Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PENGETUA MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

Yang Dihormati saudara/saudari pengerusi majlis

Yang Berbahagia
.................................................

Pegawai Khas Yang Berhormat ..............................


.............................................

Yang Berusaha
..............................................
Yang Dipertua PIBG ..........................,

Yang Dihormati,
Guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru serta ibu bapa
sekalian.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha
yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-38 dapat diterjemahkan hari ini.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini ini. Kehadiran ibu bapa
menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan
juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


……........... menggalas visi ......................................................................... dengan misinya
untuk memberi pendidikan yang menyeluruh melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan
pelajar yang cemerlang berlandaskan aspirasi negara. Hal ini selaras dengan peribahasa
‘Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan. Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini
merupakan penyejuk hati, pengarang jantung. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan
yang tinggi menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah
yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan
ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100%
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sahaja.

Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan
anak-anak ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak membawa peralatan sekolah seperti alat tulis serta buku teks. Selain
itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bangun awal dan datang awal ke sekolah agar
masalah pelajar lewat boleh diatasi. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya
terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian yang
sewajarnya agar diri mereka tidak tersisih.

Ramai ibu bapa tidak hadir apabila pihak sekolah mengadakan program dan majlis ilmu
dengan memberi alasan sibuk bekerja. Keadaan ini amat menyedihkan pihak sekolah kerana
ditakuti anak-anak kita akan tersasar jauh. Jadi, saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya
ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat
berganding bahu dan sekali gus dapat menyuntik semangat belajar dalam sanubari anak-anak.

Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu
ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah
yang mencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak memerlukan masa untuk bermesra dan
berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka mempunyai
masa untuk tujuan tersebut. Hal ini tidak mustahil dilakukan walaupun ibu bapa sibuk bekerja.
Ibu bapa boleh menelefon untuk bertanya khabar atau makan semeja pada waktu yang
berkesempatan. Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi
pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan
kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan
kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini
lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan
menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam membantu
pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa terlibat sama,
sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam
kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik.

Satu lagi program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah Highly Immersive
Program (HIP). HIP dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan murid kepada penggunaan
Bahasa Inggeris yang lebih meluas dengan mewujudkan persekitaran Highly Immersive
bahasa Inggeris di sekolah. Persekitaran tersebut melalui penglibatan murid yang lebih aktif
dalam aktiviti bahasa Inggeris serta penglibatan menyelurh semua warga sekolah termasuk ibu
bapa dan komuniti dalam pelaksanaan aktiviti bahasa inggeris di sekolah. Terdapat lima
objektif yang telah digariskan iaitu :
i. Mewujudkan persekitaran highly immersive yang menggalakkan pembelajaran
bahasa inggeris di sekolah
ii. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan warga
sekolah
iii. Meningkatkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris
yang dilaksanakan di sekolah secara berterusan
iv. Menggalakkan pengetua/guru besar memainkan peranan sebagai penggerak utama
dalam merancang aktiviti bahasa Inggeris di sekolah.
v. Mempertingkat penglibatan ibu bapa serta komuniti yang lebih aktif dalam
pembelajaran bahasa Inggeris murid di sekolah.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan


keberkesanan program ini.
i. Pemimpin sekolah memainkan peranan penting dan bertindak sebagai penggerak
utama HIP di sekolah. Pemimpin akan sentiasa memberi galakan serta motivasi
yang berterusan kepada warga sekolah dalam pelaksanaan HIP ini.
ii. Guru mata pelajaran perlu menyokong pemimpin sekolah dalam mewujudkan
persekitaran Highly Immersive yang menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di
sekolah. Guru bahasa Inggeris bertanggungjawab terhadap program HIP yang
dilaksanakan dalam kelas manakala guru bukan bahasa Inggeris bersama-sama
melibatkan diri dalam pelaksanaan HIP yang lain iaitu aktviti luar kelas, kelas
bimbingan dan Outreach.
iii. Murid bertanggungjawab terhadap perkembangan pembelajaran sendiri dan
berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masing-masing melalui
penglibatan dalam semua aktiviti HIP yang dianjurkan pihak sekolah.
iv. Penglibatan ibu bapa merupakan satu usaha bagi meningkatkan penglibatan ibu
bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah. HIP
menggalakkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa
Inggeris anak mereka. Ibu bapa menyediakan peluang dan ruang belajar yang
seluas-luasnya untuk anak mereka belajar di rumah. Ibu bapa juga boleh
menyokong sekolah dalam pelaksanaan aktiviti HIP seperti aktiviti luar kelas, aktiviti
kelas bimbingan dan aktiviti Outreach dengan pelbagai cara seperti menyediakan
kepakaran, menjadi sukarelawan dan memberi bantuan di mana sahaja diperlukan.
Maklum balas ibu bapa mengenai perkembangan anak-anak mereka dalam
pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru dan sekolah merupakan faktor penting
menjayakan HIP di sekolah. Justeru, diharap ibu bapa dapat memberi dan
menyokong sepenuhnya pelaksanaan program HIP ini di sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah sangat
penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan
seseorang anak. Melalui penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak akan memberi
faedah kepada kedua-dua pihak. Anak-anak akan mencapai keputusan akademik yang lebih
cemerlang serta mempunyai motivasi yang lebih tinggi di samping rekod kehadiran ke sekolah
yang lebih baik.

Apa yang lebih penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran di rumah seperti
menyediakan ruang untuk anak belajar dan memastikan anak mempunyai jadual ulang kaji.
Jika boleh, ibu bapa perlu menemani anak semasa dia sedang belajar kerana kehadiran ibu
bapa mengukuhkan perasaan dan mengekalkan tumpuannya. Pada masa yang sama, ibu
bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan perbualan merupakan interaksi yang
asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu secara sepakat. Berbincang dengan anak
mengenai pelajaran dapat mengetahui perkembangan pencapaiannya dan membimbingnya
merangka tindakan. Melalui perbincangan juga akan menghasilkan suatu pandangan bersama
tentang sasaran anak dalam pelajaran di samping membantunya mencapai cita-cita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya
dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat
terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui


oleh ............................................................................. yang banyak memberi sokongan baik
dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan
barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala
tuju dan kecemerlangan.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab


masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat
yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai