Anda di halaman 1dari 24

PENULISAN

KARANGAN BERFORMAT (01)


SURAT TIDAK RASMI
SURAT RASMI
E-MEL
RESUME

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 IBNU SINA


NAMA: ____________________________
KARANGAN BERFORMAT SPM

01. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Seorang sahabat anda dari brunei menulis surat kepada anda untuk mengetahui tempat-tempat
yang menarik di negeri anda.Balas surat sahabat anda itu selengkapnya.

Kampung Sawah Sempadan,


Tanjung Karang,
45000 Selangor.

25 OKTOBER 2021.

Ke hadapan sahabat yang selalu diingati,saudari Dayang Huriah Awang Hadi yang kini berada di
brunei Darussalam semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya di sini
alhamdulillah sihat seperti biasa.

Sahabatku,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian saudari bercerita
kepada saya tentang tempat-tempat yang menarik di Brunai Darusslam.Teringin sekali hati saya
untuk mengunjungi negara saudari pada suatu hari nanti.Saya tidak keberatan untuk menceritakan
keindahan di negeri saya pula.Dengan cerita saya ini,saya harap suatu hari nanti saudari akan
terbang ke mari untuk mengunjungi Selangor Darul Ehsan.

Untuk pengetahuan Saudari Dayang huriah,negeri saya,Selangor Darul Ehsan merupakan


negeri yang paling maju di malaysia.Walaupun menjadi pusat tumpuan untuk perkembangan
sektor perindustrian,negeri saya masih mengekalkan keindahan alam semulajadinya.Malahan
banyak tempat di selangor yang menjadi tumpuan para pelancong asing.

Sahabatku yang diingati,

Antara tempat menarik dan perlu dilawati di sini ialah di daerah saya sendiri iaitu di tanjung
karang.Untuk pengetahuan saudari,Tanjung Karang merupakan 'periuk nasi' bagi negeri ini dan di
sinilah terletaknya sawah-sawah padi yang begitu luas.Pemandangannya amat indah di kiri kanan
jalan raya,terutama apabila menjelang musim menuai.Padi di sini di tuai lima kali dalam masa dua
tahun.Walaupun kini semua kerja dilakukan dengan menggunakan jentera,namun sawah padi
yang menguning menjadi begitu indah.

Selain itu kebanyakan pelancong ke selangor sering mengujung Bukit melawati iaitu satu
tempat bersejarah bukit ini adalah tempat orang Belanda berkubu sewaktu menguasai Selangor
pada abad ke-17 dahulu.Sehingga kini masih ada kesan-kesan kubu seperti meriam dan menara
kawalan.Di samping itu juga,dari bukit ini kita boleh menyaksikan pemandangan yang indah iaitu
pertemuan antara Selat Melaka dengan muara sungai Selangor.

Dayang Huraiah sahabatku

Berhampiran Bukit Melawati ini terletak Rimba Alam.Di sinilah tempat para pencinta alam
semulajadi untuk melihat segala panorama hutan yang ditutupi segala tumbuh-tumbahan asli dan
juga binantang-binantang liar serta burung-burung.Adalah dikenal pasti bahawa di rimba inilah
burung-burung dari Jepun dan China singgah dalam Perjalanan ke selatan iaitu ke
Australia.Terdapat tempat-tempat khas yang disediakan untuk para pelancong Menyaksikan
burung-burung liar bermain dan bertelur Di samping itu,di tempat ini juga terdapat pelbagai jenis
kera dan monyet daripada yang jinak sehinggalah yang liar.
Sahabatku,

Kebanyakan orang beraggapan bahawa kalau seseorang itu ke selangor maka tidaklah
sah lawatan mereka itu kalau tidak mengunjungi Taman Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam dan
juga masjid negeri.Kedua-dua tempat ini merupakan pusat utama tarikan pelancong ke
Selangor.Taman Bukit cahaya merupakan sebuah taman yang dibina untuk mengekalkan alam
semula jadi yang menjadi tempat riadah para penghuni kota.Disebabkan Kedudukannya yang
tidak jauh dari Kuala Lumpur,tempat ini menjadi tumpuan apabila tiba hujung
minggu.Pemandangan yang indah dan semulajadi didapati di sini.Para Pengunjung taman ini
boleh membuat perkhemahan di sini dan saya pernah berbuat demikian bersama teman-teman
sekelas.

Dari Taman Bukit Cahaya ini kita boleh melihat menara masjid yang biru dan gagah.Itulah
menara masjid Negeri Selangor yang dianggap masjid yang terbesar di Asia.Masjid yang
berwarna biru ini begitu besar dan boleh memuatkan lebih 15 000 orang jemaah.Kebanyakan
pelancong asing,termasuk yang bukan islam akan mengunjungi masjid ini apabila mereka datang
ke Taman Bukit Cahaya.

Saudari Dayang Huriah yang dihormati,

Nampaknya sudah agak panjang cerita saya ini walaupun sebenarnya banyak lagi tempat
menarik yang ada di Selangor ini.Nantilah Dalam Kesempatan yang lain saya akan bercerita
tempat-tempat yang lain pula.Sebelum mengundur diri,saya meminta maaf seandainya terdapat
kekasaran bahasa dalam surat ini.Semoga kita bersua kembali di lembaran yang
lain.Sekian ,terima kasih.

Yang Ikhlas,

-------------------------
02. SURAT KIRIMAN RASMI

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah kerosakan jalan raya di negara ini.
Sebagai seorang rakyat yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa untuk
mengadukan masalah tersebut dan cadangkan tindakan yang perlu diambil.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan

03. E-MEL
04. RESUME
05.

3008,Jalan 18/3
Taman Seri Serdang,
Bandar Indera Mahkota
Selangor Darul Ehsan No.Telefon;010-3008527
__________________________________________________________________________________
Pengarah,
Bahagian Kerja Raya,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan 30 MAC 2021

Tuan,
Aduan tentang Kerosakan Jalan Raya

Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Bandar Bukit Mahkota ingin mengemukakan perasaan
tidak puas hati kami tentang kerosakan jalan yang berlaku di kawasan taman ini.

2. Sesungguhnya kerosakan jalan raya di taman ini telah menyebabkan banyak nyawa terkorban. Hal ini
dikatakan demikian kerana jalan yang berlubang telah menyebabkan pemandu tidak dapat mengawal
kenderaan mereka dengan baik. Sebagai contoh kenderaan terlanggar lubang yang menyebabkan
kecederaan dan merosakkan kenderaan. Oleh itu pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka dan
menyebabkan berlaku kemalangan. Tegasnya kehilangan nyawa dan kerosakan kenderaan akan berlaku
disebabkan jalan yang rosak.

3. Seterusnya saya ingin mencadangkan agar pihak tuan membaiki kerosakan jalan yang berlaku di sini.
Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya jalan dibaiki dapat memberikan keselesaan kepada penduduk
taman ini. Sebagai contoh menurap jalan yang berlubang, membaiki lampu isyarat yang rosak dan
memperbanyak papan tanda keselamatan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah keselamatan penduduk
taman ini akan lebih terjamin. Benarlah bahawa dengan membaiki jalan yang rosak dapat menjamin
keselamatan penduduk.

4. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi
masalah tersebut.Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..

(LIYANA BINTI AZMAN)


Wakil Penduduk, Taman Seri Serdang

03. E-MEL

Maklumat, mesej dan sebagainya yang dihantar secara elektronik dari satu
terminal komputer ke terminal komputer yang lain.
Jenis - jenis e -mel
o E-mel rasmi
 Biasanya ditulis untuk tujuan formal
 Biasanya ditulis untuk urusan rasmi dengan pejabat kerajaan,
syarikat-syarikat swasta atau pertubuhan bukan kerajaan. (NGO)
 Contoh – Aduan, Penghargaan, notis, permohonan, undangan rasmi,
perniagaan.

o E-mel tidak rasmi


 Ditulis untuk tujuan tidak formal atau bersifat peribadi.
 biasanya dikirimkan kepada ahli keluarga termasuk ibu bapa,abang,
kakak dan nenek, atau sahabat handai untuk menceritakan hal-hal
peribadi, bertanya khabar dan berkongsi pandangan sendiri tentang
sesuatu perkara.
 Contoh – bertanya khabar, tahniah, takziah, nasihat atau

Format e-mel
o E-mel rasmi

Daripada
Kepada
Tajuk e- Aduan mengenai… / Saranan-saranan… / Butiran
mel Permohonan melawat…

Tuan Kata Penghadap

Pengenalan
- perkenalkan diri pengirim (nama dan jawatan / mewakili siapa?)
- tujuan menulis e-mel
- latar belakang masalah

Isi 1

Isi 2

Yang benar Pengakuan


Syakir Firdaus
5.1 E-mel tidak rasmi

Daripada
Kepada
Butiran
Tajuk e- Bertanya khabar… / Nasihat… /
mel balasan…

Sahabatku Kata Penghadap

Pengenalan
- bertanya khabar

Isi 1

Isi 2

Penutup
- harapan
- terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca e-mel

Yang benar Pengakuan


Suhaila
1. Contoh e-mel rasmi

6.1 E-MEL PERMOHONAN KERJA


Daripa Faiz@yo.com
da
Kepada SyarikatPercetakanPintakuSdnBhd@yo. com

Tajuk Permohonan Jawatan Pembantu


e-mel Pemasaran

Tuan,
Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Faiz, berminat untuk
mengisi kekosongan jawatan Pembantu Pentadbiran di Syarikat
Percetakan Pintaku Sdn Bhd. Saya mengetahui mengenai kekosongan
jawatan ini daripada iklan syarikat tuan.

Untuk perhatian pihak tuan , saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana


Muda (Kepujian) dalam bidang Perniagaan dari UiTM dan Diploma
Komunikasi dari KUIS.

Saya boleh dihubungi melalui telefon +60123456789 atau melalui e-


mel untuk sebarang maklum balas mahupun pertanyaan daripada pihak
tuan.

Di sini saya sertakan resume dan salinan sijil saya untuk perhatian
pihak tuan.

Segala kerjasama daripada pihak tuan, amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Muhammad Faiz

6.2 E-MEL MEMINTA NASIHAT


Daripada Amira@e-mel.com

Kepada Edri_Raihan@e-warkah.com

Tajuk e- Hobi Baharu


mel

Salam hormat Edri,

Apa khabar? Maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar e- mel
kepada awak.

Sebenarnya , peperiksaan pertengahan tahun baru sahaja berakhir. Saya


berasa lega kerana sekarang saya dapat berehat sepenuhnya.
Namun,saya ingin mencari hobi-hobi baharu yang dapat saya lakukan
agar saya dapat meluangkan masa dengan sebaik-baiknya pada cuti
sekolah akan datang.

Saya tahu bahawa awak ada beberapa hobi yang menarik. Bolehkan
awak berkongsi tentang hobi-hobi tersebut dan manfaat-manfaat yang
dapat saya raih daripadanya?

Saya menantikan respons daripada awak.

Sahabatmu

Amira
2. Contoh kiriman e-mel dan cara balasan e-mel

7.1 Kiriman e-mel


7.2 Balasan e-mel
Daripada Sofiyya@e-warkah.com
Kepada Hana@e-mel.com
Tajuk e- mel Aktiviti Bersama Jiran

Hana,
Saya dan keluarga sihat-sihat sahaja. Awak pula apa khabar? Saya harap awak
dan keluarga sihat selalu. Maaflah saya sibuk dengan kegiatan di sekolah
sehingga kita jarang bertemu. Saya pun rindukan awak.

Saya berasa bangga dengan awak kerana berusaha untuk merapatkan hubungan
dengan jiran yang dikatakan seorang yang pendiam dan pemalu. Komunikasi
merupakan suatu perkara yang penting dalam sebuah perhubungan. Langkah
pertama yang awak boleh ambil ialah berhubung melalui telefon jika tidak
dapat berjumpa secara bersemuka. Hantar mesej kepadanya untuk bertanya
khabar. Jika dia ingin berkongsi sesuatu atau mahu menceritakan masalahnya
kepada awak, sebagai seorang sahabat awak perlu sentiasa ada dengannya dan
sedia mendengar luahan tersebut. Sebagai contoh, melalui aplikasi “ WhatsApp
” kamu berdua boleh berkongsi cerita, bertanya tentang pelajaran dan berkongsi
hobi. Secara tidak langsung, manfaat penggunaan telefon ini dapat mengeratkan
lagi hubungan persahabatan kamu walaupun tidak dapat bersua dan dalam
suasana yang sibuk.

Awak boleh memilih untuk bersenam di sekitar kawasan perumahan awak atau
bersenam di taman yang berdekatan. Joging contohnya, dapat membantu
melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang. Semasa aktiviti riadah
dilakukan, awak boleh mengambil kesempatan untuk bercerita dengannya dan
bertukar-tukar pandangan dengan jiran awak itu. Hubungan yang rapat ini
secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan
juga boleh membantu kita mempraktikkan gaya hidup sihat.

Awak juga boleh mengajaknya melakukan aktiviti riadah bersama-sama.


Aktiviti riadah adalah pilihan yang tepat kepada pelajar untuk merehatkan otak
setelah penat belajar. Sesungguhnya, otak yang cerdas lahir daripada badan
yang sihat.

