Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKSI

( Minggu 2 : 9/2/2015 13/2/2015 )

Masalah
Dalam setiap kelas yang saya mengajar, saya mengalami masalah yang sama. Masalah
yang dihadapi oleh saya ialah pengawalan kelas. Saya dapat melihat keghairahan mereka
mendapat guru muzik yang baru untuk mengajar mereka semua. Semua berasa gembira dan
ada yang cuba bercakap dengan saya dengan terbuka. Tetapi, saya dapat melihat dalam
keghairahan mereka saya, hilang kawalan untuk mengawal tingkah-laku mereka. Walaupun
beberapa kali saya cuba menegur mereka, mereka tetap membuat perkara yang sama. Saya
berasa kecewa dengan cara pengawalan kelas saya pada masa tersebut.

Pandangan dan perasaan terhadap masalah


Jika hal ini berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya, sudah tentu
saya tidak dapat meyampaikan pengajaran saya secara menyeluruh malah terpaksa berhenti
selepas loceng berbunyi. Dengan ini, ini akan menjadi masalah untuk saya apabila objektif
pengajaran saya tidak akan tercapai. Ini merupakan salah satu masalah yang mengecewakan
saya dalam pengalaman saya berada di sekolah.

Analisi
Pengawalan kelas adalah penting bagi seorang guru. Apabila memasuki kelas, saya
tidak dapat mengawal kelas tersebut kerana murid-murid berasa gembira melihat guru yang
baru untuk mengajar mereka. Tetapi, apabila lama-kelamaan saya dapat mengawal kelas
dengan bertindak sedikit tegas untuk mengawal tingkah laku murid supaya tidak bertindak
keterlaluan. Setiap kelas mempunyai ragam yang tersendiri. Ada kelas yang dapat dikawal
apabila ditegur sekali dan ada juga kelas yang perlu ditegur beberapa kali untuk dikawal kerana
ada murid yang mempunyai sifat ingin tahu yang lebih.

Cadangan idea untuk menyelesaikan masalah


Saya telah mendapat pengajaran bahawa kita tidak boleh memberi muka kepada
murid-murid selalu. Ada had yang perlu digunakan sesama guru dengan murid. Saya
mula bersikap tegas sedikit pada kelas-kelas yang lain hasil daripada kelas pertama.
Saya dapat melihat keghairahan yang dalam diri mereka yang lain juga. Tetapi, mereka
berusaha menjaga tingkah-laku mereka dalam kelas kerana sikap tegas saya.

Tempo masa yang diberikan untuk menyelesaikan masalah


16 Februari 2015 20 Februari 2015 ( 1 Minggu)
Perlaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Perlaksanaan langkah- langkah penambahbaikan saya akan dicatat selepas seminggu,
iaitu pada 20 Februari 2015
Tindakan
Saya akan merekod perkembangan penyelesaian masalah ini dalam jurnal refleksi
pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai