Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN YDPA

Assalamualaikum,

Yang Berusaha Pn Wan Khatijah bt Wan Abdullah Pengetua SMK


Taman Bunga Raya (1), Yang Dihormati Penolong Kanan Pendidikan
Khas Pn Habibah Bt Hamzah, semua guru-guru Pendidikan Khas,
Pembantu Pengurusan Murid seterusnya para ibu bapa sekalian.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak sekolah
menjemput saya hadir ke Majlis Permuafakatan Dan Menandatangi RPI
serta Penataraan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM).
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta
limpah kurnia Nya dapat diberikan kesempatan untuk berhimpun dalam
majlis bagi tahun 2022 ini. Semoga majlis ini berjalan lancar dan
membawa makna kepada kita semua.
Saya berasa bangga dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa yang
ada di hadapan saya pada hari ini kerana kesudian dan komitmen
meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Bagi ibu bapa murid yang tidak
hadir mereka mungkin mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Pastinya
pertemuan hari ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan membina ke
arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak
tuan puan sekalian khususnya dalam bidang akademik dan kokurikulum
mahupun sahsiah murid.
Tuan puan sekalian. Matlamat majlis yang diadakan pagi ini ialah
untuk memastikan kefahaman tentang keperluan Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK) dalam Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). PPKI
di sekolah ini menyediakan peluang Pendidikan yang sesuai dan relevan
kepada semua murid PPKI bagi mengembangkan bakat dan potensi
murid.

Seperti yang telah dimaklumkan dan saya ingin menegaskan


kepada ibu bapa dengan penjaga bahawa, ibu bapa murid Pendidikan
khas merupakan ahli dalam PIBG sekolah, dengan itu saya berharap
para ibu bapa dapat melibatkan diri dalam program sekolah dan
Pendidikan Khas khasnya. Ibu bapa juga di ingatkan untuk menjelaskan
sumbangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga PPKI.
Selain itu program ini juga adalah untuk mendedahkan para ibu
bapa berkaitan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) yang
telah di laksanakan mulai 2021 untuk semua murid . Penerangan lanjut
tentang Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) ini akan
diterangkan oleh Pn Habibah nanti.
Saya juga di fahamkan pihak sekolah telah menjemput ibu kepada
murid bekeperluan khas yang berpengalaman menyediakan ruang yang
luas untuk anaknya berdikari setelah tamat persekolahan. Semoga
perkongsian dari Puan Suhaila nanti dapat dijadikan sebagai panduan
kepada ibu bapa untuk perjalanan anak tuan puan setelah tamat
persekolahan nanti kerana insan yang bertanggungjawab dalam
pendidikan anak-anak ialah ibu bapa. Penglibatan ibu bapa di rumah
dan di sekolah membantu membawa perubahan dalam kejayaan
seorang anak.
Kerjasama ibu bapa dan guru akan memberi faedah kepada kedua-
dua belah pihak. Saya sarankan para ibu bapa bergiat aktif lah dalam
aktiviti dan program anjuran pihak sekolah.
Tuan puan sekalian. Pentingnya keprihatinan tuan puan terhadap
maklumat yang dikongsikan dalam group whatapps sarana. Ambil cakna
maklumat yang disampai bagi memudahkan segala urusan berkenaan
anak tuan puan di PPKI. Kerjasama tuan puan membantu para guru
melancarkan urusan berkaitan murid-murid di PPKI yang pastinya tidak
sama dengan murid-murid di aliran perdana.
Tuan puan sekalian. Kehadiran tuan puan hari ini juga untuk
menandatangi RPI murid di PPKI. Dokumen bertulis ini dirancang untuk
setiap murid bertujuan untuk mendokumentasikan segala perubahan
dan penerapan yang berstruktur untuk setiap murid dengan bantuan
guru yang berkenaan. Dokumen ini penting untuk menentukan
Kerjasama dan kolaborasi antara ibu bapa, murid dan guru di PPKI bagi
membuat penilaian dan perubahan sesuai dengan kekuatan dan
keperluan murid-murid ini.Kerjasama dan komunikasi yang baik tuan
puan membantu guru-guru mencapai objektif yang ditetapkan.

Saya bacakan serangkap pantun buat kita semua.

Daun pandan wangi baunya,


Boleh dibuat bunga rampah,
Tolong-menolong sesama kita,
Hubungan erat ukhwah tercapai.

Tuan puan, ibu bapa murid-murid PPKI sekalian. Program hari ini
saya harapkan dapat dijadikan medan untuk kita berbincang serta
bertukar pendapat. Sentiasalah bersedia untuk beri kerjasama dengan
melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan, prihatin dengan
keperluan untuk segala urusan berkenaan anak-anak MBK kerana
hubungan yang positif antara guru dan ibu bapa memudahkan proses
pembelajaran demi masa depan anak-anak anda juga.
Dengan lapaz bismillah, dengan ini saya merasmikan Majlis
Permuafakatan ibu bapa dengan pihak sekolah, Menandatangani RPI
dan Penataraan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) pada
hari ini.

Sekian wabillah hitaufik wahidayah wassalamualaikum


warahmatullah hiwabarakatuh.

TEKS UCAPAN PENGETUA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.h.r
Salam sejahtera dan selamat pagi semua.

Yang dihormati En Sharizal Bin Hj Subhi, Yang Dipertua PIBG SMK


Taman Bunga Raya (1) bagi sesi 2022/2023.
Yang berusaha Pn Habibah Bt Hamzah, Penolong Kanan Pendidikan
Khas, barisan guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, Ibu bapa yang
dihormati serta murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita semua kerana hari ini dapat diadakan Majlis


Permuafakatan Dan Menandatangi RPI serta Penataraan Pentaksiran
Alternatif Sekolah Menengah (PASM). Pelbagai pentaksiran
dilaksanakan untuk mengukur prestasi dan memudahkan perancangan
untuk membuat persediaan bagi membantu murid bekeperluan khas.
Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, majlis pada hari telah
dirancang untuk memberi maklumat yang jelas dan tepat kepada semua
ibu bapa serta membantu menyelesaikan masalah yang timbul dalam
pendidikan khas selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu
bapa dengan para pentadbir dan guru-guru pendidikan khas.

Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa penting untuk
menjaga hubungan baik dan kelancaran pendidikan anak-anak
pendidikan khas di sekolah ini. Interaksi dua hala memudahkan ibu bapa
dan guru berbincang dan meluahkan pandangan serta idea untuk
membantu perkembangan murid supaya segala usaha dan perancangan
berjalan lancar dan sempurna. Majlis pada hari ini juga bertujuan untuk
mendedahkan kepada ibu bapa tentang laporan prestasi murid. Selain itu, tujuan
hari permuafakatan ini dibuat adalah supaya ibu bapa tahu dan mengambil berat
tentang akhlak serta sahsiah pelajar ketika berada di sekolah, guru juga

menekankan tentang kehadiran murid ke sekolah adalah amat


penting dan perlu di ambil berat oleh ibu bapa murid. Permuafakatan antara
kedua belah pihak boleh membantu sekolah melaksanakan program
yang bermanfaat untuk pelajar.

Semoga dengan sokongan dan maklumbalas daripada ibu bapa dapat


mengeratkan lagi hubungan antara sekolah dan penjaga sekaligus
merealisasikan kemenjadian murid berkeperluan khas SMK Taman
Bunga Raya (1). Untuk pengetahuan tuan puan sekalian, majlis yang
diadakan ini perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah yang mempunyai
Program Pendidikan Khas Integrasi. Diharapkan tuan puan selesa untuk
kekal beri komitmen hingga majlis tamat.

Tuan Puan sekalian,


Pihak sekolah menghargai murid-murid bekerperluan khas ini dan memberikan
pengiktirafan sama seperti murid perdana yang lain. Kami sangat menghargai
kejayaan serta kecemerlangan murid Pendidikan Khas. Minggu lepas ada dalam
kalangan murid-murid ini telah memenangi 6 acara dalam Pertandingan E-
Mhabbah Pendidikan Khas Peringkat Hulu Selangor. Tahniah saya ucapkan.
Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing yang komited dalam melatih para
peserta yang terlibat. Semoga dapat keputusan yang lebih baik pada masa akan
datang.

Semoga apa yang kita perolehi daripada program ini akan menjadikan satu
anjakan paradigma kepada ibu bapa dan semua warga Pendidikan khas SMK
TBR (1)
Untuk sama-sama memartabatkan dan melaksanakan transformasi bagi
merealisasikan impian dan harapan murid bekeperluan khas sebagai usaha
menjadikan insan bekerbolehan, berkemahiran dan berdikari.

Akhir akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun,


Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau silap tutur dan bicara,
Jemari saya susun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertamu,


Girangnya rasa si anak dara,
Balik tuan bawalah ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai