Anda di halaman 1dari 52

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT

AL-QURAN DAN PENTATEUCH (TORAH)


Posted on September 5, 2012 by irfanirsyad

Oleh: Khairul Nizam Abdul Karim

PENDAHULUAN
Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi
yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui
Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir.
Manakala Pentateuch pula adalah istilah yang digunapakai terhadap kitab-kitab samawi yang
diturunkan sebelum al-Quran. Ia merangkumi Kitab Zabur, Taurat dan juga Injil. Dalam kertas
kerja ini, penulis melihat bahawa persoalan penciptaan manusia pertama merupakan suatu kajian
yang amat menarik untuk diselidiki di dalam al-Quran dan dibandingkan dengan kandungan
Pentateuch.Ini kerana, terdapat persamaan terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku
ketika berlangsungnya proses pencipaan manusia tersebut. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat
sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam Pentateuch itu sama ada ia masih asli ataupun
sudah diselewengkan. Selain dari itu juga penulis cuba untuk melihat perbezaan-perbezaan
maklumat yang terkandung di antara Pentateuch dan juga al-Quran, seterusnya bakal merungkai
bagaimana atau siapakah manusia pertama yang telah diciptakan itu.

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT


AL-QURAN
Pendahuluan
Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada
malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang
bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi.. Surah al-Baqarah (2): 30
Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu
penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah
manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.

Falsafah Penciptaan Manusia daripada Tanah

Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran terdapat di dalam beberapa surah
yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu
penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tesendiri.
Manusia telah dipaparkan di dalam Al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah.
Sebagaimana firman Allah:
Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia
mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari
kiamat) dengan sebenar-benarnya Surah Nuh (71): 17 18
Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan
kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain Suran Thaha
(20): 55
Merujuk kepada ayat-ayat di atas ianya menunjukkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul
kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah
selepas mati. Selain itu ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia di hari penghisaban atau
hari perhitungan.
Manakala Dr. Maurice Bucaille di dalam bukunya iaitu What Is The Origin Of Man?,
mengatakan bahawa perkataan khalaqa yang biasanya diberi pengertian sebagai menjadikan atau
to create adalah kurang besesuaian. Beliau menafsirkan perkataan yang paling sesuai ialah
to give porpotion to the a thing, atau to make it of a certain propotion or quantity atau to bring
into existence a thing which did not formerly exist . Beliau juga menekankan bahawa perkataan
di atas adalah hampir kepada perkataan asal yang digunakan di dalam Bahasa Arab .

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia


Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia.
Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab
). Di antara firman Allah itu ialah :
maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,. Surah
al-Hajj (22): 5
Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menghuraikan proses kejadian manusia ini melalui
beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( )


Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah.
Firman Allah:
Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanahSurah alMuminun (23): 12

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sullat min n) yang bersih dan amat
sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini
menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan
daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian
dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan
juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khliqnya.
Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54
bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil
secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang
dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi
saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melakat ()


Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat Surah As-Shaffat (37): 11
Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy
menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu
sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .
Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama
iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah
liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga
sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau ()


Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang
berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk Surah al-Hijr (15): 26
Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille diertikan juga sebagai lumpur atau tanah
berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang
berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di
anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( )


Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu yang
membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya
manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat
tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar Surah Ar-Rahman (55): 14
Manakala Ab Hasan al-Tibris menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat
mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi
yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi
lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai
peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal
sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh


Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek
spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam
kitab Qiss al-Ambiy penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya
dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui
kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah
iaitu ( ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat
melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke
bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam
segera ingin menjankau buah tersebut .
Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di
atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh
dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam
syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Mawa
iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab
Hayt dam .
Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan
penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan
sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang
segera. Sebagaimana pepatah Melayu:
Belum duduk sudah nak melunjur.
Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana
firmannya yang bermaksud:
Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa Surah Al-Anbiya(21): 37
Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai
manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan
manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat
kronologi.

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT


PENTATEUCH (TORAH)
Pendahuluan
Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas.
Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 2. Jika dirujuk
secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan cipataan Tuhan yang pertama.
Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis
merangkumi 6 hari. Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari
pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan
air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang turut
diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-makhluk di
daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta
sebagai makhluk di angkasa .
Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam
Genesis ( 1:26):
The God said, Let Us make humankind in our image, occording to our likeness and let them
have dominion over the fish of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over
all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth
Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab Genesis yang
menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia pertama. Didapati hanya
terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat
tersebut dapat dibahagikan huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka
dalam huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.

Kejadian manusia dari aspek fizikal


Kitab Suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang
dicipatakan oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam
Genesis
(
2:7
):
then the LORD God formed man from the dust of the ground
Dengan jelas pada pandangan penulis fakta kejadian manusia daripada tanah ini harus dipegang
oleh penganut Kristian. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan
berkenaan fakta tanah ini.
Di dalam Evolution and Theology terdapat ahli agama yang menafsirkan penciptaan manusia
daripada tanah itu harus difahami dalam bentuk metafora semata-mata dan bukan dalam bentuk
tanah yang sebenar. Ini adalah kerana dari segi pandangan kasar tidak mungkin tanah akan dapat
membentuk sehingga menjadi manusia yang lengkap seperti pembentukan Adam.

Selain itu mereka juga berpendapat bahawa jika ia berlaku, maka akan wujud proses-proses
pembentukan tanah sehingga lengkap menjadi seorang manusia. Tetapi pada hakikatnya mereka
tidak dapat menghuraikan pandangan tersebut dan bagaimanakah proses-proses pembentukan itu
berlaku. Pada pandangan mereka, dalam hal ini seharusnya kepatuhan untuk menerima sebarang
huraian daripada Kitab Suci iaitu Bibile harus diutamakan .
Penulis juga menemui bahawa ada terdapat huraian lain berkenaan persoalan tanah atau dust
sebagaimana yang diungkapkan oleh Bibile. Di antaranya sebagaimana huraian di dalam
Creation Revealed karangan Fredk A. Filby, perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada
particles atau butir-butir . Selain itu ia juga telah rujuk kepada unsur atom . Pada pandangan
penulis huraian ini adalah mengambil kira aspek atom di mana dari segi fizikalnya terdiri
daripada unsur-unsur yang kecil sepertimana unsur yang terdapat di dalam debu tanah.
Dengan melihat kepada huraian dan sumber yang terhad dan masa yang terbatas penulis dapati
bahawa tidak terdapat huraian yang kukuh atau tepat tentang penciptaan manusia pertama iaitu
Adam, begitu juga mengenai proses-proses pembentukannya. Ini dikuatkan lagi dengan hujah
yang dikemukakan di dalam buku I Belileve in the Creator karangan James M. Houstan yang
mengatakan bahawa kejadian manusia dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan di dalam Old
Testament mahupun New Testament. Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat
seorang pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia
sepertimana penciptaan Adam .

Kejadian manusia dari aspek spiritual


Penulis telah menegaskan sebelum ini bahawa hanya terdapat satu ayat sahaja yang
menghuraikan kejadian manusia pertama iaitu Adam di dalam Genesis. Bahagian pertama ayat
tersebut telah dikategorikan sebagai huraian kepada pembentukan manusia secara fizikal.
Manakala sebahagian yang lain telah menghuraikan dari aspek spiritual. Sebagaimana yang
diungkap di dalam Genesis ( 2: 7 ):
and breathed into his nostril the breath of life; and the man became a living being.
Dengan melihat kepada ungkapan di atas penulis mendapati terdapat dua komponen utama dalam
penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril mewakili badan atau body dan breath of life
mewakil roh atau spirit. Penjelasan ini amat ketara sebagaimana huraian yang terdapat di dalam
The Nature and Destiny of Man .
Dengan meneliti ayat di atas penulis tidak jelas dan tidak pasti sama ada ayat tersebut merupakan
huraian kepada proses terakhir penciptaan manusia atau sebaliknya. Ia amat berbeza
sebagaimana huraian yang dijelaskan dalam pendangan Islam terhadap peniupan roh ke dalam
jasad Adam. Di sini penulis membuat kesimpulan dengan berdasarkan huraian dalam Islam
sebagaimana huraian di perigkat peniupan roh bahawa, pada peringkat ini adalah peringkat
terakhir kejadian penciptaan Adam.
Di dalam menafsir ayat di atas didapati bahawa terdapat unsur anthropomorphic . Di dalam The
Genesis Record didapati seakan-akan Tuhan mempunyai pipi sehingga dapat

mengembungkannya dan seterusnya meniupkan roh (breath of life) ke dalam jasad Adam melalui
lubang hidung (nostril ). Ini menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai jasad sepertimana
manusia.
Berkenaan dengan jangkamasa penciptaan manusia pertama iaitu Adam, Genesis memaparkan
bahawa proses ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu satu hari. Ini dapat
dirujuk kepada Genesis ( 1:27 ). Penciptaan ini terjadi pada hari keenam sebelum Tuhan
beristirehat pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun al-Quran memaparkan bahawa proses
penciptaan manusia mengambil masa yang panjang.

Persamaan dan perbezaan al-Quran dan Pentetuech dalam penciptaan manusia


pertama
Dalam perbincangnan sebelum ini dengan jelas didapati bahawa terdapat hanya satu persamaaan
di antara al-Quran dan Pentatuech dalam penciptaan manusia. Kedua-duanya menyatakan
penciptaan manusia adalah daripada tanah. Walaubagaimanapun dalam perbincangan al-Quran
unsur tanah ini mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya sebagaimana yang
dihuraikan sebelum ini manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada tanah dan ia akan kembali ke
tanah selepas mati. Selain itu Ibn Kathir menyatakan unsur tanah ini adalah bermaksud tetap
pendirian dan ia juga adalah alternatif Allah ke atas zat tanah yang pada dasarnya tanah
mempunyai manfaat dan lebih baik daripada unsur lain yang wujud seperti api dan sebagainya .
Di dalam Evolution and Theologi, St. Augustine menerangkan bahawa perbincangan penciptaan
manusia adalah suatu yang tidak memberi manfaat. Ini adalah kerana mereka lebih
mengutamakan persoalan dari aspek Theologi yang membicarakan persoalan manusia dengan
Tuhannya .
Manakala dari segi perbezaan, penulis mendapati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara.
Di antaranya berkenaan proses keseluruhan penciptaan manusia. Di dalam al-Quran proses
penciptaan manusia ini dihurai dengan cara yang tersusun dan mempunyai peringkat-peringkat
tertentu. Dengan ini ia akan lebih mudah difahami dan diyakini.
Manakala huraian yang terdapat di dalam Pentatuech agak ringkas dengan penggunaan satu ayat
sahaja iaitu di dalam Genesis ( 2:7 ). Pada pandangan penulis ia sukar difahami dengan jelas
bukan sahaja kepada penganut agama lain malah penganut agama Kristian sendiri termasuk ahliahli Theologi mereka. Selain itu ia juga akan mengundang salah interpretasi terutama dalam
persoalan unsur tanah.
Perbezaan seterusnya adalah berkenaan dengan tempoh masa kejadian manusia. Walaupun
penulis masih belum dapat memastikan tempoh masa sebenar penciptaan manusia di dalam alQuran disebabkan masa yang terhad, tetapi yang pasti tempohnya mengambil masa yang panjang
iaitu 40 tahun sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
Ini adalah berdasarkan huraian di peringkat sebelum peniupan roh ke dalam jasad Adam
sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas dengan merujuk kepada kalimah yang
membawa maksud waktu daripada masa. Manakala di dalam Genesis dengan jelas menunjukkan

penciptaan manusia ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama satu hari sahaja iaitu
pada hari keenam. Ini dengan merujuk kepada Genesis ( 1: 27-31 ).
Penulis melihat bahawa adalah benar jika untuk mengatakan bahawa perbincangan mengenai
penciptaan manusia di dalam Bibble bukan suatu yang penting dan utama bagi masyarakat
Kristian. Ini adalah kerana ia tidak termasuk salah satu doktrin agama Kristian seperti Konsep
Triniti, Dosa Warisan, Salvation dan beberapa yang lain. Dalam Islam walaupun ia bukan
termasuk dalam perbincangan doktrin utama sekalipun, tetapi persoalan ini bersangkut paut
dengan kepercayaan dan keimanan terhadap kekuasaan Allah yang berkuasa untuk menentukan
apa sahaja yang diinginiNya.

AL-QURAN: KEASLIAN KALAM TUHAN


Pendahuluan
Al-Quran telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur sekitar dua
puluh tahun, dan ia masih lagi belum sempurna sebagai satu kitab. Sebagaimana yang diketahui
bahawa al-Quran atau wahyu diturunkan melalui pelbagai cara kepada Nabi Muhammad dan
juga kepada Nabi-nabi terdahulu . Di antaranya perantaraan malaikat Jibril , mimpi yang benar
dan ilham. Dalam proses penurunan ini Allah S.W.T memelihara dan menjamin supaya tidak
berlaku sebarang penyelewengan atau sesuatu unsur yang dapat mengggugat keaslian dan
kemurnian kalamNya selama-lamanhya. Sebagaimana fimanNya yang bermasksud:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar
memeliharanya Surah Al-Hijr(15):9
Dari perspektif al-Quran amat jelas bahawa tidak akan berlaku sebarang penyelewengan
terhadap wahyu atau al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul. Ini adalah kerana
ia dipelihara oleh Allah S.WT. Dalam huraian yang seterusnya penulis akan cuba melihat secara
ringkas dari aspek peralihan ayat-ayat al-Quran melalui cara penghafalan, pengumpulan dan
seterusnya proses pembukuan al-Quran. Di mana semua ini akan dapat membuktikan bahawa
kalam Tuhan yang diturunkan ini tetap asli dan terpelihara kemurniannya.

Proses Penghafalan dan Peralihan secara lisan


Peralihan ayat-ayat al-Quran secara lisan adalah berasaskan konsep hifz atau penghafalan. Pada
peringkat ini Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang pertama menghafal ayat-ayat al-Quran
atau wahyu yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan Maikat Jibril. Penulis merujuk
penjelasan ini sebagai mana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam beberapa ayt-ayat alQuran .
Pada peringkat seterusnya Nabi Muhammad S.A.W menerangkan tentang penurunan wahyu dan
mengarahkan para sahabat untuk menghafalnya. Pelbagai langkah dan usaha telah di ambil oleh
Rasulullah S.A.W untuk memastikan setiap ayat yang dihafal oleh para sahabat terus terpelihara.
Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Uthman bin Affan yang bermaksud:

Orang yang paling tinggi kedudukannya di antara kamu (Muslim) adalah mereka yang
mempelajari al-Quran dan mengajarnya.
Di samping itu para sahabat juga menggunakan ayat-ayat tersebut sebagai ayat bacaan di dalam
sembahyang. Pada peringkat ini para sahabat mendengar dengan tekun ayat yang dibaca oleh
Rasulullah S.A.W berulang kali dan kemudian mereka menghafalnya. Untuk memastikan
mereka tidak lupa, ia digunakan sebagai ayat bacaan di dalam sembahyang seharin. Selain
membacanya di dalam sembahyang Rasulullah S.A.W juga mendengar secara terus ayat-ayat
yang telah dihafal oleh para sahabat . Ini adalah untuk memastuikan ia tidak silap dan peralihan
daripadaNya melaui hafalan akan terus terpelihara.
Pada hakaikatnya lebih daripada dua puluh orang daripada kalangan mereka yang terkenal di
dalam Islam yang telah menghafal ayat-ayat al-Quran . Di anatara mereka ialah Abu Bakr,
Umar , Uthman, Ali, Ibn Masud, Abu Huraira, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin
alAs, Aisha, Hafsa Umm Salam dan lain lagi.
Pada peringkat ini penulis membuat kesimpulan awal bahawa proses penghafalan yang
dilakukan pada zaman awal penurunan al-Quran menunjukkan kepada kita bahawa ianya amat
terpelihara daripada sebarang unsur penyelewengan atau perubahan. Ini adalah kerana proses ini
telah diteliti oleh Rasulullah satu persatu serta menyemak dari bacaan penghafal sendiri. Tradisi
ini telah berlarutan di kalangan sahabat selepas kamatian Rasulullah, dan selepas itu di kalangan
tabiun dan ke semua generasi Muslim hingalah ke hari ini.

Proses Peralihan dalam bentuk Penulisan dan Dokumentasi


Suyuti di dalam Itqan telah menyatakan bahawa proses penulisan al-Quran telah dilakukan pada
zaman Rasulullah lagi tetapi proses pembukuan atau dokumentasi masih belum berjalan dengan
baik . Manakala proses seterusnya berlaku dengan sempurna ketika zaman Abu Bakr dan
Uthman.
Secara umum maksud pengumpulan al-Quran ini ialah
1. Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran secara lisan daripada penghafal al-Quran.
2. Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk penulisan di atas kertas mahupun buku.
Proses yang terakhir dilihat dalam sejarah pembukuan al-Quran adalah pada zaman Uthman
yang diketahui umum sebagai Mashaf Uthmani. Walaupun pada permulaannya terdapat sedikit
perbezaan dari segi pembacaan terutama mashaf yang terdapat di zaman Abu Bakr. Selepas
perbincangan dengan para sahabat mereka bersetuju untuk menyemek kembali Mashaf Abu Bakr
yang disimpan oleh Hafsa sebagaimana yang diriwayatkan Anas bin Malik di dalam Hadith .
Maka selepas itu Uthman meminta para sahabat seperti Zaid bin Thabit untuk menulis semula
ayar-ayat ini dalam keadaan yang sempurna dan dikenali sebagai Mashaf Uthmani.
Oleh yang demikian adalah amat jelas proses yang dipaparkan di atas menunjukkan bahawa
bagaimana ayat-ayat al-Quran it terus dipelihara dan dijaga daripada sebarang perubahan dan
penyelewengan bermula daripada penurunannya sehingalah dibukukan sebagaimana yang

digunakan olek seluruh umat islam di dunia. Pada hakikatnya keasl;ian dan kesahihan ayat-ayat
al-Quran sebagai kalam Allah yang asal tidak dapat dipertikikan lagi.
Keagungan dan keaslian kalam Allah ini bukan sahaja diakui oleh seluruh umat Islam tetapi
terdapat juga tokoh-tokoh Kristian yang mengakuinya, Sebagai contoh sebagaiman di dalam
buku Keagungan Dunia Terhadap Islam, seorang tokoh Kristian iaitu Paul Cassanova
mengatakan:
Bilamana saja Muhammad diminta sesuatu mukjizat sebagai bukti kebenaran ajarannya, dia
mengutip ayat-ayat al-Quran dengan keistimewaan sasteranya yang tiada tandingan, sebagi
bukti al-Quran itu datang dari Ilahi .

PENTATEUCH(TORAH) BUKAN KALAM TUHAN


Perspektif al-Quran
Pada bahagia ini penulis akan cuba mengemukakan hujah-hujah yang mengatakan bahawa
Pentateuch atau Torah adalah bukan kalam Allah yang asal sebagaimana yang diturunkan kepada
Nabi Musa.Ini adalah keran telah berlaku banyak penyelewengan terhadap sumber asal tesebut.
Penulis hanya akan merujuk kepada sumber utama iaitu al-Quran untuk menghuraikan persoalan
tersebut.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya(ada) petunjuk dan
cahaya(yang meneranngi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi
oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendetapendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka
menjadi saksi terhadapnya Surah al-Maidah (5): 44
Merujuk kepada ayat di atas al-Quran telah menerangkan bahawa Taurat ialah kitab yang
diturunkan(diwahyukan) Tuhan kepada Nabi Musa. Pada dasarnya kitab ini mengandungi
petunjuk, penerangan, hukum-hukum, peringatan dan juga nasihat bukan hanya untuk Nabi Musa
tetapi untuk seluruh bangsa Yahudi.
Manakala dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah memberi petunjuk kepada Musa dan Kami wariskan kepada Bani
Israil kitab petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran Surah alGhafir(40):53-54.
Dengan merujuk kepada ayat di atas maka dengan jelas menunjukkan bahawa pada hakikatnya
Taurat itu telah sempurna diwahyukan kepada Nabi Musa ebagai kalam Allah dan telah
diwariskan serta diajarkan kepada seluruh Bani Israil pada ketika Beliau masih hidup di dunia.

Tetapi dalam firman Allah yang seterusnya, telah dinyatakan pula sikap Bani Israil yang telah
dan berpaling daripada ajaran yang di bawa oleh Nabi Musa sehingakan mereka mengubah
perkataan yang terdapat di dalam Taurat seterusnya melupakan sebahagian peringatan Allah
kepada mereka. Allah berfirman yang bermaksud:
Maka dengan sebab mereka( Bani Israil) membatalkan janjinya, Kami laknat mereka dan
Kami jadikan hatinya keras; mereka mengubah-ubah perkataan dari tempatnya dan mereka
melupakan sebahagian dari apa yang telah diperingatkan kepada mereka dan engkau
sentiasa melihat pengkhianatan mereka kecuali sedikit di antaranya al-Maidah (5): 13
Terdapat juga beberapa ayat lain yang menerangkan bahawa Bani Israil ini telah melakukan
banyak perubahan di dalam Kitab Taurat asal sebagaimana yang telah diturunkan kepada Nabi
Musa. Di anataranya di dalam Surah al-Baqarah(2): 75, Surah an-Nisa(4): 46 dan Surah alMaidah(5): 41.
Selain daripada mengubah ayat-ayat yang terdapat di dalam Taurat, Bani Israil juga telah
mengarang kitab dengan tangan mereka dan seterusnya mengatakan bahawa kitab itu adalah
diutuskan oleh Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Maka celakalah bagi mereka yang menulis kitab dengan tangannya kemudian katanya: Ini
dari sisi Allah. Supaya dengan demikian mereka dapat menukarnya dengan harga yang
sedikit. Maka celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang telah ditulis tangannya dan
celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang diusahakannya Surah al-Baqarah(2): 79.
Penulis juga dapat menegaskan lagi bahawa Taurat kini adalah bukan kalam Allah sebagaimana
yang asal. Ini adalah kerana Bani Israil juga bukan sekadar mengubah dan mengarang tetapi
telah menyembunyikan sebahagian ayat-ayat di dalam Taurat. Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
Hai ahli kitab! Sesungguhya telah datang kepadamu Rasul Kami menerangkan kepada kamu
banyak di antara kitab yang telah kamui sembunyikan dan banyak yang dibiarkannya.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah penerangan dan kitab yang terang
Surah al-Maidah(5): 15.
Di dapati juga sebahagian cerdik pandai Yahudi melakukan pembohongan atau cuba
memutarbelitkan lidah mereka ketika membaca Taurat supaya orang akan menganggap apa yang
dibaca itu adalah dari kalam Tuhan. Tetapi pada hakikatnya mereka membaca atau
mengemukakan pandangan mereka sendiri. Allah telah menerangkan hal ini di dalam al-Quran
yang bermaksud:
Dan sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutarbelitkan lidahnya dengan
kitab supaya kamu kira dia darikitab sedang dia bukan dari kitab; dan kata mereka dia dari
sisi Allah sedang dia bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta atas Allah sedang
mereka mengetahui. Surah al-Imran(3):78)

Pada bahagian ini penulis ingin membuat kesimpulan awal bahawa dengan merujuk kepada
sumber utama iaitu al-Quran di dapati terdapat penerangan yang jelas bahawa Kitab Taurat yang
dipegang oleh Bangsa Yahudi kini adalah bukan kalam Allah dan hal ini bukan perkara baru
tetapi telah berlaku pada zaman Nabi Musa lagi. Ianya bermula dengan pengingkaran terhadap
ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka seterusnya berlaku beberapa penyelewengan
lain seperti melakukan perubahan pada Taurat, mengarang kitab dengan tangan mereka sendiri,
menyembunyikan sebahagian ayat-ayat Taurat, memutarbelitkan ketika membaca Taurat,
menyamakan kebenaran dengan kabatilan dan mereka juga telah menyembunyikan kebenaran
mengenai kenabian Nabi Muhammad S.A.W .
Oleh yang demikian kitab yang terdapat pada orang-orang yahudi mahupun Kristain kini yang
dianggap sebagai kitab suci tidak dapat diyakini lagi keaslian dan kesuciannya sebagai kala m
yang berasal dari Allah.

Perspektif Sarjana Kristian


Di dalam bukunya yang bertajuk Perbandingan Agama Kristen dan Islam, H.M. Arsyad Talib
Lubis telah mengemukakan bahawa terdapat pengakuan dari pihak Sarjana Kristian yang
mengatakan bahawa Taurat yang ada kini bukan Taurat yang asli sebagaimana yang mereka
dakwa. Beliau telah merujuk kepada huraian dua tokoh Kristian iaitu Dr. Mr. D.C.Mulder dan
Dr.H.Rosin.
Beliau menulis, Dr. Mr. D.C.Mulder mengatakan bahawa sebelum abad ke 19 ahli-ahli fikir
masih belum mampu berfikir kritis terhadap Alkitab dan tentang tradisi-tradisi mengenai
terjadinya Alkitab itu. Tetapi dengan tersebarnya konsep rasionalism pada abad ke 19 mereka
telah mula berubah dan mula menyelidiki tradisi-tradisi Alkitab secara kritis. Maka dengan
kajian yang telah dijalankan akhirnya mereka mendapati bukti-bukti yang lengkap yang tidak
boleh diragui kebenarannya bahawa Alkitab tidak dikarang pada zaman Nabi Musa. Walhal ia
dikarang pada zaman selepasnya. Walaubagaimanapun terdapat satu persoalan yang tidak dapat
jiwab oleh pengkaji-pengkaji tersebut iaitu berkenaan dengan siapakah pengarang asal kitan
tersebut. Sehingga kini persoalan itu masih belum terungkai . Walaubagaimanapun penulis tidak
mendapat informasi yang lengkap adakah sehingga abad ini persoalan tersebut masih belum
terjawab ataupun sebaliknya.
Manakala pandangan kedua iaitu daraipada Dr.H.Rosin, beliau mengatakan bahawa Taurat
bukan dikarang oleh Nabi Musa. Pada hakikatnya ia dikarang adalah sebagai hasil
perkembangan yang lama dan selesai sesudah masa pembuangan di Babel. Menurut beliau lagi
orang Yahudi dibuang ke Babel pada tahun 606 sebelum Jesus. Maka antara Nabi Musa dengan
pembuangan ke Babel lebih kurang 900 tahun kerana Nabi Musa hidup kira-kira 1500 tahun
sebelum Jesus. Maka kejadian-kejadian yang telah berlaku sesudah zaman Nabi Musa amat
mustahil ditulis ketika zaman atau ketika Nabi Musa masih hidup .

Perspektif kandungan: Keraguan di dalam Torah


Penulis kembali merujuk hujah yang dikemukakan oleh penulis buku yang sama iaitu
H.M.Arsyad Thalib Lubis. Pada kali ini beliau melihat dengan lebih mendalam ke dalam salah

satu kitab Taurat iaitu Deuteronomy (31: 24 26). Dalam huraian ini beliau merujuk kepada
ungkapan sudah habis disuratkan Musa segala firman torat ini dalam sebuah kitab sampai
tamatnya. Beliau mengatakan bahawa perkataan yang sedemikian tidak mungkin dijumpai di
dalam kitab yang ditulis oleh Nabi Musa. Ayat itu pada hakikatnya menunjukan seorang penulis
lain yang ingin menegaskan proses penulisan Kitab Taurat itu telah dilakukan oleh Nabi Musa.
Beliau menambah, dengan merujuk kepada ayat di atas didapati bilangan kitab Turat hanya satu
berdasarkan perkataan .sebuah kitab sampai tamatnya dan bukan lima buah sebagaimana
yang diketahui umum .
Maka di sini jelas bahawa terdapat hujah-hujah yang kukuh untuk mengatakan bahawa Kitab
Taurat yang ada kini bukan kalam Tuhan sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Musa
pada peringkat awalnya. Penulis tidak menafikan bahawa terdapat banyak lagi hujah-hujah yang
dapat membuktikan di mana Kitab Taurat ini bukan kalam Tuhan. Di sini penulis hanya
mengemukan dari sumber-sumber yang ditemui dalam masa yang terhad.

Kesimpulan
Setelah dikaji dan diteliti, penulis melihat bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara mengenai
isi kandungan al-Quran dan Pentateuch berhubung dengan isu penciptaan manusia pertama ini.
Pelbagai andaian telah ditemui di dalam Pentateuch dan ia berbeza dengan kupasan al-Quran
yang lebih detail dan teratur apabila berbicara mengenai sesuatu benda. Ini membuktikan
kebenaran al- Quran itu sebagai kalam Allah yang asli dan Pentateuch itu telah pun dirubah dan
diselewengkan.
Secara keseluruhannya, penulis melihat bahawa Adam adalah manusia pertama yang diciptakan
Allah dan sememangnya terdapat makhluk lain yang mendiami alam ini sebelum Adam
diutuskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jelasnya proses kejadian manusia
merupakan antara topik yang terkandung di dalam al-Quran dan juga Pentateuch, cuma ia
berbeza mengenai beberapa kriteria yang telah pun diselewengkan. Penulis berharap dengan
penjelasan yang ringkas ini akan memberi sedikit input kepada para pembaca sebagai jalan
permulaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang persoalan penciptaan manusia
ini.
_______________________

Rujukan:
Dr. Maurice Bucaille ialah seorang sarjana berbangsa Perancis yang telah menghabiskan
sebahagian besar masanya membuat kajian perbandingan kitab suci al-Quran, Injil dan Taurat
sebagai sumber ramalan ilmu sains dan ilmu pengetahuan moden lain.
Maurice Bucaille (1982), What Is The Origin of Man? The Answers of Science and The Holy
Scriptures. c. 8, Paris: Seghers, h.171.
Ibid.

al-Baqarah: 264, Ali Imran, an-Nahl: 59, al-Kahfi: 37, al-Ghafir:67, al-Rum:20, al-Fathir:11 dan
al-Rad.
Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu(punya)
keturunan dan masyaharah dan adalah Tuhan maha kuasa
Maurice Bucaille, What Is The Origin of Man?:, h.174.
Ibid.
Al-Qurtubiyy
Ibid., h.240.

(t.t),

Tafsir

al-Qurtubiyy.

j.1,

Qhirah:

Dr

al-Syab,

h.

86.

Lubnn,

h.

515.

Maurice Bucaille, What Is The Origin of Man?:, h.173.


Butrus al-Bustami (1983), Munkit al-Munhit. Beirut: Maktabah
Ab Hasan al-Tibris , Majma al-Bayn f Tafsir al-Qurn. , h.234.

Untuk maklumat lanjut lihat Muhammad al-Faqy (1979), Qiss al-Ambiy Ahdthuha wa
Ibruha. Maktabah Wahbah, h. 18.
Mahmd Syalabiyy (1987), Hayt dam. Beirut: Dr al-Jayl, h. 18.
Untuk maklumat lanjut lihat Genesis (1:1 25)
Ernest C. Messenger , Evolution and Theology. h. 108.
Ibid., h. 112.
Fredk A. Filby Creation Revealed. h. 118.
Ibid.
James M. Houstan (1980), I Believe in the Creator. Grand Rapids: Eermans Publishing
Company, h. 73.
Kebanyakan masyarakay Kristian mempercayai bahawa manusia adalah dicipta dari dua aspek
utama iaitu badan dan roh. Untuk maklumat lanjut lihat Reinhold Neibhnur (1941), The Nature
and Destiny of Man. j. 1, New York: Charles Scribners Son, h. 13.
Anthropomorphic bermaksud memperlakukan Tuhan sebagai manusia sama ada dari segi rupa
bentuk dan personaliti.
Lihat Hanry M. Morris, The Genesis Record. h. 85.

Ibn Kathir al-Bidayah wa al-Nihayah. j.1, h. 72.


Beliau adalah salah seorang ahli Theologi Kristian yang terkenal yang berusaha untuk
mengungkap dan mengupas kembali doktrin-doktrin Agama Kristian yang dibawa oleh St. Paul
terutama kepada kumpulan Gentile. Ini adalah kerana doktrin-doktri yang diajar oleh St.Paul
sukar difahami terutama dalam persoalan konsep Triniti.
Ernest C. Messenger, Evolution and Theology. h. 170.
Sebagaimana yang di firmankan oleh Allah dalam Surah al-Insan (76: 1) yang bermaksud
Bukankah telah dating atas manusiasatu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum
merupakan sesuatu yang dapat disebut?
Lihat Surah An-Nisa(4):163-165
Lihat Surah al-Baqarah(2):97
Lihat Surah As-Shaffat(37):102
Lihat
Surah
Bukhari, VI, No.546.

al-Qiyamah(75):16-19;

Surah

al-Bayyinah(98):2

Lihat Bukhari,VI, No.106.


Suyuti (1973), al-Itqan fi ulum al-quran.j. 2, Beirut: Maktab al-thaqafiyya, h. 124.
Ibid., h.41.
Lihat Bukhari, VI, No. 510.
M. Hashem, KeagunganDunia Terhadap Islam ,h.48.
Lihat Surah al-Imran(3): 78.
Lihat Surah al-Imran(3): 71.
Lihat Syrah al-Baqarah(2): 146.
H.M.Arsyad Thalib Lubis (1969), Perbandingan Agama Kristen dan Islam. Medan, h.333.
Ibid.
Ibid., h.333 334.

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark

More

Like this:
Like Loading...
Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: kejadian manusia | Leave a Comment

LAPISAN-LAPISAN ATMOSFERA
Posted on August 31, 2012 by irfanirsyad

Oleh: Harun Yahya


Satu fakta tentang alam semesta sebagaimana dinyatakan dalam Al Quran adalah bahwa langit
terdiri atas tujuh lapis.
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al Quran, 2:29)
Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia
menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit
urusannya. (Al Quran, 41:11-12)
Kata langit, yang kerap kali muncul di banyak ayat dalam Al Quran, digunakan untuk
mengacu pada langit bumi dan juga keseluruhan alam semesta. Dengan makna kata seperti ini,
terlihat bahwa langit bumi atau atmosfera terdiri dari tujuh lapisan.

Saat ini benar-benar diketahui bahwa atmosfir bumi terdiri atas lapisan-lapisan yang berbeda
yang saling bertumpukan. Lebih dari itu, persis sebagaimana dinyatakan dalam Al Quran,
atmosfera terdiri atas tujuh lapisan. Dalam sumber ilmiah, hal tersebut diuraikan sebagai berikut:
Para ilmuwan menemukan bahwa atmosfer terdiri diri beberapa lapisan. Lapisan-lapisan tersebut
berbeda dalam ciri-ciri fisik, seperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan atmosfer yang terdekat
dengan bumi disebut TROPOSFERA. Ia membentuk sekitar 90% dari keseluruhan massa
atmosfer. Lapisan di atas troposfer disebut STRATOSFER.A LAPISAN OZON adalah bagian
dari stratosfer di mana terjadi penyerapan sinar ultraviolet. Lapisan di atas stratosfer disebut
MESOSFERA. . TERMOSFERA berada di atas mesosfer. Gas-gas terionisasi membentuk suatu
lapisan dalam termosfer yang disebut IONOSFERA. Bagian terluar atmosfer bumi membentang
dari sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini dinamakan EKSOSFERA. (Carolyn Sheets,
Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton,
Massachusetts, 1985, s. 319-322)
Jika kita hitung jumlah lapisan yang dinyatakan dalam sumber ilmiah tersebut, kita ketahui
bahwa atmosfera tepat terdiri atas tujuh lapis, seperti dinyatakan dalam ayat tersebut.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Troposfera
Stratosfera
Ozonosfera
Mesosfera
Termosfera
Ionosfera
Eksosfera

Keajaiban penting lain dalam hal ini disebutkan dalam surat Fushshilat ayat ke-12,
Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.
Dengan kata lain, Allah dalam ayat ini menyatakan bahwa Dia memberikan kepada setiap langit
tugas atau fungsinya masing-masing. Sebagaimana dapat dipahami, tiap-tiap lapisan atmosfir ini
memiliki fungsi penting yang bermanfaat bagi kehidupan umat manusia dan seluruh makhluk
hidup lain di Bumi. Setiap lapisan memiliki fungsi khusus, dari pembentukan hujan hingga
perlindungan terhadap radiasi sinar-sinar berbahaya; dari pemantulan gelombang radio hingga
perlindungan terhadap impak meteor yang berbahaya.
Atmosfera bumi memiliki 7 lapisan. Lapisan terendah dinamakan troposfir. Hujan, salju, dan
angin hanya terjadi pada troposfera.
Adalah sebuah keajaiban besar bahwa fakta-fakta ini, yang tak mungkin ditemukan tanpa
teknologi canggih abad ke-20, secara jelas dinyatakan oleh Al Quran 1.400 tahun yang lalu.

Perkongsian Artikel:

Google

Bookmark
More

Like this:
Like Loading...
Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: keajaiban al-quran, kebesaran Allah, lapisan
atmosfera, tujuh lapisan langit | Leave a Comment

PROSES PENCIPTAAN ALAM SEMESTA DALAM


ENAM MASA
Posted on March 19, 2012 by irfanirsyad
Oleh: Dr. T. Djamaluddin

Pembentukan alam semesta dalam enam masa, sebagaimana disebutkan AlQuran atau kitab lainnya, sering menimbulkan permasalahan. Sebab, enam
masa tersebut ditafsirkan berbeda-beda, mulai dari enam hari, enam

periode, hingga enam tahapan. Oleh karena itu, pembahasan berikut


mencoba menjelaskan maksud enam masa tersebut dari sudut pandang
keilmuan, dengan mengacu pada beberapa ayat Al-Quran.
Dari sejumlah ayat Al-Quran yang berkaitan dengan enam masa, Surat AnNaziat ayat 27-33 di atas tampaknya dapat menjelaskan tahapan enam
masa secara kronologis. Urutan masa tersebut sesuai dengan urutan
ayatnya, sehingga kira-kira dapat diuraikan sebagai berikut:

Masa I (ayat 27): Penciptaan Langit Pertama Kali


Pada Masa I, alam semesta pertama kali terbentuk dari ledakan besar yang
disebut big bang, kira-kira 13.7 milyar tahun lalu. Bukti dari teori ini ialah
gelombang mikrokosmik di angkasa dan juga dari meteorit.
Awan debu (dukhan) yang terbentuk dari ledakan tersebut (gambar 1a),
terdiri dari hidrogen. Hidrogen adalah unsur pertama yang terbentuk ketika
dukhan berkondensasi sambil berputar dan memadat. Ketika temperatur
dukhan mencapai 20 juta derajat celcius, terbentuklah helium dari reaksi inti
sebagian atom hidrogen. Sebagian hidrogen yang lain berubah menjadi
energi berupa pancaran sinar infra-red. Perubahan wujud hidrogen ini
mengikuti persamaan E=mc2, besarnya energi yang dipancarkan sebanding
dengan massa atom hidrogen yang berubah.
Selanjutnya, angin bintang menyembur dari kedua kutub dukhan, menyebar
dan menghilangkan debu yang mengelilinginya. Sehingga, dukhan yang
tersisa berupa piringan, yang kemudian membentuk galaksi (gambar 1b dan
c). Bintang-bintang dan gas terbentuk dan mengisi bagian dalam galaksi,
menghasilkan struktur filamen (lembaran) dan void (rongga). Jadi, alam
semesta yang kita kenal sekarang bagaikan kapas, terdapat bagian yang
kosong dan bagian yang terisi (gambar 1d).

Gambar 1a) awan debu (dukhan)


yang terbentuk akibat big bang

Gambar 1b) hembusan angin


bintang dari kedua kutubnya

Gambar 1c) galaksi yang


terbentuk dari piringan bintang-bintang dan gas-gas pembentuknya

Gambar 1d) struktur filamen dari


alam semesta yang bagaikan kapas

Masa II (ayat 28): Pengembangan dan Penyempurnaan


Dalam ayat 28 di atas terdapat kata meninggikan bangunan dan
menyempurnakan. Kata meninggikan bangunan dianalogikan dengan
alam semesta yang mengembang, sehingga galaksi-galaksi saling menjauh
dan langit terlihat makin tinggi. Ibaratnya sebuah roti kismis yang semakin
mengembang, dimana kismis tersebut dianggap sebagai galaksi. Jika roti
tersebut mengembang maka kismis tersebut pun akan semakin menjauh
(gambar 2).

Gambar 2) model roti kismis untuk


menggambarkan mengembangnya alam semesta
Mengembangnya alam semesta sebenarnya adalah kelanjutan big bang.
Jadi, pada dasarnya big bang bukanlah ledakan dalam ruang, melainkan
proses pengembangan alam semesta. Dengan menggunakan perhitungan
efek doppler sederhana, dapat diperkirakan berapa lama alam ini telah
mengembang, yaitu sekitar 13.7 miliar tahun.
Sedangkan kata menyempurnakan, menunjukkan bahwa alam ini tidak
serta merta terbentuk, melainkan dalam proses yang terus berlangsung.
Misalnya kelahiran dan kematian bintang yang terus terjadi. Alam semesta
ini dapat terus mengembang, atau kemungkinan lainnya akan mengerut.

Masa III (ayat 29): Pembentukan Sistem Suria termasuk


Bumi

Gambar 3) reaksi nuklir yang menjadi sumber


energi bintang seperti Matahari
Surat An-Naziayat 29 menyebutkan bahwa Allah menjadikan malam yang
gelap gulita dan siang yang terang benderang. Ayat tersebut dapat
ditafsirkan sebagai penciptaan matahari sebagai sumber cahaya dan Bumi

yang berotasi, sehingga terjadi siang dan malam. Pembentukan tata surya
diperkirakan seperti pembentukan bintang yang relatif kecil, kira-kira
sebesar orbit Neptunus. Prosesnya sama seperti pembentukan galaksi
seperti di atas, hanya ukurannya lebih kecil.
Seperti halnya matahari, sumber panas dan semua unsur yang ada di Bumi
berasal dari reaksi nuklir dalam inti besinya (gambar 3). Lain halnya dengan
Bulan. Bulan tidak mempunyai inti besi. Unsur kimianya pun mirip dengan
kerak bumi. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, disimpulkan bahwa Bulan
adalah bagian Bumi yang terlontar ketika Bumi masih lunak. Lontaran ini
terjadi karena Bumi bertumbukan dengan suatu benda angkasa yang
berukuran sangat besar (sekitar 1/3 ukuran Bumi). Jadi, unsur-unsur di
Bulan berasal dari Bumi, bukan akibat reaksi nuklir pada Bulan itu sendiri.

Masa IV (ayat 30): Awal Mula Daratan di Bumi


Penghamparan yang disebutkan dalam ayat 30, dapat diartikan sebagai
pembentukan superkontinen Pangaea di permukaan Bumi.
Masa III hingga Masa IV ini juga bersesuaian dengan Surat Fushshilat ayat 9
yang artinya,
Katakanlah: Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang
menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu
bagi-Nya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam.

Gambar 4) daratan Pangaea


yang merupakan asal mula semua daratan di Bumi

Masa V (ayat 31): Pengiriman Air ke Bumi Melalui Komet

Gambar 5) ilustrasi komet yang


membawa unsur hidrogen sebagai pembentuk air di Bumi
Dari ayat 31 di atas, dapat diartikan bahwa di Bumi belum terdapat air
ketika mula-mula terbentuk. Jadi, ayat ini menunjukan evolusi Bumi dari
tidak ada air menjadi ada air.
Jadi, darimana datangnya air? Air diperkirakan berasal dari komet yang
menumbuk Bumi ketika atmosfer Bumi masih sangat tipis. Unsur hidrogen
yang dibawa komet kemudian bereaksi dengan unsur-unsur di Bumi dan
membentuk uap air. Uap air ini kemudian turun sebagai hujan yang
pertama. Bukti bahwa air berasal dari komet, adalah rasio Deuterium dan
Hidrogen pada air laut, yang sama dengan rasio pada komet. Deuterium
adalah unsur Hidrogen yang massanya lebih berat daripada Hidrogen pada
umumnya.
Karena semua kehidupan berasal dari air, maka setelah air terbentuk,
kehidupan pertama berupa tumbuhan bersel satu pun mulai muncul di
dalam air.

Masa VI (ayat 32-33): Proses Geologis serta Lahirnya


Haiwan dan Manusia

Gambar 6) gunung sebagai pasak Bumi


Dalam ayat 32 di atas, disebutkan gunung-gunung dipancangkan dengan
teguh. Artinya, gunung-gunung terbentuk setelah penciptaan daratan,
pembentukan air dan munculnya tumbuhan pertama. Gunung-gunung
terbentuk dari interaksi antar lempeng ketika superkontinen Pangaea mulai
terpecah. Proses detail terbentuknya gunung dapat dilihat pada artikel
sebelumnya yang ditulis oleh Dr.Eng. Ir. Teuku Abdullah Sanny, M.Sc
tentang fungsi gunung sebagai pasak bumi.
Kemudian, setelah gunung mulai terbentuk, terciptalah hewan dan akhirnya
manusia sebagaimana disebutkan dalam ayat 33 di atas. Jadi, usia manusia
relatif masih sangat muda dalam skala waktu geologi.
Jika diurutkan dari Masa III hingga Masa VI, maka empat masa tersebut
dapat dikorelasikan dengan empat masa dalam Surat Fushshilat ayat 10
yang bermaksyd,
Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di
atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar
makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan
itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya.
Demikianlah penafsiran enam masa penciptaan alam dalam Al-Quran, sejak
kemunculan alam semesta hingga terciptanya manusia. Wallahu alam
bisshowab.
________________________________________
Sumber: misykatulanwar.wordpress.com

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Like Loading...
Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: kejadian alam, kejadian alam semesta | Leave a
Comment

ANAI-ANAI MENGENALI AYAT AL-QURAN BERUSIA


100 TAHUN
Posted on March 11, 2012 by irfanirsyad

Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini
telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk
terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anaianai tersebut.

Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Klik Gambar Untuk


Lebih Jelas

Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk
Tappachabutra, Hyderabad.
Dalam Al-Quran surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar
memeliharanya.
Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain menurunkan dan
mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.
Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat
Daripada Saidina Ali r.a :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Awaslah! Sesungguhnya
akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar. Aku bertanya: Apakah caranya untuk
menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah? Baginda menjawab: (Caranya ialah
berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat
yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta
hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang
menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok;
sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut
hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya
akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah
pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).
Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang
tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan
bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak
merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan

kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulangulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang
menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga
mereka memujinya dengan berkata: Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang
menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. (Demikian
juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan
pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah
keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya,
sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus. (Saidina Ali r.a)
Firman Allah Taala Yang Bermaksud:
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan
gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan
bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal
: Ayat 2 )
Subhanallah, Wallahualam.
Sumber: http://hasnulhadiahmad.com

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Like Loading...
Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: al-quran | Leave a Comment

SAINTIS BUKTIKAN NABI MUSA MEMBELAH


LAUT MERAH
Posted on March 7, 2012 by irfanirsyad

Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi


Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala
tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal
ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori
angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube).
Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran
Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zamanAhmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku.
Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10

Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza
dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat
bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi
menolak ajaran al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di
Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10
Muharram). Baginda bertanya; Hari apa yang kamu puasa ini? Jawab
Yahudi: Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan
kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa
pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.
Sabda Nabi SAW: Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada
kamu. Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. AtTirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda
bersabda: Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi.
Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak.
(Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh
Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat
atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat
dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian
juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita
membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air
lagun (kiri) dan sungai (kanan) berpusing dan membentuk dinding air

dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) Saintis-saintis di AS


membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang
diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar
semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari
Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak
bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan
menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel
terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut
di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil
mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali
sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu
menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan
angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8
kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan
lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi
melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa
meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan
darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas
angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal
seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library
of Science ONE. Agensi
______________________________________
sumber: http://halimislam.blogspot.com

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Like Loading...
Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: al-quran dan sains, firaun, laut merah, Nabi Musa
| Leave a Comment

MENGAPA BERWUDUK?
Posted on February 24, 2012 by irfanirsyad

Umatku (kelak di hati kiamat) akan dipanggil


putih bersinar kerana bekas wuduknya (di dunia dahulu). diriwayatkan oleh Bukhari
Wuduk diambil untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, kita diajar setiap
kali ingin belajar atau memulakan pembelajaran seeloknya ada wuduk. Kita digalakkan untuk
menjaga wuduk sentiasa supaya tidak terbatal. Sebagai seorang muslim, pastinya kita akan
melakukannya kerana di ajar dalam Islam. Namun, semakin kita jauh dari zaman Rasulullah
s.a.w, semakin kita lalai menjaga perkara yang satu ini. Wuduk di ambil sambil lewa, tidak
diratakan keseluruh bahagian anggota wuduk dengan betul. Di sini, saya ingin berkongsi dengan
para pembaca kaitan antara wuduk dengan kesihatan dari buku Mengapa Rasulullah Tidak
Pernah Sakit.

Untuk menceritakan berkenaan fakta kulit kita, artikel ini akan menjadi sangat panjang untuk
pembaca. Jadi, saya hanya akan berkongsi berkenaan anggota wuduk sahaja:

Mencuci tangan
Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan
dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang
menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza
yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan
tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci
tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan
mencuci kedua belah tapak tangan.

Berkumur
Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa
makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan
penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa
permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan
mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan
pharyng.
Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada
tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui
aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal dan myokarditis adalah radang pada otot
jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin
bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan

maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral

hygiene iaitu kebersihan mulut.

Istinsyaq
Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut
pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung.
Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada
tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian
nasopharyng yang tersembunyi.
Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak
melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila
melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin
tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.

Membasuh muka
Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan
oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya
mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga
dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu
matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan
ini antara punca kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki

Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi
anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding
bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu,
tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.
Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan
saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu
menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan
tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak
tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang
menyuapkan makanan ke mulut.
Fakta-fakta ini saya ambil dari buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. Saya harap
dengan perkongsian ilmu ini dapat kita muhasabah diri. Teliti semula cara kita mengambil
wuduk selama ini adakah sempurna atau tidak. Perbetulkan jika masih berlaku kesalahan.
Belajar lah dari yang berilmu jika tidak fasih dengan cara mengambil wuduk anda.
Sumber: http://www.fikrahislam.com/
_____________________________________

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von


Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang
menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi,
tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di
sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu
bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan
memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama
Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara
kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan,
kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan bendabenda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang
dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah
diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan
membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip
mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana
sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk
melakukan dosa.

Organ tubuh yang


menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga
siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa
yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan
bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu
dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (maa akhir
qathr al-ma).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya
tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara
fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya
diri sebagai orang yang bersih dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan,
seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra
wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w


Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada
kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang
sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali.

Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan
tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang
sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka
sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh
tangan hingga ke paras siku dua kali.
Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya
dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan
kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu
beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk . (Muslim )
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang
dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerjakerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada
kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifatsifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang
telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahualam.
Sumber: http://supermilan.wordpress.com

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Like Loading...
Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: wuduk | 2 Comments

KEAJAIBAN KAABAH DAN


MAKKATUL MUKARRAMAH
Posted on February 18, 2012 by irfanirsyad

Berjuta umat Islam seluruh dunia datang ke Makkah pada setiap tahun untuk mengerjakan Haji,
Umrah dan juga Ziarah. Tidak ada agama lain yang punya kota suci sehebat Makkah!!







Firman Allah SWT: Kami akan perlihatkan kepada mereka tandatanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (segala ufuk-ufuk
dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah
benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan
belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53).
Makkah, iaitu kota suci bagi umat Islam bukan saja menjadi pusat ibadah, ia
adalah pusat bagi planet bumi ini. Ketika saya masih bujang lagi, saya ada
membaca sebuah kitab lama yang mencatat bahawa planet bumi ini pada
asalnya dipenuhi air. Tapak Kaabah itu adalah kerak bumi yang mula-mula
sekali muncul di permukaan lautan, kemudian barulah muncul tanah-tanah
yang lain hingga menjadi benua-benua. Itu catatan kitab lama. Akhir-akhir
ini pakar-pakar Muslim telah menimbulkan semula perkara itu dan telah
menghujahkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Sila baca seterusnya.

MAKKAH SEPINTAS LALU


MAKKAH Al-Mukarramah adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi
Muhammad. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi
tanda kebesaran Allah. Makkah adalah kota paling suci di bumi ini serta
paling dicintai Allah dan rasulNya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi
Muhammad dan pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.
Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar
Rasulullah bersabda, maksudnya:
Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik
dan yang sangat dicintai olehNya. Andai kata aku tidak diusir dari
kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu). (Hadis riwayat
Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidzi).
Ibn Abbas pula berkata: Rasulullah bersabda:
Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang
paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu,
aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang
lain.
Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai
nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah,
Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah AlTayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan
kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain.
Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam
sedunia, menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar
bagi umat Islam sepanjang masa. Setiap umat Islam menghadapkan muka
ke arah kiblat sekurang- kurangnya lima kali sehari semalam. Ia menjadi
tempat untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.
Kehebatan dan keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam
sejarah Islam dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah
dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik. Hal ini dibuktikan oleh
profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang mencuba satu
kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. (Berita
Harian 21 December 2004)

KIBLAT WAKTU, BUKAN SAJA KIBLAT SOLAT

MAKKAH berada hampir dengan Laut Merah. Tanah Arab merupakan


semenanjung, sebagaimana kedudukan Tanah Melayu..
Pada 21 April 2004 di Doha, Qatar, telah berlangsung satu persidangan
ilmiah yang penting bagi dunia Islam. Sebilangan para sarjana dan ulama
Islam telah membincangkan kemungkinan untuk mengubah hitungan waktu
(masa) yang selama ini menjadikan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai
meridian sifar, lalu menjadikan Makkah sebagai kiblat hitungan waktu,
maksudnya Makkah akan menjadi meridian sifar menggantikan bandar
Greenwich.
The Mecca Time concept asserts that Mecca, the holiest city of Islam
located in Saudi Arabia on the surface of the Earth, is the true center
of the Earth, and thus should replace the Greenwich Meridian (GMT).
The demand was made by Sheikh Yusuf al-Qaradawi and other
Muslim scientists and clerics meeting in Doha, Qatar on April 21,
2008 for a conference titled Mecca: the Center of the Earth, Theory
and Practice. The conference sought to promote Ijaz al-Koran
the belief and growing trend amongst Muslims that the Koran, the
central Islamic religious text reveals many scientific facts.
(en.wikipedia.org)
Persidangan ilmiah bersejarah itu telah dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi.
Ianya diberi nama Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice.
Turut hadir ialah pakar geologi Mesir, Dr Zaglur Najjar yang juga pensyarah

geologi di Universiti Wales, Britain, dan Ir Yaseen Shaok, saintis yang


menjadi pelopor jam Makkah.
Persidangan itu menyeru umat Islam sedunia menjadikan Makkah,
khususnya Kaabah yang berada di 21 darjah 25 minit latitud (garis lintang
utara) dan 39 darjah 50 minit longitud (garisan bujur timur) sebagai titik
awal hitungan waktu. Sebabnya jelas iaitu menurut kajian ilmiah, Makkah
adalah PUSAT BUMI.
The conference revived a decades-old controversial issue,
contending that the Greenwich Meridian was imposed by Britain
and Western civilization during the colonial period and that Islam,
unlike other religions in their view, does not contradict science. One
of the contentions was that unlike other longitudes, Mecca was in
perfect alignment with the magnetic north. Muslim clerics hail this
as evidence of the greatness of the qibla the direction
determined to be towards Mecca that Muslims across the world must
turn towards while reciting prayers. Expostulated by Yasin a-Shouk,
the Switzerland-based inventor of Palestinian origin said it runs anticlockwise in the direction of Tawaf, the rotation around the holy site
of Kaaba within the Masjid Al-Haram in Mecca. The Mecca watch
(Saat Makkah) is promoted to help Muslims determine the direction
of Mecca from any point on Earth for purposes of daily prayers.
(en.wikipedia.org)
Kajian tersebut telah dilakukan oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din
Ibrahim, ilmuwan yang berasal dari Mesir, yang diterbitkan di The Egyptian
Scholars of The Sun and Space Research Center. Pusat penelitian yang
berpusat di Kaherah, Mesir itu telah melakar peta baru dunia.

Di dalam peta dunia itu terlukis garisan-garisan menghubungkan kota-kota


di pelusuk dunia ke arah Makkah. Dengan menggunakan perkiraan
matematik dan kaedah spherical triangle (bebola segitiga), Hosien
menyimpulkan kedudukan Makkah berada di pusat daratan bumi (kerak
bumi).
Dalam ertikata lain, Makkah, tempat Kabah berada telah disimpulkan
sebagai PUSAT BUMI. Ini sekaligus membuktikan bahawa daratan bumi
berkembang dari Makkah. Adalah menarik untuk direnungkan pada
fenomena bahawa setiap tahun jutaan umat Islam sedunia mendatangi
Kabah di Makkah untuk melaksanakan haji. Ketika tawaf, jutaan umat Islam
mengelilingi Kabah, dengan arah berlawanan jarum jam. Arah itu
bertentangan dengan putaran waktu hitungan Greenwich.
The (Qatar) meeting also reviewed what has been described as a
Mecca watch, the brainchild of a French Muslim. The watch is said to
rotate anti-clockwise and is supposed to help Muslims determine the
direction of Mecca from any point on Earth. (BBC News)
Penelitian menggunakan program komputer oleh Hosien itu sebelumnya
pernah dilakukan menggunakan perhitungan matematik oleh ilmuwan Islam,
Abi Fadlallah Al-Emary, yang meninggal dunia pada 749 H. Peta itu
kemudian diabadikan di dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mamalik Al
Amsar.

Peta yang menggariskan arah kiblat, Makkah, juga telah dilakar oleh pemikir
Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia pada 958 H), menggunakan hitungan
astronomi. Hasil kajian dua ilmuwan itu juga membuktikan bahawa Makkah
adalah PUSAT BUMI.
Dalam persidangan di Doha, salah seorang pembahas telah menjelaskan
bahawa Makkah berada di titik lintang yang sejajar dengan titik magnetik
Kutub Utara. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana kota lain di dunia
hatta Greenwich sendiri walaupun ia dijadikan sebagai meridian sifar.
Siapakah yang menetapkan Greenwich sebagai Meridian sifar? Ia adalah
Britain, yang pada waktu itu (tahun 1884) merupakan kuasa besar kolonial
dunia. Kini Britain hanyalah sebuah negara biasa, dan sangat wajar jika
Makkah menggantikan Greenwich kerana kedudukanya yang telah terbukti
secara
ilmiah
sebagai
PUSAT
BUMI.
Dr Yusuf Qaradhawi yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Islam
Antarabangsa menggalakkan dunia Islam menjadikan Makkah sebagai titik
awal perhitungan waktu menggantikan Greenwich. Qaradhawi menjelaskan
mengapa Allah SWT menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat umat Islam di
muka bumi.
Kajian ilmiah moden itu (oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din
Ibrahim) meneguhkan kemuliaan kiblat umat Islam. Juga
menegaskan lagi teori bahawa Makkah adalah pusat bumi. Ini
adalah sama dengan penegasan jati diri keislaman serta
mengangkat tinggi kemuliaan umat Islam atas agama, umat, dan
peradabannya, ujar Qaradhawi.
Persidangan di Qatar merupakan sebahagian dari usaha dunia Islam mencari
bukti saintifik dari Al-Quran. Idea dasarnya adalah bahawa kebenaran
ilmiah sudah termaktub dalam Al-Quran, dan tugas para ilmuwan ialah
mencari bukti-bukti yang sudah diterangkan dalam Al-Quran tersebut.

BARAT MENENTANG IDEA INI


Saya telah meneliti beberapa forum di internet. Ternyata sebilangan individu
Barat agak emosional dari segi ini. Mereka bukan hanya tidak bersetuju
Makkah dijadikan meridian sifar, malah telah memburukkan Islam. Pada
hemat saya, mereka perlu membezakan antara agama dan penemuan
saintifik. Jika mereka tidak mahu menerima Islam, mereka tidak wajar
menolak bukti saintifik lantaran bias ini.

Masjidil Haram dan Kaabah dilihat menerusi satelit (perisian Google Earth)
Seorang ahli astronomi Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto,
menyatakan bahawa pembahagian waktu bermula dari Makkah tidak
menjadi masalah. Itu membuat budaya baru di tengah kemapanan sistem
yang sudah ada, katanya.
Pihak-pihak yang menentang menyatakan bahawa selama ini seluruh
kegiatan di dunia merujuk pada waktu Greenwich. Mulai dari transaksi
perbankan, perhitungan waktu di internet, dunia penerbangan, setting jam
di kilang-kilang, seluruhnya merujuk perhitungan waktu Greenwich.
Sebarang usaha untuk mengubahnya memerlukan perubahan dan dana
yang besar.
Makkah sebenarnya memang telah menjadi perhatian dunia, bukan hanya
oleh umat Islam dan bukan hanya ketika ibadah haji berlangsung. Jika
Makkah menjadi meridian sifar, ia merupakan berita baik untuk umat Islam.
Kata Moedji Arah kiblat merupakan garis spiritual karena semua manusia
tertuju ke sana. Moedji juga berpendapat bahawa menyatukan perhitungan
waktu berdasarkan Makkah boleh dilakukan, Dari segi matematik itu bisa
dilakukan. (islamonline)

MAKKAH DAN GOLDEN RATIO

Untuk memahami mengenai apakah Golden Ratio atau Golden Mean, sila
baca artikel Hasil Kajian: Rahsia Golden Ratio Alam Semesta Terbongkar.
Sebuah video yang memaparkan penemuan Erdem Cetinkaya mengenai
kedudukan Makkah yang menurut kajiannya berada TEPAT di posisi Golden
Mean 1.618. This discovery is made by the 3d graphic artist, director who
made some works that are world-wide famous, Erdem Cetinkaya. Right now
his work of documentary-movie which includes the miracle of Kaaba and the
miracles named Holy Mysteries.
Cetinkaya mendapati bahawa jika dibahagikan jarak Makkah dari noktasina
Kutub Utara (7631.68 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub
Selatan (12348.32 kilometer) adalah TEPAT 1.618.Selanjutnya, jika
dibahagikan jarak antara noktasina Kutub Utara dan Kutub Selatan
(19980.00 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan
(12348.32) maka jawapannya juga TEPAT 1.168.
Dengan menggunakan sebuah perisian grafik pula, beliau mendapati bahawa
arak garis lintang antara Makkah ke garis ekuinoks Timur dan Barat juga
punya nisbah TEPAT 1.618. Beliau juga telah mengukur garis silang dari
Makkah hingga ke garis ekuinoks dan mendapati bahawa ia juga punya
Golden Ratio 1.618

GOLDEN RATIO VS PUSAT BUMI


Setakat ini anda sudah membaca dua maklumat yang utama. Pertama:
Makkah sebagai PUSAT BUMI. Kedua: Makkah berada di kedudukan Golden
Ratio. Para skeptik mungkin berkata: Mengapakah dua fakta ini
bercanggah? Bukankah pusat itu berada di tengah-tengah?.
Maka sebagai permulaan, kita jawab: Perhatikan pusat (navel) anda
sendiri. Dia berada di tengah tubuh anda, dan dia berada di Golden Mean
The bottom the the girdle (waist-band) is also at a golden section point for
the whole figure from the top of the head to the soles of the feet this is
also the position of the navel in the human body.. (www.mcs.surrey.ac.uk).
Maka andai para skeptik mahu menolak hakikat ini, mereka perlulah ubah
pendirian seluruh manusia di dunia bahawa pusat (navel) bukan berada di
tengah-tengah tubuh. Janin menerima makanan (nutrition) melalui pusat
itu, lalu mengalami proses tumbesaran.

Unjuran Craig Retro-Azimuthal

Peta Unjuran Craig Retroazimuthal menunjuk titik merah adalah Makkah yang menjadi pusat
peta Unjuran.
Peta unjuran Craig Retroazimuthal telah dicipta oleh James Ireland Craig
pada tahun 1909. Ia adalah unjuran silinder merujuk kepada arah dari
mana-mana tempat lain, tempat yang telah ditetapkan pada masa yang
sama mengelakkan beberapa herotan unjuran Retroazimuthal Hammer. Ia
kadang-kala dikenali sebagai unjuran Makkah kerana Craig yang pernah
bekerja di Mesir sebagai cartographer, mencipta unjuran untuk membantu
umat Islam mencari kiblat.

Unjuran Equidistant Azimuthal

Unjuran Azimuthal Equidistant


Unjuran Equidistant Azimuthal, berpusat pada Mekah, dan garis hijau
menunjukkan Kiblat (arah terpendek ke Kaabah di Mekah, 21 25 21 N,
39 49 34 E) masalah dengan unjuran ini yang menunjukkan dengan
betul arah DARI Mekah, tetapi tidak arah Mekah, yang merupakan apa yang
perlu
tahu
ke
arah
mana
untuk
bersolat.
Sumber:
http://www.geog.ucsb.edu/events/department-news/739/the-geography-ofprayer/

AYAT DALIL MENGENAI MAKKAH







Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia
(beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang

berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. - Ali


Imran: 96

Anda mungkin juga menyukai