Saya berharap saranan-saranan yang saya berikan ini dapat membantu


awak. Sehingga kita bertemu di sekolah nanti.

Yang benar
Soffiya
04. RESUME
PANDUAN MENULIS RESUME
RANGKA PENULISAN RESUME PERMOHONAN KERJA LEPASAN SPM

NAMA :
PERINGKAT PENGAJIAN : UMUR :
TARIKH LAHIR :

MAKLUMAT PERHUBUNGAN :

No Telefon Bimbit : 0111234567

Alamat Surat Menyurat :

A 1-1-1 Puncak Damaibella


39000 Tanah Rata Cameron Highlands
Pahang

e-mel: adamkimie@gmail.com

MATLAMAT HIDUP :

1. Mencari pengalaman kerja


2. Menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan.

PENCAPAIAN DIRI:

1. Ketua Pengawas Sekolah


2. Pemain Ragbi Negeri bawah 18 tahun
3. Juara Pertandingan Catur Negeri
4. Kadet Remaja Terbaik Peringkat Negeri
5. Pemegang Tali Pinggang Hitam Cula Satu Taekwondo

PENGALAMAN KERJA:

1. Petronas Brinchang, Cameron Highlands Tanggungjawab :


a. Menyambut pelanggan dan menjawab soalan
b. Menjadi jurujual dan menyelenggara mesin tunai
c. Menerima dan menguruskan belian bekalan

2. Penulis dan Ilustrator Majalah Sekolah Tanggungjawab :


a. Menulis artikel aktiviti mingguan sekolah
b. Menjadi illustrator artikel majalah sekolah
c. Melukis visual halaman permainan dalam majalah sekolah
SEJARAH AKADEMIK:

SMK RINGLET 2014-2019


a. Pengerusi Kelab Catur
b. Pengerusi Kelab Taekwondo
c. Ketua Grafik Majalah Sekolah
d. Setiausaha Kadet Remaja Sekolah

SK CONVENT 2007-2013
a. Pengawas Sekolah
b. AJK Kelab Catur
c. Pengerusi Kelab Seni Visual

BIDANG YANG DIMINATI :

1. Seni Bela Diri - Taekwondo


2. Permainan Catur Dalam Talian
3. Seni Reka Grafik - Karikatur

CADANGAN AYAT JAWAPAN PENULISAN RESUME DALAM KARANGAN BAHAGIAN A SPM

PENERANGAN :
1. Calon dikehendaki menulis isi-isi cadangan dalam rangka penulisan resume dalam bentuk
perenggan menggunakan ayat sendiri dengan jelas dan boleh difahami.
2. Guru hendaklah membantu calon membina ayat bagi menghubungkan cadangan-
cadangan isi dalam bentuk perenggan.
ADAM HAKIM ADLI BIN AZIZI
AZIZ LEPASAN SPM 2020
UMUR : 18 TAHUN
TARIKH LAHIR : 20 JANUARI 2002

MAKLUMAT PERHUBUNGAN :

No Telefon Bimbit : 0111234567

Alamat Surat Menyurat :

A 1-1-1 Puncak Damaibella


39000 Tanah Rata Cameron
Highlands Pahang

MATLAMAT HIDUP:
Sebagai lepasan SPM saya ingin sebelum

PENCAPAIAN DIRI:
Saya menjadi dan

_. Seterusnya saya

dan

serta .

PENGALAMAN KERJA

Saya memiliki . Antara


tanggungjawab yang dilakukan termasuklah
dan . Di samping itu, saya -

selain .

Semasa di sekolah saya diberikan tanggungjawab


. Tugas saya termasuklah
, dan
.

SEJARAH AKADEMIK
Saya bersekolah di . Diri saya
pernah diberi kepercayaan sebagai ,
dan .
Semasa di saya dilantik
sebagai , dan
.

BIDANG YANG DIMINATI :

Bidang yang saya minati ialah dan


serta .

LATIHAN KARANGAN BERFORMAT


LATIHAN 01
Gambar dan maklumat di bawah berkaitan masalah buli siber dalam kalangan remaja.
Sebagai seorang remaja yang prihatin,tulis sepucuk surat kepada pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyatakan kesan buli kepada remaja dan
cadangan langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

LATIHAN 4
Gambar dan maklumat di bawah berkaitan keselamatan di tempat awam.
LATIHAN 02

Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.


Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah . Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

e-mel 1
Daripada John@e-mel.com
Kepada Shasha @e-warkah.com
Subjek Menangani Covid-19
Shasha

Apa khabar awak di sana ? Saya harap awak dan keluarga sihat- sihat
belaka. Maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar e- mel kepada
awak.

Pertengahan Disember 2019 kita semua dikejutkan dengan satu wabak


penyakit yang digeruni oleh kita semua iaitu COVID-19 yang mula
dikesan di Wuhan, China. Penularan wabak COVID- 19 secara global
telah menjangkiti lebih 100 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan
lebih 2 juta nyawa setakat ini. Selain itu, penyebaran jangkitan
koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan kita semua.

Bagi mengekang penularan jangkitan virus Covid-19 ini , saya ingin


mengetahui langkah-langkah yang awak ambil bagi mengelak diri dari
virus tersebut.

Semoga awak dapat berkongsi maklumat bersama saya.. Sahabatmu

John
E-mel 2

Daripada Wendy@e-mel.com
Kepada Amalina@e-warkah.com
Subjek Pengurusan Stres
Amalina,

Hai, apa khabar awak di sana ? Saya harap awak dan keluarga sihat-sihat
belaka. Saya dan keluarga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Remaja hari ini tidak terlepas daripada menghadapi stres dalam


kehidupan. Stres yang dihadapi oleh remaja biasanya berkaitan dengan
pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan
keluarga. Bagi sesetengah orang, stres mungkin membawa kejayaan dan
kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap
tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan sehingga tekanan
yang dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Stres yang
dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan tidak
rasional.

Sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah awak, sudi


kiranya berkongsi punca-punca remaja pada hari ini mengalami masalah
stres. Oleh hal yang demikian, saya ingin meminta pandangan daripada
awak bagi mengetahui punca stres tersebut.

Saya berharap awak sudi berkongsi pengalaman dengan saya. Sahabatmu

Wendy
LATIHAN 03
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah . Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

e-mel 1
Daripada Katty@e-mel.com
Kepada Amiza @e-warkah.com
Subjek Industri Kraf Tangan
Amiza,

Apa khabar awak di sana ? Saya harap awak dan keluarga sihat- sihat
belaka. Maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar e- mel kepada
awak.

Baru-baru ini kawan saya baru pulang melancong dari Malaysia. Beliau
telah menghadiahkan saya sehelai baju batik sebagai buah tangan. Saya
amat tertarik dengan keunikan lakaran batik tersebut. Kemudian saya
mencari maklumat berkaitan kraf tangan yang terdapat di Malaysia
seperti anyaman bakul, ukiran kayu dan hasil tenunan.Saya begitu
tertarik dengan hasil pelbagai kraf tangan ini.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan maklumat perkembangan industri kraf


tangan di Malaysia. Besar harapan saya agar awak dapat menceritakan
kepentingan industri tersebut dengan lebih lanjut.

Saya menantikan respons daripada awak.

Sahabatmu

Katty
E-mel 2

Daripada Tony@e-mel.com
Kepada Danial @e-warkah.com
Subjek Produk Sejuk Beku.
Danial

Apa khabar awak di sana ? Saya harap awak dan keluarga sihat- sihat
belaka. Saya di sini sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Baru-baru ini saya telah membaca sebuah artikel yang bertajuk “ Produk
Sejuk Beku di Malaysia “ . Perniagaan makan sejuk beku mempunyai
potensi untuk berkembang maju. Perniagaan makanan sejuk beku sentiasa
mendapat permintaan dan sentiasa berkembang kerana produk ini
bersesuaian dengan trend kehidupan masyarakat berkerjaya kini . Saya
difahamkan awak bersama keluarga, ada mengusahakan perniagaan sejuk
beku ini iaitu makanan separa proses seperti karipap, samosa, nugget,
pizza dan banyak lagi.

Saya ingin mendapatkan maklumat bagaimana awak mengembangkan .


perniagaan makanan sejuk beku tersebut . Besar harapan saya agar awak
dapat menceritakan kaedah untuk mengembangkan pasaran produk
tersebut. Saya amat berminat untuk menceburi perniagaan sejuk beku ini.

Saya menantikan penerangan daripada awak. Sahabatmu

Tony
LATIHAN 04
Iklan-iklan di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan
iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu
pekerjaan yang anda minati.
Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan
LATIHAN 05
Berdasarkan iklan di bawah tuliskan sebuah profil diri bagi memohon jawatan pengawas di sekolah anda.
Panjangnya profil diri anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai