Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

MESYUARAT PIBG KALI KE 30 DAN 31 2021

Terima kasih pengacara majlis.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Yang Berbahagia Encik Khosim Bin Harun
Yang Dipertua PIBG SMK Dato Kailan

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Ghani Bin Abd Wahab


Pengurus Deposit Negeri Pulau Pinang
Bank Islam Malaysian Berhad

Yang Dihormati
Pn Norlila Binti Zakaria, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Nora Binti Rosdin, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru kanan mata pelajaran
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Dato kalian.
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara maya
sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato kalian kali ke 30 dan 31 tahun 2021 ini. Sesungguhnya,
jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka kerana sejak
saya mengemudi SMK Dato kailan ini, saya belum berkesempatan bersua muka, beramah mesra
dengan para waris di sekolah ini. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan bukan
sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.

Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi memastikan kita kembali ke
dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun, sebagai pentadbir saya tetap akan melaksanakan
tugas saya sebaik mungkin. Justeru, atas sokongan ibu bapa dan guru-guru, saya telah menambah
baik banyak prasarana di sekolah ini untuk kemudahan pembelajaran murid-murid di SMK Dato
Kailan. Pihak sekolah telah meningkatkan capaian internet di sekolah untuk memudahkan para guru
dan pelajar mengakses maklumat. Setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang
berfungsi, pintu dan tingkap yang sempurna, tandas murid dibaik pulih, bilik guru dinaik taraf untuk
keselesaan guru dan persekitaran sekolah diceriakan. Selain itu, laman web sekolah berjaya
diwujudkan untuk melebarluaskan maklumat dan aktiviti yang berlaku di sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Alhamdulilah, sepanjang PdPr yang dijalankan dalam musim pandemik pelbagai aktiviti yang
dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan penyertaan pelajar yang duduk dirumah. Pihak
sekolah telah berjaya melaksanakan aktiviti virtual run yang bukan sahaja melibatkan warga sekolah
dan para pelajar malah penglibatan para waris juga dilihat amat menggalakkan. Hal ini membuktikan
kerjasama yang erat antara pihak waris dengan pihak sekolah telah terjalin. Selain itu, penganjuran
program Karnival K telah berjaya mencungkil bakat-bakat para pelajar. Pelajar lebih berkemahiran
dengan teknologi seperti melakukan rakaman video, membuat slide dan sebagainya.

Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah. Keselamatan guru
dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa,
guru dan anak-anak mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah
dalam keadaan selamat. Dalam hal ini kami berharap ibu bapa atau penjaga dapat memastikan
bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah
pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan
dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam
mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh
antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT.

Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah
mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan
untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya.
Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu
bapa kepada tabung PIBG. Oleh itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada
tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang
menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita.

Ibu bapa yang dihormati sekalian,

Bukan itu sahaja, sepanjang musim pandemik ini juga, pihak PIBG amat prihatin dengan situasi yang
dialami oleh kebanyakan para waris yang kehilangan sumber pendapatan dan yang terkesan dengan
pandemik. Maka pihak PIBG telah mewujudkan tabung makanan di sekolah. Para waris yang
terkesan boleh mendapatkan barangan keperuan asas di sekolah dibawah program tersebut. Hal ini
adalah salah satu usaha yang oleh dilakukan untuk meringankan beban para waris yang terkesan.
selain itu juga, pihak PIBG akan menyumbangkan bekalan makanan kepada setiap keluarga yang
dijangkiti COVID-19 sebagai tanda sokongan dan keprihatainan.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar,
pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita
tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak
sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah
laku umpamanya datang lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta
benda sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak.
Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti menjaga
harta benda di rumah sendiri.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika
timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak
perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti
diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan
berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah.

Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan
kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai