Anda di halaman 1dari 7

Tidak, saya tidak pernah terlibat

dalam kes kecurian. Semua ini fitnah


Hai, Minah! Sudah lama kita tidak
orang lain yang cemburu akan
berjumpa. Apa khabar? kata Siti.
saya, kata pemuda itu kepada
seorang pegawai polis.
Baru- baru ini, kes ragut berlaku
Tolong, tolong! Adik saya terjatuh
satu demi satu, saya sungguh kesal.
ke dalam longkang. Adik saya tidak
Polis
macam
tidak
bertindak
tahu
berenang.
Cepat,
cepat
sesuatu, kata seorang tua di kedai
tolongnya, jerit Fatimah.
kopi.
Saya tidak mahu kalian terus malas
dan tidak membuat latihan. Jika
kalian masih bersikap begini, saya
akan menghubungi ibu bapa kalian,
kata guru kelas kepada sekumpulan
pelajar.

Cis! Aku juga pendekar yang bukan


alang- alang. Jangan sangka aku
akan tunduk kepada keriskau. Kalau
berani, biarlah kita berlawan lelaki
sama lelaki, kata Hang Jebat
kepada Hang Tuah.

Asma, sekarang mak akan pergi ke


hospital untuk menziarahi ayah
Oh Tuhan, ampuni dosaku! Berilah
kamu. Nanti kamu masak gulai
aku kekuatan untuk menghadapi
sayur yang disediakan di dapur
segala kesusahan,kata gadis itu.
sebagai lauk malam ini dan bekalan
kau di sekolah esok, kata emak.

Saya jalan dahulu, jika ada


sebarang masalah, hubungi saya
dengan telefon, kata jurujual itu
kepada Tauke Lim.

Selamat pagi, ada orang di rumah?


Saya
hendak
mencari
Kassim.
Adakah dia ada di rumah? kata
pemuda itu.

"Orang itu menerpa dan memberi "Mengapakah kamu datang lewat ke


hadiah ini kepada saya" kata Ali sekolah hari ini, Raju?" tanya guru
kepada Chan.
disiplin itu.

"Amboi, bagusnya anak dara. Pukul


"Jemput makan kuih itu!" kata Mak
11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak
Chan kepada Cik Lim.
Tan kepada Michelle.

Jawapan
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.
1. Siti menyapa Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa
dan bertanyakan khabarnya.
2.
Pemuda itu menafikan dakwaan seorang pegawai polis lalu mengatakan
bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang
lain yang mencemburuinya.
3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke dalam
longkang. Fatimah juga mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenang sambil
meminta orang ramai supaya menyelamatkan adiknya dengan segera.
4
Di kedai kopi, seorang tua menyatakan perasaan yang sungguh kesal kerana
baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu , manakala pihak polis seolah-olah
tidak mengambil sebarang tindakan.
5
Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka
terus malas dan tidak membuat latihan lalu memberi amaran bahawa jika mereka
masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.
6
Dengan perasaan marah, Hang Jebat memberitahu Hang Tuah bahawa dia
juga pendekar yang bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka
bahawa dia akan tunduk kepada keris Hang Tuah. Kemudian Hang Jebat
juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan
secara lelaki dengan lelaki.
7
Gadis itu berdoa agar Tuhan
mengampuni dosanya dan memberinya
kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan.
8.
Emak memberitahu Asma bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk
menziarahi ayah Asma. Emak berpesan kepada Abu supaya memasak gulai sayur
yang disediakan di dapur sebagai lauk malam itu dan bekalan Asma di sekolah
keesokan hari.
9.
Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada
sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya melalui telefon.
10. Pemuda itu mengucapkan selamat pagi lalu bertanya sama ada terdapat
sesiapa di rumah dan menyatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan Kassim.
Pemuda itu lalu bertanya lagi sama ada Kassim ada di rumah atau tidak.
11.
Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah
tersebut.
12.
Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari
tersebut.
13.
Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah
pukul 11.00 pagi.
14.

Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap Pindah


JAWAPAN SOALAN 1:
1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.
2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan
rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari
Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.
JAWAPAN SOALAN 2:
1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan
2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya
sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di
rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah
tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot
JAWAPAN SOALAN 3:
1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.
2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan
tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum
menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan
abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan
perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan
seorang yang sangat garang.
JAWAPAN SOALAN 4:
1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya sematamata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi
makan dahulu.
JAWAPAN SOALAN 5:
1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.

2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan


menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia
menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama
menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Latihan 1
Tulis semula perbualan di
menggunakan cakap pindah.

bawah

ke

dalam

bentuk

karangan

biasa

dengan

Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.


Rancangan apa? jawab Ani.
Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh.
Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.
Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
[
markah ]

Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......
Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok
anak itu.
Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.
Ya, Tuk Yahya tahu.........
Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak
ada,jelas anak itu hampir meraung.
Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya
[ 6 markah ]
Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.
Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih
belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit
tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.
Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang
dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.
Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan
perkara yang sebenarnya, kata Nizam.
Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim.
[
6
markah ]
Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.
markah ]
Latihan 5:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.


Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah
kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit
[ 6
markah ]

Tulis semula petikan di bawah dalam


mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

bentuk

cakap

ajuk.

Anda

dikehendaki

LATIHAN 1
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak
mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad
dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan
hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai
orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu.
Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti
pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada
pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula
mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan
pendapat itu.
[
6
markah ]
LATIHAN 2
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan
tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa
dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya
makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan
berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan
jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak
mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia
hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
[ 6 markah ]
LATIHAN 3
Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar.
Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu
Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka
pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah
bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba
menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai
petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan
bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar.
Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana
hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja
mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.
[ 6 markah ]

LATIHAN 4
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan
sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman
rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di
tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke
rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada
mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu
akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf
kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka
tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai
dua hari sebelumnya.
[ 6 markah ]

Jawapan 1
Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
...................... yang ..indah.
Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia,
....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................... tempatan melancong di dalam negeri.
Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
potongan
........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
percutian
........................mereka.
Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri
perlu
.........................ditanam dalam diri.
Jawapan 2
Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
Jawapan 3
Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?
Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.

Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita.
Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar.
Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.
Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.
Jawapan 4
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu
Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan
ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas,
Kamarul memberikan alasan.

Ayat Cakap Ajuk/Pindah


LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:
A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.
a. Langkah menukarkan ayat:
1. Jangan mengubah makna asalnya.
2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)
3. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
- saya .....................dia..................................- kamu ...............................dia
- kami ....................mereka..........................- hamba..............................dia
- di sini...................di situ/di sana...............- begini................................begitu
- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.
4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.
contoh:
- mengapa..............punca/sebab................- bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............- bila....................................masa
5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan
sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah,
hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

Anda mungkin juga menyukai