Anda di halaman 1dari 8

BANDING BEZAKAN

KEGUNAAN SETIAP JENIS


PENYELIDIKAN

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

Penyelidikan
Penyelidikan
Penyelidikan
Penyelidikan

Asas
Gunaan
Tindakan
Penilaian

Penyelidikan Asas

Penyelidikan asas merupakan suatu penyelidikan


yang berasaskan kepada penyiasatan dan
analisis yang berfokuskan kepada kefahaman
sesuatu subjek, fenomena atau keadaan semula
jadi tetapi tidak memerlukan rawatan ataupun
penyelesaian.

Pada amnya, penyelidikan asas adalah untuk


memperluaskan pengetahuan sedia ada serta
menambahkan maklumat mengenai masalah
yang hendak dikaji dan ianya dijalankan
sebelum menjalankan kajian selanjutnya.

Penyelidikan Gunaan

Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang digunakan untuk


menyelesaikan masalah yang lebih praktikal.

Ianya bukan digunakan untuk tujuan menambah ilmu pengetahuan


tetapi lebih kepada menyelesaikan situasi kemanusian (human
condition).

Penyelidikan gunaan dijalankan untuk menerokai dan mengenalpasti


masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk
menyelesaikan masalah berkenaan (Rosinah,2011).

Sebagai contoh penyelidikan gunaan mengkaji cara-cara:


- memperbaiki pengeluaran tanaman
- merawat penyakit
menambahbaik kecekapan penggunaan tenaga di rumah, pejabat
atau pengangkutan.

Penyelidikan Tindakan

penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki


kualiti sesuatu amalan bagi pengamal atau pun
individu yang terlibat dengan situasi sosial
berkenaan bagi memperbaiki kefahamannya
tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah
agar keberkesanan amalan dapat diperbaiki.

penyelidikan tindakan adalah satu kajian inkuiri di


mana pengkaji perlu membuat perbincangan,
refleksi dan membuat keputusan ke arah tindakan
yang baru sama ada mengaplikasikan penemuan
baru atau pun mendefinisikan semula masalah.

Dalam bidang Pendidikan, penyelidikan


tindakan melibatkan penyelidikpenyelidik seperti pensyarah, guru-guru,
pengetua atau penuntut untuk
memperbaiki;

Amalan sosial dan pendidikan kendiri


Kefahaman terhadap amalan kendiri
Situasi dimana amalan tersebut dijalankan

o
o

Penyelidikan tindakan menitikberatkan


empat perkara berikut:

Penyelidikan secara sistematik dan melibatkan


pengumpulan bukti yang boleh digunakan sebagai asas
untuk renungan yang menyeluruh.
Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi ia juga
memperlihatkan masalah
Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi
penyelidikan yang dijalankan oleh individu atau
kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk
penambahbaikan
Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan
untuk kerja-kerja kurikulum.

Penyelidikan Penilaian

Penyelidikan penilaian merupakan suatu


bentuk penyelidikan untuk mengkaji
kesan atau hasil daripada sesuatu
program atau pun intervensi sosial.
Sering kali tujuan penyelidikan penilaian
adalah untuk penambahbaikan program
atau intervensi.

Anda mungkin juga menyukai