Anda di halaman 1dari 5

TEKS

UCAPAN
MAJLIS
PERASMIAN
PENUTUPAN PROGRAM CERAMAH MOTIVASI
UPSR TAHUN 2015
SK NUNUYAN LAUT, SANDAKAN.
Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah
hirabbil alamin. Wassola tu wassalam, aala
asyrafil
anbia
iwal
mursalin..
saidina
Muhammad.. waala aalihi wasohbihi ajmain...
Assalamualaikum
warohmatullahi
wabarakatuh..Salam Sejahtera dan Salam Sehati
Sejiwa..
Yang Berusaha..Encik Mohd Busrah Bin Nordin,
Guru Besar SK Nunuyan Laut, Sandakan.. Encik
Kelana Bin Hj Hamros, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran..Encik Esnan Bin Sayuti, Guru
Penolong Kanan HEM..dan Encik Ramansah Bin Hj
Sahrun, Guru Penolong Kanan Kokum..
Yang Dialu-alukan..Penceramah Motivasi UPSR
jemputan khas daripada Kem Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN),
Cikgu Umi Kalsum Binti
Norasfarina Binti Nordin..

Komon

dan

Cikgu

Yang Dihormati..Barisan AJK PIBG Sk Nunuyan


Laut,Guru-guru, Ibu- ibu dan bapa-bapa,

Seterusnya Yang dikasihi anak-anak, pesertapeserta Program Ceramah Motivasi UPSR Tahun
2015...serta hadhirin hadhirat yang dirahmati
Allah..
1.
Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan berkat izin dan limpah kurnia-Nya,
dapat kita bersama-sama hadir bagi meraikan
sebuah majlis yang amat bermakna, iaitu Majlis
PERASMIAN
PENUTUP
PROGRAM
CERAMAH
MOTIVASI UPSR 2015.Saya amat gembira
menyaksikan semua ibubapa, guru dan murid
berkumpul di dalam dewan ini untuk sama-sama
menjayakan majlis ini.
2. Saya mewakili Tuan Hj. Jawila Bin Nawang
selaku Yang DiPertua PIBG SK Nunuyan Laut ingin
merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan
kepada Guru Besar En. Mohd Busrah Bin Nordin
kerana telah berjaya menganjurkan Program ini
dengan jayanya. Sesungguhnya program ini amat
baik dan perlu diteruskan pada tahun-tahun akan
datang. Saya juga ingin mengucapkan setinggitinggi tahniah dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah bertungkus-lumus untuk
menjadikan program ini terlaksana dengan
jayanya.

3. Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid


sekalian,
Program
Ceramah
Motivasi
Kecemerlangan UPSR ini
dilaksanakan untuk
mempersiapkan
diri
murid-murid
dalam
menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Di samping, menerapkan nilai-nilai murni, potensi
dan motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan
akademik.
4. Antara objektif Program ini diadakan pada kali
ini adalah untuk membantu meningkatkan
kecemerlangan
calon-calon
UPSR
dalam
peperiksaan tersebut yang akan dihadapi tidak
lama lagi iaitu pada 9 hingga 11 September
2015. Program ini dapat membantu calon-calon
lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan
tersebut dan secara tidak langsung membantu
meningkatkan keyakinan diri mereka.
5. Diharapkan agar murid-murid Tahun 6 akan
lebih bermotivasi dan bersemangat juang yang
tinggi
dalam
memastikan
kejayaan
yang
cemerlang di dalam UPSR nanti. Oleh itu, saya
ingin mengajak seluruh warga dewan yang hadir
pada hari ini untuk kita sama-sama mendoakan
kejayaan mereka. Disamping itu, saya berharap
agar pihak ibubapa khasnya agar dapat
membantu guru-guru untuk memantau proses
pembelajaran anak-anak di rumah secara
berterusan agar mereka tidak terlalu leka
bermain dan akhirnya hilang tumpuan bagi

menghadapi UPSR. Harus diingat kita sebagai


ibubapa memainkan peranan yang sangat
penting dalam memastikan kejayaan anak-anak
kita dalam pelajaran. Bak kata pepatah..Kalau
bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila
lagi?..
6. Selain dari itu, saya juga yakin dengan
kemampuan warga pendidik sekolah ini dalam
membantu anak-anak kita untuk sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran
mereka. Saya berdoa agar mereka tidak pernah
jemu dan sentiasa ikhlas mendidik dan
membimbing murid-murid sekolah ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
7. Akhir kalam, saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada 2 orang penceramah kita
pada hari ini dan juga pembantu mereka di atas
kesudian mereka untuk membantu menjayakan
program ini. Begitu juga, terima kasih yang tidak
terhingga kepada pihak sekolah di atas usaha
murni ini dan juga di atas kesudian Guru Besar
EN Mohd Busrah Bin Nordin kerana menjemput
saya selaku Perasmi..

Sebagai penutup bicara, izinkan saya untuk


menyampaikan 2 rangkap pantun..

Pohon sirih pohon selasih,


Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
Ular lidi menyusur rotan,
Menyusur jati ke dalam paya;
Banyak budi tuan semaikan,
Semoga tumbuh menyinar dunia.
Sekian
wabilahitaufiqwalhidayah
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai