Anda di halaman 1dari 3

Komponen dan Proses Kejadian Manusia

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan


manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah
daripada tanah ( turab ). Di antara firman Allah itu ialah :

“ ...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada


tanah,....”
Surah al-Hajj (22): 5

Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menghuraikan proses kejadian manusia ini
melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( ‫) ساللة من طين‬

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu
tanah. Firman Allah:

“ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari


tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan
amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia.
Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan
bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat
bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari
aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya
dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan:
54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang
dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah
yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai komponen lain yang
merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam
penciptaan manusia.

1
Kedua: Peringkat Tanah Melakat (‫) طين الزب‬

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:

“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”


Surah As-Shaffat (37): 11

Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy
menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara
satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia
pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang
berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat
puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (‫)حماء مسنون‬

Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat
kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille ‫ حماء مسنون‬diertikan juga sebagai lumpur atau
tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-
ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses
penyebatian di antara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( ‫)الصلصال‬

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu ‫كاالفخار‬
yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek
fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang
keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”


Surah Ar-Rahman (55): 14

Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat
mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti

2
suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk
Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya
dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga
peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari
aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu
lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan
manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup
roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah
telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (‫ ) الحمد هلل‬lalu dia menyebut. Apabila roh
memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang
terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagian kerongkong Adam
ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin
menjangkau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada
huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam
syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia
pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat
yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-
orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses
penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang
suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan
sesuatu itu dalam kadar yang segera. Sebagaimana pepatah Melayu:
“ Belum duduk sudah nak melunjur”.

Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana
firmannya yang bermaksud:

“Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21): 37

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai
manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses
penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan
huraiannya adalah bersifat kronologi.

Anda mungkin juga menyukai