Anda di halaman 1dari 41

CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA SELATAN

Salam Doktor! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor
datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah?
Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program
kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini? Begitulah di antara teks
ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera
Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.
Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi
undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai
perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

Seoul, Ibu kota


Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di
dunia.
Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya
bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan
mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi
jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya
mencecah 5C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Seoul Central Mosque, Itaewon.

mula
yang
pada
yang

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya


memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central
Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam
dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di
tengah-tengah ibu kota Korea ini.
Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya
ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun
memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid.
Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang
berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu
bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar
khutbah yang disampaikan.

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque.


Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang
berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat
Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea,
ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan,
Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya
mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.
Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat
lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa
kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar

Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah


dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada
anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.
Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini
secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam
pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam
semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan
bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih
Islam sebagai agama mereka.
Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk
ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang
termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini,
kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan
Korea Selatan.
Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin
banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam.
Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai
pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang
dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang
terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan
masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.
Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun
dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika
negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di
dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan
kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion
ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.
Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh
Korean Muslim Federation (Persekutuan Korea Muslim KMF ) yang telah
ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat
Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.
Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea
Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan
pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea.
Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF
yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan
kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah
selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai
rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di
hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang
ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya
memeluk Islam. Melalui kelas pengajian What Is Islam? yang dijalankan di
Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150
orang memeluk Islam pada setiap tahun.

Masjid Chongju.
Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan
apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah
didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah
di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan
(2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan
Gwangju (2005).

Masjid di Pusan.

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang
datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup
bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.
Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat,
lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap
masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan
pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.
KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan
perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk
diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea
Selatan.
Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF
biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan
pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan
halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama.


Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya
mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja,
makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.
Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing
yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka.
Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak

awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya
kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka
yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai
bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

dunia.

Kadar bunuh diri tertinggi di

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan


dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai
kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya,
kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar
yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan
bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang
besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk
Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat
tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan
dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.
Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam
semakin berkembang di bumi Sonata ini.
1. Anak muda Korea membaca al Quran
2. Islam di Korea

Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh


pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar
Salam perjuangan

Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam.


__________________________________________________
Penghargaan:

Dr Hussein Janj, KMF Executive, Seoul Central Mosque, Itaewon, Seoul


En Abdullah Zawawi Tahir, Deputy Chief of Mission, Embassy of
Malaysia, Seoul
Sdr Ahnaf Abdul Qais, Pengerusi ISMA Korea & komuniti Malaysia di
Korea

Ditulis Oleh: Dr Zainur Rashid Zainuddin


Sumber;

http://www.islamituindah.my/

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Filed under: Hidayah Allah | Tagged: perkembangan islam | Leave a Comment

PERUNTUH MASJID BABRI MEMELUK ISLAM


Posted on March 4, 2012 by irfanirsyad

1 Vote

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992?
Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat
dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak
pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu
dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan
Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu
daerah di mana terletaknya masjid itu.
Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab
suci untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan
masjid itu akhirnya runtuh.
Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh
Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai
4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk
Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara
India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.
Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah
besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu.
Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan
keseluruhan masjid tersebut.
Mereka melaung-laungkan perkataan Ram! Ram! sebagai tanda kemenangan kononnya masjid
itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.
Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid
Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka
yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri
itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas kejahatan beliau terhadap
Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon
Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.
Kuasa Allah
Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar
namanya kepada Mohammed Mustafa.
Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7
Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.
Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya,
Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit
secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah
sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun
ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang
amat besar.
Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan
bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab
Bersatu (UAE).
Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan
suasana yang baru di negara itu.
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang
jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid
berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat
mengikuti khutbah itu dengan jelas.
Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang
khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu
mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.
Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap
masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini
menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.
Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan
hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah
lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah
akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau
tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan
terancam.
Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan
Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan
mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan
beliau seorang manusia baru yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang
masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah
dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.
Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk
ahli-ahli keluarganya sendiri.
Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.
Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya
itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya
dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan, ujarnya
sayu.
Susunan
dipetik dari Utusan Online

Perkongsian Artikel:

SITI

AINIZA

KAMSARI

Google
Bookmark
More

Like this:
Filed under: Hidayah Allah | Tagged: masjid | Leave a Comment

PELUK ISLAM MELALUI IKLAN


Posted on February 12, 2012 by irfanirsyad

1 Vote

Gain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan
iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka
lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat
Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17

orang

yang

menyatakan

ingin

memeluk

agama

Islam.

Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun
mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia
melihat iklan GainPeace di badan bas.
Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa
itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, kata Toole.
Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang
lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari
brochure itu. Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang
sedang saya baca, Toole menceritakan.

Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya, sambung
Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority
(CTA) bertuliskan Got Questions? Get Answers dan terus menghubungi nombor telefon yang
ada di bas tersebut.
Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap
syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang
memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea
yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama
Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.
Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau
memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, kata Toole.
GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk
para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup
seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

GainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010 - Flickr Yahoo Photo GainPeace.com
Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri
bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. Agama ini betul-betul sempurna bagi saya.
Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan
perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah
yang benar, tambah Toole.
Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal
jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.
Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25
bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima
ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan
al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad
serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk
menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat
membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.
Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di
New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu
di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab
tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.
Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan
agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

Flickr Photo GainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010


Sumber : www.isuhangat.net

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Filed under: Hidayah Allah | Tagged: Islam, perkembangan islam | Leave a Comment

MENGAPA MEREKA MEMILIH ISLAM?


Posted on December 23, 2011 by irfanirsyad

2 Votes

Dr. Murad Hofmann


Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau
memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD
dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau
memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah
Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau
dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco.
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara
sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera
Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut
kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang
memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini
kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula
mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran
Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang
Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak
boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan,
kata belilau, St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah
ajaran nabi Isa?

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam
keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan
nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa Anak Tuhan
perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri
lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan
kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali
tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan
seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.
Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)


Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama
Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity
College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya
yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila
beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya
menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan
ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsurunsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya.
Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik
sebanyak tiga kali.
Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di
Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam.

Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang
serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya.
Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik
perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya
menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama
Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa
kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau
menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.
Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang
merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau
berkata, Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah
di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan
berterima kasih kepada Allah.
Rujukan:http://www.arabnews.com/?page=1ion=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=
kingdom.jpg&category=Kingdom

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)


Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di
University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid
Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai
dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki.
Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam.
Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya,
beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang
Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan
untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam.
Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan
kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu
semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk
bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama
Islam.
Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai
Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and
Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik
menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).
Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)


Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf Islam Online bahawa
perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa
pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan
membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati
beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit.
Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan
mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan
manusia.
Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut
jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.
Artikel : Dr Danial Zainal Abidin
Sumber artikel: One Ummah.net

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Filed under: Hidayah Allah | Tagged: memeluk islam | Leave a Comment

CORETAN PENGISLAMAN ANELKA


Posted on November 29, 2011 by irfanirsyad

Rate This

Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup


Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan
nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di
depan gawang lawan. Anelka dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta
peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris (British Primiership
League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol.
Jumlah ini lebih banyak berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba


Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga
Inggeris. Kedua-duanya dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan
antara bintang bola sepak dunia. Di sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang
lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang
tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa serba salah jika mahu
bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam permainan.
Di barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain yang amat tenang
tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang pemain yang tidak beremosi seperti dahulu
lagi. Tidak seperti semasa dia bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal.
Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak yang suka merajuk
dan emosional.

Memeluk Islam
Kini Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang, tidak baran, dan
tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang lagi sejak bermain di Chelsea. Apa
sebenarnya yang terjadi terhadap Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak
mengawal diri? Dalam temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang
perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.
Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan
mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang Muslim, sebuah
agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti kehidpupan dari Islam, kata Abdul
Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.

Franck Ribery
Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti
rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu
berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan
benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.
Bagi saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai, terangnya.
Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang
umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya.

Bilakah Anelka Memeluk Islam?


Perpindahannya ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun
2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh
Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang
Muslim.
Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di
Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi
seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang
penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya
benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama,
Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka
mula tertarik dengan Islam. Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,
katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab, Super Magazine.
Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan alasannya
mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan
dirinya. Saya merasa selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini.

Anelka semasa kanak-kanak


Menganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan
positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap
rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di
atas padang. Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap
apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi, katanya.
Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match, majalah yang diterbitkan di
Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di
luar padang.
Saya menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari kedamaian
dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.
Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun
2007 di Marrakech, Maghribi. Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti.
Selain bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau juga pernah
berlakon dalam filem berjudul Le boulet sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.

Tetap Berpuasa
Sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang taat, kewajipan
berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka untuk tetap menjalankan aktivitinya
di padang bola sepak. Seperti kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap
berusaha menjalankan ibadah puasa.
Dalam wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai seorang
Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajipan
puasa. Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah
melakukannya pada tahun-tahun yang lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya
mengalami dua atau tiga kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.

Bersyahadat di Fenerbache

Sejak menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka telah
mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka kepada
agama Islam ini berlaku ketika dia bermain bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.

Anelka menyarung jersi Fenerbahce


Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah
ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka
kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta
pound.
Meskipun selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dengan
Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia berpindah ke Manchester City dengan
nilai perpindahan 13 juta pound pada awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim
dengan Manchester City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka
mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke Lige Perdana Inggeris.
Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai
perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea
dengan nilai 15 juta pound.

Biodata Anelka
Nama
Penuh:
Nama
Muslim:
Tempat
Lahir:
Tarikh
Lahir:
Isteri:
Kelab
Sekarang
Masuk
Kerjaya Profesional:

Nicolas
Abdul
14
Barbara
ini:
Islam:

Sebastien
Salam
Bilal
Versailles,
Mac
Chelsea

Anelka
Anelka
Perancis
1979
Tausia
FC
2004

1.
Paris
2.
3.
4.
Real
5.
Manchester
6.
7. Bolton Wonderes (Inggeris)

Saint-Germain/PSG
Arsenal
Liverpool
Madrid
City
Fenerbahce

(Perancis)
(Inggeris)
(Inggeris)
(Sepanyol)
(Inggeris)
(Turki)

Sumber: http://siasahkini.blogspot.com

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Filed under: Hidayah Allah | Tagged: memeluk islam | Leave a Comment

PROFESSOR JEFFERY LANG TEMUI HIDAYAH


MELALUI AL-QURAN
Posted on November 24, 2011 by irfanirsyad

1 Vote

Professor Jeffrey Lang, Temui Hidayah melalui al-Quran


Saya pernah berkata, saya tidak percaya kewujudan Tuhan! Namun al-Quran telah merubah
pegangan dan pendirian saya. Di bilik solat itu saya bersyahadat tiada Tuhan yang layak
disembah melainkan Allah.
Perjalanan setiap insan di muka bumi Allah ini berbeza-beza. Seperti Prof Jeffrey Lang, kisah
pengislamannya agak unik dan menarik untuk dikongsikan. Professor Matematik ini mendapat

Hidayah melalui perantaraan mahasiswa bimbingannya di kampus University of San Francisco,


AS. Ketika itu dia telah dihadiahkan sebuah kitab al-Quran yang diakuinya sebagai sebuah kitab
suci yang sangat mengagumkan.
Suatu hari, secara tidak sengaja dia telah menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja di
kampusnya. Setelah diamati, dia mendapati ruang kecil itu sebenarnya digunakan oleh para
mahasiswanya yang beragama Islam untuk menunaikan waktu solat lima waktu. Tambah
menarik, di ruang yang sama juga Prof Jeffrey Lang telah bersyahadat buat kali pertama. Ikuti
kisah selengkapnya.
Prof Dr Jeffrey Lang bertugas sebagai pensyarah dan penyelidik dalam bidang matematik di
Universiti Kansas, salah sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Dia dilahirkan dalam
sebuah keluarga penganut fahaman Katolik Roma di Bridgeport, Connecticut pada 30 Januari
tahun 1954.
Kemudian dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah beraliran Katolik
Roma di tempat kelahirannya.
Hampir 18 tahun lamanya saya menghabiskan masa kecil saya di sekolah yang berlatar
belakangkan ajaran Katolik. Namun, saya belum menemukan jalan untuk menyelesaikan
masalah yang selama ini saya hadapi. Terutamanya persoalan tentang Tuhan dan philosophy
ajaran Kristian, tuturnya ringkas.
Jeffrey, dalam catatan hariannya banyak mengisahkan tentang perjalanannya mencari Islam.
Seperti kebanyakan anak-anak kecil dengan penuh keceriaan. Bezanya, tika itu saya sudah
mulai banyak bertanya tentang nilai-nilai kehidupan, politik, sosial dan keagamaan. Bahkan saya
sering bertengkar dan bertikam lidah dengan ramai orang terutamanya ketua gereja Katolik,
ungkapnya.
Beranjak ke usia remaja, pendirian Prof Jeffrey mulai berubah. Akuinya lagi, dia sudah mula
tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
Jika Tuhan itu ada, dan punyai belas kasihan dan kasih sayang, mengapa terdapat pelbagai
penderitaan di atas muka bumi ini? Mengapa kita tidak dimasukkan terus ke dalam syurga? Dan
mengapa dia menciptakan setiap manusia itu dengan pelbagai penderitaan?. Selama bertahuntahun pertanyaan itu terus menghantui fikirannya.

Bertemu Mahasiswa Muslim


Persoalan yang terbuku akhirnya terlerai setelah Prof Jeffrey temui jawapannya di kota San
Francisco. Ceritanya bermula ketika dia dilantik sebagai salah seorang pembantu pensyarah di
Jabatan Matematik, Universiti San Francisco. Pertanyaan tentang wujudnya Tuhan terjawab
setelah dia menemui beberapa orang mahasiswa yang beragama Islam.

Ketika pertama kali saya menyampaikan kuliah di Universiti San Francisco, saya telah bertemu
dengan seorang mahasiswa Muslim yang mengambil subjek matematik. Kami menjadi semakin
akrab, begitu juga dengan keluarganya. Ketika itu, agama belum lagi menjadi topik
perbincangan kami. Sehinggalah sampai satu saat, saya dihadiahkan sebuah kitab suci al-Quran,
ceritanya lagi.
Mahmoud Qadeel, jejaka kelahiran Arab Saudi ini telah membuka mata Prof Jeffrey untuk
mengenali Islam. Menariknya, setiap perbincagan mereka banyak berkisarkan tentang sains dan
teknologi.
Kami pernah berdiskusi tentang ilmu kedoktoran, dan dia dapat menjawab dengan sempurna
sekali. Penguasaan bahasa Inggerisnya juga hebat, ceritanya kagum.

Hadiah al-Quran
Ketika majlis perpisahan, semua pensyarah dan mahasiswa diwajibkan hadir. Waktu itu, saya
sangat terkejut apabila Mahmoud menghadiahkan saya sebuah al-Quran dan beberapa buah buku
agama. Atas inisiatif sendiri, saya cuba mempelajari isi al-Quran tersebut. Bahkan buku-buku
agama yang diberikannya itu juga saya baca sehingga habis.
Saya begitu kagum dengan al-Quran, dua juz pertama dari al-Quran berjaya membuatkan saya
seperti dipukau. Saban malam, saya terus dihimpit dengan pelbagai pertanyaan, namun saya
berjaya menemui jawapannya pada keesokan harinya. Seakan ada yang membaca fikiran saya
dan menulisnya di setiap baris al-Quran, ujar Jeffrey lagi.

Bersyahadah di Surau Kampus


Sekitar tahun 80-an belum ramai lagi pelajar Muslim yang melanjutkan pelajaran di Universiti
San Francisco. Berpeluang bertemu dengan mahasiswa beragama Islam, merupakan sesuatu yang
istimewa dan mengejutkan, akui Prof Jeffrey.
Ada cerita menarik tatkala saya sedang menulusuri kampus, secara tak diduga saya telah
menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja. Rupa-rupanya ruang tersebut digunakan
oleh beberapa mahasiswa Muslim untuk menunaikan solat lima waktu, ceritanya lagi.
Tika itu, benak fikirannya terus disesakkan dengan pelbagai pertanyaan dan perasaan ingin tahu.
Dia segera melangkah masuk ke dalam ruang solat tersebut. Waktu itu para mahasiswa sedang
bersiap untuk menunaikan solat zohor dan dia juga diajak untuk berjemaah bersama. Dia berdiri
di belakang mereka, lalu mengikuti setiap gerakannya. Air matanya menitis perlahan membasahi
pipi.
Kami berdiskusi tentang masalah agama. Saya utarakan semua pertanyaan yang selama ini
terbuku dalam kepala. Sungguh luar biasa, saya benar-benar terkejut dengan penjelasan yang
diberikan oleh mereka. Masuk akal dan mudah untuk diterima dan difahami. Ternyata
jawapannya ada dalam ajaran Islam, tuturnya.

Lebih istimewa, melangkahnya aku dari ruang bilik itu, aku sudah pun mengucapkan dua
kalimah syahadah!, tutur Prof Jeffrey jujur.

Kenapa Kita Solat Ayah?


Prof Jeffrey tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, bahkan ibadah yang wajib ini
memberikan ketenteraman jiwa yang sangat luar biasa. Akuinya lagi, solat Subuh merupakan
ritual yang sangat indah dalam Islam, dan dia dapat merasakan kesan yang mendalam dari solat
Subuh. Suatu hari anak perempuannya Jameelah bertanya, Ayah, mengapa kita harus solat?
Saya benar-benar tersentak dengan pertanyaan itu. Saya tidak menyangka dengan pertanyaan
itu. Saya tidak menyangka anak kecil yang baru berusia lapan tahun itu boleh bertanya tentang
solat. Ikutkan hati, mahu sahaja saya menerangkan padanya tentang kelebihan dan kenikmatan
solat. Tapi adakah anak kecil itu mampu mengerti? Akhirnya saya menjelaskan padanya bahawa
solat itu perintah Allah, terang Professor.
Tapi ayah, apa yang boleh kita peroleh dengan menunaikan solat?
Anakku, ia begitu sulit untuk kamu fahami. Suatu hari nanti, jika kamu sudah istiqamah dengan
solat lima waktu, ayah yakin kamu pasti akan dapat jawapannya, terang Prof Jeffrey bijak.
Apakah solat mampu membuatkan kita rasa bahagia ayah? tanya si kecil Jameelah.
Sayangku, solat merupakan salah satu penawar penenang jiwa. Sekali kita bersentuhan dengan
kasih sayang Allah di dalam solat, maka itulah kenikmatan yang luar biasa. Bahkan segala
keletihan bekerja itu hilang selepas ayah menunaikan solat anakku.. jelasnya lagi meyakinkan si
anak.
Prof Jeffrey Lang juga telah dilantik sebagai Pembangun Persatuan Mahasiswa Islam, dan ia
bertujuan untuk menghubungkan pelajar Muslim ini dengan universiti. Bukan itu sahaja, dia
turut diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek agama Islam kepada pelajar.
Sumber: One Ummat.net

Perkongsian Artikel:

Google
Bookmark
More

Like this:
Filed under: Hidayah Allah | Leave a Comment

MALCOLM X DAN ISLAM


Posted on October 2, 2011 by irfanirsyad

Rate This

Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa
oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada mereka orang
Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan
merasai kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul.

Malcolm X
Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya
memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali
kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.

Kehidupan Awal

El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan
Muslim Amerika. Dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925.
Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang
pendakwah
Kristian,
dan
Louise,
seorang
wanita
West
Indies.

Ibu bapa Malcolm X


Ayahnya telah dibunuh oleh pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya,
Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau kulit putih yang sangsi dengan asalnya,
sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh. Kesukaran hidup dalam arus
perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa,
Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram
yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari 1946 dan dipenjarakan di
Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada 27 Febuari 1946.

Islam Mengubah Hidupnya


Hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa
oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang
cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga
mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka
status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm membuat keputusan untuk memeluk
Islam dan menganuti doktrin itu.

Elijah Muhammad
Nation
Of
Enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad.

Islam

1. Islam ialah agama sebenar untuk golongan kulit hitam manakala Kristian pula agama
untuk musuh iaitu kulit putih.
2. Kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang kulit hitam dan orang kulit hitam itu
tuhan.
3. Kulit hitam ialah golongan terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan
kebenaran.
4. Golongan kulit putih sebenarnya syaitan.
5. Pengasingan sosial dan politik daripada golongan kulit putih ialah keutamaan yang suci
dan mulia.
6. Keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia adalah bertentangan
dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua
penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal
dari golongan Kaum Asal (Original People).

Kehidupannya Bersama NOI


Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada
Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan
falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap
ceruk komuniti kulit hitam di US.
Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada
penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi
sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam
kehidupan dan masyarakat Amerika.

Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa Kulit Putih dan Kulit
Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa
kerugian besar kepada Kulit Hitam. Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York
Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti penghasut
dan pencetus masalah.

Pidato Malcolm X sentiasa


mendapat sambutan

Hijrah Malcolm X
Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah
mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.
Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah
contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal:
chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam
dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini
tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan
yang tidak berperikemanusiaan.
Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yang
membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus
menjatuhkannya.
Masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi
dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas
memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua
inspanidu ini.
Pada perspektif seorang penganut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan
Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan
dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam
diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.

Hidayah Ketika Haji


Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran
El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.
Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih
Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam
beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan
penyelewengan dalam ajaran NOI.
19 April 1964, Malcolm menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam
di Telaga Zam Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia
semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat mengatasi
masalah perkauman.

Perpaduan antara pelbagai warna


kulit di Mekah memberi kesan kepada Malcolm X
Bertitik tolak daripada pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan
pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.
Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih
di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin
kepada
kelahiran
pelbagai
pertubuhan
Muslim
Afrika-Amerika.
Era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni
ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim
antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen
inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.

Pembunuhan Malcolm X

Pada 21 Febuari 1965, di Manhattans Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan
berlaku satu kekecohan dan seorang lelaki menjerit Keluarkan tangan kau dari poket aku!
Jangan mengganggu poket aku!. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan
itu bersama pengawal peribadinya.

Fahaman Yang Sahih


Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah
contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada
belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan
masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.
Beliau seorang Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk
menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah
membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima
kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar
pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata Malcolm X, semua orang kulit hitam di
Amerika Syarikat mengenali beliau kerana perjuangannya.

Surat Malcolm X ketika sedang mengerjakan Haji


Ketika beliau berada di Makkah, Al-Hajj Malik El-Shabazz menulis surat kepada penolong
setianya yang berada di Harlem.

Anda mungkin juga menyukai