Anda di halaman 1dari 8

Karangan berformat ceramah

Sebagai penceramah, anda perlu membayangkan diri anda berucap di hadapan


khalayak tertentu seperti rakan-rakan anda. Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu
sesuai dengan khalayak, sama ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi.
Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan dengan menggunakan intonasi suara
(turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian khalayak.

Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya


seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu kehormat, guruguru, dan pelajar sekalian. Ada pula penceramah yang cenderung memberikan mukadimah
terhadap satu-satu tajuk yang hendak diceramahkan seperti karangan model ini.

Sesudah itu barulah penceramah berkenaan memberikan kata-kata sambutan dan


memuliakan tetamu menurut protokol seperti di atas. Seelok-eloknya perinjakan daripada satu
isi dengan isi berikutnya, diselitkan unsur sapaan seperti hadirin yang saya muliakan, hadirin
yang dihormati sekalian, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan sebagainya.

Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman supaya
khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali. Ceramah diakhiri
dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli dengan
ucapan terima kasih kepada hadirin atas keprihatinan mereka mendengar ceramah dengan
tekun.

Ceramah
Sejak kebelakangan ini perkhidmatan perubatan swasta berkembang dengan pesat. Anda
sebagai Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan dijemput memberi ceramah tentang
kesan daripada perkembangan perkhidmatan tersebut. Tulis teks ceramah tersebut
selengkapnya.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para
jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah kesan perkembangan perkhidmatan perubatan swasta.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di Negara ini semakin pesat. Kepesatan ini
adalah selaras dengan perkembangan yang di capai dalam sector sosioekonomi penduduk.
Perkembangan pesat ini adalah untuk menampung keperluan perubatan Negara.
Hadirin sekalian,
Perkhidmatan perubatan swasta menekankan aspek kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang
diberikan. Oleh kerana setiap perkhidmatan yang dikenakan bayaran, maka aspek kualiti dijaga
dengan baik bagi menjamin operasi perkhidmatan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Walaupun perkembangan perkhidmatan ini memberi kesan yang baik namun terdapat juga
kesan buruk seperti perkhidmatan yang diberikan tidak terkawal. Seperti menjual ubatan secara
haram.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pada dasarnya perkhidmatan yang disediakan ini adalah memberi manfaat kepada masyarakat.
Sekiranya terdapat perkara yang tidak elok berlaku, tindakan tegas harus diambil supaya
perkhidmatan perubatan ini mapu memberikan kesenangan kepada masyarakat.
Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini. Terima kasih.

Punca punca ceramah tidak mencapai objektif dan matlamatnya.

tidak
menarik
perhatian

ceramah
yang agak
panjang

kurang
ilmu
pengetahu
an

cara
penyampai
an bosan

tajuk yang
sensetif

Taklimat
Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah.

Penglibatan ibu bapa dalam mendidik anak-anak tidak seharusnya terhenti setelah anak-anak
berada di sekolah menengah. Sebaliknya penglibatan ibu bapa perlu berterusan sehingga
anak-anak menamatkan persekolahan mereka. Komponen konteks keluarga memainkan
peranan penting dalam usaha ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Kesemua
komponen dalam konteks keluarga dilihat signifikan dan membolehkan ibu bapa melibatkan diri
dalam pendidikan anak-anak terutama penglibatan di rumah. Penglibatan di rumah didapati
lebih cenderung dipersetujui oleh anak-anak berbanding dengan ibu bapa yang melibatkan diri
di sekolah.

Anak-anak merasakan ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada pendidikan mereka ketika
di rumah kerana perhatian oleh guru telah diperoleh di sekolah. Keluarga merupakan
persekitaran pertama anak-anak sejak dilahirkan. Bertepatan dengan teori Bronfenbrenner
(1979, 1986), persekitaran positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak.
Keperluan konteks keluarga yang harmoni dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk
membentuk anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. dapatan menjelaskan bahawa
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah dipengaruhi
oleh konteks keluarga itu sendiri. Ibu bapa yang sering menitikberatkan interaksi dan
komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan yang positif dengan penglibatan ibu
bapa di rumah. Interaksi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak mempunyai pertalian yang
jelas mengapa ibu bapa terlibat dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah.

Anak-anak merasakan ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada pendidikan mereka ketika
di rumah kerana perhatian oleh guru telah diperoleh di sekolah. Keluarga merupakan
persekitaran pertama anak-anak sejak dilahirkan. Bertepatan dengan teori Bronfenbrenner
(1979, 1986), persekitaran positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak.
Keperluan konteks keluarga yang harmoni dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk
membentuk anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. dapatan menjelaskan bahawa

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah dipengaruhi
oleh konteks keluarga itu sendiri. Ibu bapa yang sering menitikberatkan interaksi dan
komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan yang positif dengan penglibatan ibu
bapa di rumah. Interaksi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak mempunyai pertalian yang
jelas mengapa ibu bapa terlibat dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah.

Amalan keibubapaan yang jelas dipersetujui oleh anak-anak telah menjadi penyebab kepada
keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan mereka ketika di sekolah menengah. Ibu bapa yang
mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang positif seperti sentiasa mengingatkan anak-anak
tentang matlamat belajar, memberi galakan, mendorong untuk meningkatkan prestasi,
mengambil berat, mengamalkan tabiat membaca didapati lebih terlibat dalam pendidikan anakanak. Keperluan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ditafsirkan sebagai satu
tanggungjawab yang menjadi tuntutan dalam keluarga. Ibu bapa tidak hanya menjadi
pendorong utama untuk anak-anak berjaya malahan menjadi idola kepada anak-anak walaupun
pada tahap sekolah menengah, anak-anak sudah mampu berdikari.

Kesenggangan dalam konteks keluarga juga didapati menjadi penyebab kepada keterlibatan
ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Masa sentiasa diluangkan
kepada anak-anak sama ada dalam bentuk membantu semasa belajar, meluangkan masa
bertanyakan perihal pelajaran, makan dan menonton bersama, berbual tentang keperluan anakanak menunjukkan kecenderungan kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pendidikan
anak-anak. Keperluan memperuntukkan masa untuk anak-anak menunjukkan bahawa ibu bapa
lebih banyak meluangkan masa melibatkan diri di rumah berbanding di sekolah. Kekangan
masa untuk menghadirkan diri ke sekolah memberi ruang untuk ibu bapa berusaha melibatkan
diri untuk bersama anak-anak di rumah.

Amalan keterbukaan dalam keluarga juga menjadi penyebab mengapa ibu bapa melibatkan diri
dalam pendidikan anak-anak. Sikap ibu bapa yang lebih terbuka memberi ruang kepada anakanak untuk menyatakan pendapat, memilih dan membuat keputusan tentang pendidikan
mereka terutama berkaitan aliran yang mereka gemari. Keputusan yang dibuat melalui
perbincangan dan menerima pandangan anak-anak sebagai satu pendapat memperlihatkan

ketelusan ibu bapa terhadap anak-anak untuk membantu membentuk konteks keluarga yang
sihat. Anak-anak juga tidak berasa terasing dalam keluarga sendiri dan secara tidak langsung
ibu bapa terdorong untuk melibatkan diri sama ada dalam pendidikan anak-anak di rumah
mahupun di sekolah.

Refleksi
Saya amat syukur kepada tuhan atas memberi kekuatan untuk menyiapkan tugasaan
yang diberikan kepada saya. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada beberapa orang terutamanya TUAN. RAHIM pensyarah konteksual Bahasa
Melayu

yang banyak membantu kita untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.

Seterusnya,saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan
sekelas saya yang amat saya sayangi. Mereka banyak membantu saya sepanjang menyiapkan
tugasaan ini.

Saya mempunyai pengalaman yang menarik semasa membuat tugasan yang diberi.
Saya terpaksa mengunjungi perpustakaan awam untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga
telah menonton banyak ceramah di youtube untuk menambah pengetahuan tentang ceramah
tersebut. Ini membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih cepat.

Selain pengalaman yang menarik saya juga mengalami masalah masalah kecil
semasa membuat tugasan ini. Semasa membuat tugasan komputer riba saya tiba-tiba menjadi
hitam. Saya berasa sangat takut dan risau kerana saya tidak menyimpan tugasan tersebut
dalam pendrive saya. Saya minta tolong daripada abang saya. Beliau membuka semula
komputer tersebut. Saya berasa nasib baik kerana tugasan saya tidak padam. Selain itu, printer
saya menjadi rosak dan saya meminta tolong daripada jiran saya untuk menyiapkan tugasan
pada masa yang ditentukan.

Dengan pengalaman yang menarik dan pengalaman yang menyusahkan ini saya dapat
banyak kebaikan. Antaranya, saya dapat membelajari banyak kaedah semasa membuat kerja
kursus ini. Saya juga dapat meningkatkan ilmu Bahasa Melayu saya melaui tugasan ini. Selain
itu, saya juga dapat memperoleh kepentingan seorang pendidik bagi merealisasikan wawasan
2020 pada masa akan datang dengan mengetahui format ceramah. Hal ini sedemikian kerana
guru merupakan tunjang bagi kemajuan sesebuah Negara.

Rujukan

Hussain,

A.

(2012,

June

8).

Ceramah.

Retrieved

April

12,

2015,

from

https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CB0QFjAA&url=http://www.citationma
chine.net/apa/cite-awebsite&ei=9HMqVdOrMsPhuQTAl4DwDQ&usg=AFQjCNHEUMUFSgEy4Ft3tEOgiXQci
j8y3w

Rahim,

S.

(2013,

July

10).

Taklimat.

Retrieved

April

12,

2015,

from

https://www.google.com.my/search?newwindow=1&q=taklimat

tentang

pendidikan&oq=taklimat

tentang

pendidikan&gs_l=serp.3...1856.3180.0.3471.7.7.0.0.0.0.153.797.0j6.6.0.msedr...0...1c.1.
64.serp

Azilan, A. (2010). Bahasa Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia.

Tan, C. (2008). Contoh karangan pilihan Bahasa Malaysia untuk UPSR format terkini.
Kuala Lumpur: Buku Must.

Anda mungkin juga menyukai