Anda di halaman 1dari 9

1.

KELUARGA YANG BAHAGIATERAS KEHARMONIAN NEGARA

2. MINDA DAN EMOSI YANG SIHAT ASAS KESIHATAN YANG BAIK

Menjaga kesihatan adalah seperti mencuci tangan dengan cara yang betul , menggosok gigi 3
kali sehari, makanan yang seimbang dan sebagainya. Menjaga kesihatan bukan ertinya bebas
dari penyakit malah juga memiliki pemikiran yang cerdas dan emosi yang stabil.

Konsep menjadi seorang yang sihat dan cerdas, seseorang haruslah mengamalkan tabiat yang
baik seperti bersenam secara fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 1/2 jam per
sesi dan pemakanan yang seimbang, malah dia haruslah menpunyai pemikiran positif yang
cerdas dan emosi yang stabil.

Keseimbangan dan perkembangan positif dari segi fizikal , mental dan emosi merupakan asas
pembentukan seseorang dan mejamin perkembangan sihat cerdas. Selain dari itu , seseorang
haruslah berdisplin bersikap tegas untuk menjauhikan diri dari dorongan-dorongan negatif yang
akan menjejaskan kesihatan , minda dan emosi mereka.
Maka amalan disiplin yang baik dan cara hidup yang sihat ini akan menjaminkan kesihatan
yang sihat dan cerdas.

3. SARAPAN YANG BERKHASIAT ASAS KEJAYAAN MURID

Sarapan pagi merupakan pengambilan makanan awal yang sangat penting kepada tubuh
badan manusia. Ini kerana badan manusia memerlukan tenaga baru selepas enam hingga tujuh
jam tidak makan kerana tidur.

Sarapan pagi adalah aktiviti makan dan minum yang dilakukan sebelum pukul 9 pagi untuk
memenuhi 15 hingga 30 peratus keperluan khasiat harian sebagai sebahagian daripada
pemakanan seimbang. Selain memberikan tenaga kepada anak untuk memulakan aktiviti
hariannya, sarapan boleh menjadikan si kecil lebih sihat dan memorinya lebih baik kerana
dengan sarapan pagi, anak anda automatik lebih bertenaga dan cergas menerima pelajaran di
sekolah.

Kepentingan sarapan:

1. SARAPAN PAGI MEMBEKALKAN 25% KEPERLUAN TENAGA HARIAN

2. MENGEMBALIKAN TENAGA YANG HILANG SEPANJANG MALAM

3. BANTU KITA KEKAL FOKUS DAN MEMBERI PERHATIAN DALAM PELAJARAN

Kesimpulannya, kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan kurang melakukan aktiviti


fizikal. Jadi mereka perlu mengambil sarapan yang berkhasiat untuk tumbesaran yang
sempurna.

4. IBU BAPA CEMERLANG MURID TERBILANG

Dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid


dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak
mereka. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.
Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke
pusat pengajian tinggi.

Mereka akan melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka


cemerlang dalam peperiksaan kerana pada mereka di mana ada kemahuan di situ ada
jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata motivasi kepada anak-anak
mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat digapai.
Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka
dipermudahkan ketika menghadapi peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak
mereka akan tenang apabila menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan
dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan diri mereka dihargai maka mereka akan
belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa dapat direalisasikan.

Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa sebagai


balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Sebaliknya, pelajar yang tidak
mendapat perhatian daripada ibu bapa dan tidak mendapat motivasi untuk berjaya
dalam pelajara akan terus tertinggal dalam pelajaran, Sudah terang lagi bersuluh
menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang murid
dalam pelajaran.

Kesimpulannya, Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada anak
agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia.

5. KELAS BIMBINGAN MENGHASILKAN MURID CEMERLANG

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas bimbingan kerana banyak faedah


yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas bimbingan sudah menjadi
satu kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.

Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas bimbingan ialah
pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu
penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

Salah satu kelebihan kelas bimbingan ialah guru boleh memberikan banyak latihan
tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan.
Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman
kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas bimbingan berupaya memberikan


satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Mereka
yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk
menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.

Malah, kelas bimbingan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan


aktiviti yang berfaedah. Kelas bimbingan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa
menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak
dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas bimbingan


untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh
murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa
dengan menghadiri kelas bimbingan sahaja. Kualiti lebih penting daripada kuantiti
menghadiri kelas.

6. BERHEMAH DI JALAN RAYA KESELAMATAN TERJAGA

Hadirin yang dihormati,


Terdapat pelbagai amalan berhemah di jalan raya. Antaranya, kita mesti tidak
menganggap jalan raya sebagai tempat berlumba. Oleh itu, kita seharuslah berhemah di jalan raya
untuk mengelakkan kemalangan.

Selain itu, bagi pejalan, mereka haruslah berhati-hati ketika melintas jalan dan
menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan. Semasa ingin melintas jalan, mereka hendaklah
memandang ke kanan dan ke kiri untuk memastikan tiada kenderaan di atas jalan. Kesan baiknya
ialah keselamatan mereka lebih terjamin.

Seterusnya, untuk penunggang motosikal, mereka hendaklah memakai topi keledar dan
memasang lampu pada waktu malam. Ketika menunggang motosikal, mereka mestilah
mengelakkan menunggang melebihi had laju. Kesan positifnya, kita tidak akan cedera parah apabila
berlaku kemalangan.

Akhir sekali, bagi pemandu kereta, mereka perlulah memandu mengikut had laju yang
ditetapkan. Mereka juga sepatutnya memakai tali pinggang keledar dan mengelakkan diri daripada
bermain telefon pintar ketika memandu. Dengan ini, kita akan selamat sampai ke destinasi yang
hendak dituju dengan masa yang telah ditetapkan.

Hadirin yang budiman,


Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah berhati-hati untuk
mengurangkan kadarkemalangan jalan raya. Pengguna yang cermat, bijak dan berhati-hati amatlah
perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Hargailah nyawa anda dan orang yang
tersayang. Bak kata pepatah melayu, “pandu cermat, jiwa selamat”.

Sekian terima kasih.


7. PROGRAM SARANA MENGERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI

Tujuan Sarana Sekolah


• Mewujudkan SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi penekanan kepada enam (6) elemen
yang menyokong pembelajaran
• Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang mempunyai kepentingan
dengan sekolah
• Meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran
murid melalui soal selidik penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
• Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang aktiviti atau program sekolah
yang boleh melibatkan pihak-pihak yang berkenaan secara aktif dan berkesan
• Membantu pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah berkesan dengan penglibatan
aktif pihak yang berkaitan

Sistem Pembelajan
• Pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam
komuniti
• Sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif
antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti

Kerjasama sekolah dengan ibu bapa:


▪ Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan
pembelajaran berkualiti untuk murid
▪ Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid
▪ Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-
anak mereka
Kerjasama sekolah dengan komuniti:
▪ Mendapat kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat
▪ Menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat
pengajaran penting melalui proses tersebut

6 elemen yang menyokong pembelajaran yang menjurus kepada SISTEM PEMBELAJARAN:


• Iklim Sekolah
• Komunikasi Berkesan
• Sokongan Terhadap Kejayaan Murid
• Tanggungjawab Bersama
• Keputusan Bersama
• Kerjasama Dengan Komuniti
8. KESELAMATAN KOMUNITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA

9. PERPADUAN TERJAGA MASYARAKAT SEJAHTERA

MALAYSIA adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah status
negara maju dan dalam kita mencapai matlamat itu keamanan dan keharmonian
tidak pernah sesekali dipinggirkan.

Sebaliknya kepelbagaian agama, etnik dan budaya terus menjadi teras kepada
kekuatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh beberapa
tahun lagi. Hakikatnya, perpaduan jitu yang dibentuk oleh rakyat negara ini adalah
asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni.

Beberapa langkah perlu diambil dan dikekalkan dalam usaha memastikan rakyat di
Malaysia ini terus bersatu padu. Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa
Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah
termasuk sekolah vernakular hingga ke peringkat pendidikan tinggi.

Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai


alat komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat.
Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar menggunakan bahasa
Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di sekolah dan
seterusnya hingga ke peringkat universiti.

Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah
dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum
masing-masing dengan harmoni. Contohnya, melalui cara mereka berpakaian,
amalan beragama dan perayaan.

Sewajarnya sikap saling menghormati dan memahami budaya sesama kaum ini perlu
dipertahankan demi kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini bukan sahaja
menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi kemesraan sesama kaum.

10. KOMUNITI SEPAKAT MEMBAWA BERKAT


11. Program Rakan Cop diilhamkan atas kesedaran bahawa pihak polis adalah elemen pelengkap
kepada sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. RAKAN COP bererti rakan polis. COP adalah
singkatan dari perkataan Cooper yang diberikan kepada anggota polis. Di Amerika Syarikat,
panggilan COP kepada Polis amat digemari oleh kerana lebih ringkas dan lebih mesra digunakan.

RAKAN COP adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat. Ia
mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan
orang ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah, bersepadu dan tersusun secara tidak
langsung KOMUNITI SEPAKAT MEMBAWA BERKAT dapat dicapai.

12. BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN AMBIL BALIK TEKS KITA

13. BERBAKTI KEPADA NEGARA MEMBAWA SEJAHTERA


Kepentingan BERBAKTI KEPADA NEGARA adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta
akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai.
Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia
tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti
negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
oleh hal yang demikian.
Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus
aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat
Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara
akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.

14. WARGA BERKORBAN NEGARA SEJAHTERA


Kepentingan WARGA BERKORBAN adalah untuk memupuk dan mengekalkan
semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di
kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir
luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai
semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah
ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. oleh hal yang
demikian.
Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman
dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia
tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah
ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
15. HARGAI SENI WARISAN
HASRAT untuk menjadi sebuah negara maju bukanlah bermaksud kita hanya perlu
memandang ke hadapan, sebaliknya melihat kekuatan sejarah yang dimiliki. Dalam
usaha kita mengisi nikmat kemerdekaan dengan pembangunan dan kemajuan,
budaya dan warisan bangsa adalah sesuatu yang signifikan. Ini adalah amalan, tradisi
dan peninggalan zaman berzaman. Ia bukan sahaja mempunyai nilai estetik sosial
yang besar dan amat bermakna.

Malah lebih penting, segala warisan dan khazanah budaya ini berupaya menjadi
petunjuk dan rujukan kepada salasilah kita. Justeru, sekalipun kita asyik dengan
segala pemodenan dan kemajuan infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi yang
lebih berkesejahteraan, kita tidak seharusnya melupakan aspek nilai budaya dan
khazanah warisan bangsa.

Budaya dan warisan bangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh,
kecil dan boleh dikesampingkan. Sebaliknya, ia adalah perkara yang mengisi jiwa
anak bangsa. Ini mewujudkan satu ikatan yang merapatkan rasa kebersamaan dan
menjadi citra yang menimbulkan rasa cinta dan setia kepada bangsa dan negara.

16. PERMAIANAN TRADISIONAL MEMBENTUK JATI DIRI MURID


Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang
kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali
berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya.

Sebagai murid, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan
menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di
Malaysia. Bak kata peribahasa, “tak kenal maka tak cinta”. Dengan menghadiri perjumpaan dan
belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan
tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal
yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau
warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah
pula dengan wau dan gasing?

Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai warisan
rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.

17. BUMI TERPELIHARA MANUSIA SEJAHTERA


Alam Sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan
manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam
Sekitar ini termasuklah kawasan tumbuhan hijau, udara dan
air seperti sungai dan laut. Alam Sekitar memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang
tidak tercemar memberikan kita satu suasan yang selesa dan
menyamankan.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai
kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak
bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi
ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
munusia.
18. KEMAJUAN TEKNOLOGI MENYUMBANG KEMAJUAN NEGARA

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat
penting.Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap
saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita
boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.

Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau
katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada
individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta
keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan
kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam
meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai