Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani, Salam Sabah

Maju Jaya, Salam JPN Sabah Sepakat HEBAT, Salam PPD Sandakan Pemangkin
Transformasi dan Salam Sejahtera.
Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis;
Yang Berusaha, Encik Munir bin Tibi,
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik,

Yang Berusaha, Encik Ahmad bin Aman,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha, Encik Murat bin Jebon


Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati, Sarjan Razali bin Pulut


Pegawai Perhubungan Sekolah,
Polis Diraja Malaysia

Turut dihormati,
Encik Ali Ranal bin Otoh, Yand Dipertua Pengerusi PIBG SK Gum Gum Kecil,

Barisan guru serta murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat


Allah s.w.t., kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat sama -sama berhimpun bagi
menjayakan Majlis Pelancaran bagi Program Minggu Disiplin dan Sahsiah yang amat
bermakna bagi warga SK Gum Gum Kecil. Pihak sekolah khususnya Unit Hal Ehwal Murid
dengan kerjasama Unit Disiplin sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah serta, Unit
Pembangunan Modal Insan sekolah mengambil inisiatif mengadakan program ini adalah untuk
membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan
sekolah.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Suka saya ingatkan bahawa Program Minggu Disiplin dan Sahsiah ini adalah sangat penting
bagi kita semua khususnya untuk kalangan murid. Antara objektif yang saya mahukan
menerusi program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan positif dalam kalangan
murid. Jadi, kualiti dalam pengurusan disiplin murid adalah sangat penting dan perlu diberi
penekanan.
Alah bisa tegal biasa, sememangnya amat sukar untuk menanam disiplin yang tinggi dalam
diri seseorang apatah lagi bagi seseorang yang bergelar murid sekolah rendah. Namun,
sekiranya murid tersebut telah dididik dan diasuh oleh ibu bapa agar terdidik dengan disiplin
yang tinggi, pastinya amat sukar untuk menafikan bahawa murid tersebut akan terus-menerus
mencipta kejayaan dalam kehidupan.

Malangnya, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kita dapat lihat
murid-murid pada hari ini begitu angkuh dan bangga sekiranya mereka melakukan perkara-
perkara yang melanggar disiplin dan peraturan sekolah.

Pelbagai isu telah banyak timbul berkaitan salah laku murid di sekolah mahupun luar sekolah.
Antaranya termasuklah kes merokok, melawan guru, kurang ajar, ponteng dan sebagainya.
Sikap murid pada hari ini sangat membimbangkan kerana khuatir akan menjadi wabak dalam
masyarakat.

Hadirin sekalian,

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), ada menyentuh mengenai


pembangunan modal insan iaitu aset negara yang perlu disuntik nilai tambahnya. Perkara
seumpama ini memberi gambaran kepada kita bahawa Kementerian Pendidikan sendiri telah
menyedari bahawa tahap disiplin murid pada hari ini semakin kronik.

Sekiranya murid diasuh dengan norma hidup berdisiplin, secara tidak langsung murid akan
menyedari betapa berharganya setiap saat yang dilalui dalam hidup kamu. Hal ini akan
menjadi satu inisiatif kepada murid agar tidak mensia-siakan masa dengan gejala-gejala sosial
yang semakin menjerat remaja pada masa kini. Tidak cukup dengan itu, disiplin turut dapat
memupuk jati diri yang ampuh dalam diri murid. Disiplin akan mengajar murid mengenal dan
menilai diri sendiri dan orang lain secara rasional dan bijaksana. Selain itu, sekiranya murid
mengutamakan disiplin dalam kehidupan, murid akan tergolong dalam masyarakat yang
bertatasusila dan bersahsiah tinggi.

Hadirin sekalian,

Murid yang tidak memiliki disiplin pastinya tidak terfikir untuk menentukan matlamat hidup.
Oleh sebab itulah, ramai murid yang hanya memikirkan keseronokan hidup semata-mata
tanpa memikirkan impak perbuatan mereka walau berapa banyak cara yang kita ketahui untuk
mencapai kejayaan, tetapi tanpa adanya disiplin, kita tidak akan mampu untuk melaksanakan
cara itu dengan teratur apatah lagi dengan berkesan.

Pujangga Melayu ada mengatakan bahawa generasi pada hari ini adalah cerminan negara
pada masa akan datang. Oleh itu, besarlah jua harapan saya untuk melihat anak-anak di
depan saya untuk memacu kehidupan akan datang dengan baik dan berwawasan. Saya
percaya, segalanya bermula dari sekolah dan kami guru guru terhadap masa depan.

Sebagai penutup, sememangnya disiplin amat penting dalam menentukan wawasan hidup
serta berusaha mengejar wawasan tersebut. Tahap disiplin yang tinggi sangat penting kepada
murid. Natijahnya, tidak ada jalan pintas yang lain untuk meraih kecemerlangan dan
kegemilangan tanpa memiliki serta mempraktikkan amalan hidup berdisiplin.
Hakikatnya, sentiasa berharap agar murid mempunyai jati diri yang kuat untuk melawan
perkara yang negatif. Ingatlah, Disiplin asas utama dalam kehidupan seseorang. Patuhilah
disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid yang baik adalah murid yang
berdisiplin tinggi.

Dengan harapan tersebut, saya dengan rasminya menangguhkan Program Minggu Disiplin
dan Sahsiah Peringkat SK Gum Gum Kecil bagi Tahun 2024.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai