Anda di halaman 1dari 6

Asas-asas Fardhu Ain : TAHARAH & PEMBAHAGIAN AIR

Ada tiga ilmu yang menjadi asas dan panduan bagi setiap muslim dalam menjalani perjalanan hidup di
dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi.
Ilmu tersebut adalah :
1. Ilmu Tauhid
2. Ilmu Feqah
3. Ilmu Tasauf
ketiga-tiga ilmu ini dipanggil ilmu Fardhu Ain.
makna Fardhu Ain ialah setiap umat Islam yang sudah baligh, berakal, WAJIB mempelajarinya,
memahaminya dan mengamalkannya sebagai memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim.
Posting ku kali ini ingin menyentuh hal ehwal asas-asas fardhu ain dibidang Feqah.
Ilmu feqah terbahagi kepada 4 juzuk, iaitu :
1. Ibadah
2. Muamalah
3. Munakahat
4. Jenayah
Perkara pertama yang dititikberatkan dalam beribadah ialah kesucian dan kebersihan.
Dalam ilmu Feqah, bersuci adalah TAHARAH.
Taharah adalah bersuci.
Pengertian taharah/bersuci dari segi bahasa adalah membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang
kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi
dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.
Pengertian taharah/bersuci dari segi syarak pula adalah menghilangkan halangan beribadat kerana ada
hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.
Syarat wajib taharah ialah :
* Islam
* Berakal
* Baligh
* Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
* Tidak lupa

-1-

* Tidak dipaksa
* Berhenti darah haid dan nifas
* Ada air atau debu tanah yang suci.
* Berdaya melakukannya mengikut kemampuan
ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI
a. Air mutlak
b. Tanah yang suci
c. Batu yang suci
Hukum bersuci
Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.
JOM KITA BERKENALAN DENGAN AIR YANG MENJADI SALAH SATU SUMBER KITA
BERTAHARAH
Air pada dasarnya terbahagi kepada :
1. Air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya. Ini dinamakan air mutlak.
2. Air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya. Ini dinamakan air musyammas,
iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang
terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas.
Air ini makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika
digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka
tidak makruh menggunakannya
3. Air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:
a. Air mustamal, iaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada
basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk
menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.
b. Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab
bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat, dan sebagainya hingga berubah nama
air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh
daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.
c. Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan
sebagainya.
4. Air yang tidak suci lagi tidak menyucikan. Air ini ialah air mutanajjis. Ia dikira bernajis apabila terjadi
2 keadaan, iaitu (1) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (2) berubah salah
satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.

-2-

1. Air mutlak
Air mutlak ( )adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air
itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah
disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya
mengandungi belerang.
Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
* air hujan
* air laut
* air sungai
* air telaga atau perigi
* air mata air
* air yang dicairkan dari salji
* air embun
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang
disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari
sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau,
warna ataupun rasa.
Ukuran Dua Kolah
* Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
* Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
* Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
* Bekas yang bulat lebarnya 23 inci dalam 46 inci. (1 hasta diameter dan dalamnya 2 hasta) 1 hasta = 23
inci

2. Air musta'mal
Air musta'mal ( )adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga
air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.
Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada
mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula
ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa
yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi
dan koko.
Air yang berubah dan bercampur
Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda
asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas
digelar "air gahara".
Berikut adalah cara air yang berubah:

-3-

* Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir
sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
* Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat
dilihat akan perubahannya.
Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti
air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
* pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
* pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
* pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air
mutlak.
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:
* Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang
dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh
dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
* Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat
dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.
3. Air muqayyad
Air muqayyad ( )pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu
sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air
mutlak lagi.
Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
* Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air
mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
* Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air sepert air hujan, air perigi.
Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.
4. Air musyammas
Air musyammas ( )adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim
panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.
Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman.
Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air
yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

-4-

5. Air mutanajjis
Air mutanajjis ( )adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau
rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air
tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.
Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang
memang tidak berdarah seperti semut.
Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis
1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja
dicampakkan.
2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
melampau daripada najis mughalazah.
3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.
Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
1. Lalat
2. Kumbang
3. Kala
4. Lipas
5. Cicak
6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Air Qaid Lazim


Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang
tidak akan faham.
* Contohnya:
a. Air Kelapa
b. Air Tebu
c. Air Mawar
d. Air Kopi
Hukum Air Qaid Lazim
Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.
Beberapa permasalahan :
Air tidak dikira bernajis apabila dengan tidak sengaja, terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah
ketika dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.

-5-

Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut:
1. najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga;
2. najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada
pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat;
3. bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai;
4. binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air;
5. bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa
diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu
dikira tidak bernajis.

Rujukan : Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani

-6-

Anda mungkin juga menyukai