Malaysia dan cara-cara untuk membuatnya.n

Anda mungkin juga menyukai