Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN ALUAN PENASIHAT PIBG

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Yang Maha Kuasa kerana dengan limpahan rahmat dan hidayah-
Nya dapat kita semua hari ini bersama-sama berkumpul untuk melaksanakan satu lagi tugas penting
lalu menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan amat bermakna kepada kami warga sekolah ini. Keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan
pastinya akan menguatkan semangat serta iltizam kami untuk menyemarakkan pencapaian dan
kejayaan sekolah ini dari segi akademik , kokurikulum serta sahsiah anak-anak.

Hadirin yang saya hormati sekalian.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SK Kuala Ketil yang mampu melaksanakan tugas
yang diamanahkan dengan cemerlang dalam segenap aspek serta berjaya mengharumkan nama
sekolah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Beberapa penambahbaikan prasarana telah dibuat oleh pihak sekolah ini demi memastikan
kelestarian pendidikan serta keselesaan kemudahan pembelajaran anak-anak . Antaranya; teduhan
menunggu untuk waris dan murid, setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang
berfungsi, penambahan kelas untuk kelesaan anak-anak dan persekitaran sekolah diceriakan dan
sebagainya. Pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya menyedia dan menggunakan segala
kemudahan untuk memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran dan tidak ketinggalan
dalam pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang dibuat melalui kaedah dan teknik dengan panduan
yang diterima dari pihak KPM.

Hadirin yang dhormati sekalian,

KPM sangat mengambil berat untuk memastikan semua murid dapat menguasai satu asas utama
iaitu membaca. Sudah semestinyalah pihak sekolah sangat memerlukan kerjasama dan sokongan
padu dari pihak ibubapa dalam mencapai hasrat ini. Kehadiran murid ke sekolah juga sangat
membantu dalam usaha memastikan murid mencapai Tahap Penguasaan sekurang-kurangnya TP3.
Pihak guru akan mengalami kesukaran untuk menjalankan PBD sekiranya murid kerapkali tidak hadir
kerana ia menjadi antara faktor penyumbang kepada Tahap Penguasaan Murd.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang
akademik, sahsiah, kemenjadian murid mahupun dalam bidang kokurikulum pada tahun 2022.
Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa
dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin
kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Oleh itu, adalah penting
bagi pihak PIBG sentiasa bersedia bergerak sederap bersama mengorak langkah bagi menjayakan
segala perancangan dan membuktikan bahawa kita mampu untuk menjana kecemerlangan ini. Pihak
PIBG amat dialu-alukan agar sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti serta
banyak memberi sumbangan dalam bentuk idea, kepakaran dan kewangan untuk pelbagai aktiviti
sekolah.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar,
pintarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita
tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak
sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah
laku umpamanya datang lewat kepada sebesar besar masalah; itu menggambarkan kecaknaan guru-
guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak. Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa
menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda di rumah sendiri dan sentiasa bersedia
merebut peluang untuk menyertai dalam setiap aktiviti anjuran pihak sekolah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika
timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak
perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti
diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan
berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah. Saya
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini.
Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan
kecemerlangan anak anak pada masa hadapan.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai