Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

MENITI PUNCAK
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tarikh : 1 Ogos - 29 September 2014
Masa : 8.15 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SK Jalan Bellamy, Kuala Lumpur
Sasaran : 64 orang murid

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy telah
menganjurkan Program Motivasi Tahun 6 Meniti Puncak 2014 dengan
kerjasama barisan pihak pentadbir sekolah seperti ketentuan di atas. Program
telah disertai seramai 64 orang murid Tahun 6 dari tiga buah kelas iaitu Kelas
Inovatif, Kreatif dan Produktif. Program ini telah dikendalikan dengan kerjasama
antara Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy, guru-guru penolong
kanan, guru bimbingan dan kaunseling serta guru-guru kelas Tahun 6.

Program ini telah dimulakan dan dilaksanakan sebelum Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2014 serta dijalankan setiap hari jumaat selama 15
minit selepas bacaan Surah Yaasin yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan
Islam. Malah, program ini tetap diteruskan berikutan penangguhan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijalankan setiap pagi selama 2
minggu bertujuan untuk mengembalikan semangat murid untuk terus berusaha.

Program Motivasi Tahun 6 Meniti Puncak ini bertujuan memberikan
motivasi kepada murid-murid yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) untuk sentiasa bersemangat dan kekal fokus dalam
pembelajaran mereka serta sentiasa positif dalam menghadapi pelbagai
cabaran.


Antara pengisian utama dalam program motivasi ini juga ialah tayangan
video dan ceramah yang berunsurkan kata-kata semangat dan kata-kata hikmat
supaya murid-murid dapat menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya
agar tidak memudaratkan diri dan menggunakannya untuk mencipta
kecemerlangan diri.

Selain itu, melalui program ini juga turut menekankan serta mengingatkan
murid-murid tentang tujuan hidup setiap manusia di dunia ini antara lain untuk
kepentingan diri sendiri, untuk keluarga, ibu bapa, agama, masyarakat, bangsa
dan negara. Melalui program ini juga murid-murid diberikan pendedahan tentang
kejadian manusia di dunia ini yang lahir daripada persaingan dan setiap
daripada manusia di dunia ini adalah juara dalam persaingan tersebut.

Murid-murid juga diinasihatkan agar menghargai ibu bapa yang berkorban
tenaga dan wang ringgit dalam membesarkan anak-anak demi menjamin
kecemerlangan dalam hidup. Selain itu, murid-murid juga diingatkan agar
menjaga hubungan dengan Tuhan dan menjaga solat agar hidup diberkati dan
memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.


Laporan disediakan oleh,


(KAMARUL AFIQ BIN KAMARUDIN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai