Anda di halaman 1dari 20

Subjek : Tarannum

(Biografi YH Dato’ Ahmad Faizul Bin Ghazali


Al-Hafiz dan Sumbangannya dalam bidang
Tarannum di Pahang/Malaysia)

Pensyarah : Ustaz Muhd Alwi Bin Abdul Rahman

Nama No. Matrik


Amirul Sufi Bin Rusli M162019419

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


Pendahuluan 3
Bab 1: Pengenalan, 4-11
Latar belakang Dato’Ahmad
Faizul Ghazali
Bab 2: Penglibatan dalam 12-13
Bidang Ke-ilmuan Islam
Bab 3: Sumbangan dan Jasa 14
dalam Bidang Tarannum
Bab 4: Murid-murid 15-17
Penutup 18
Rujukan 19

2
PENDAHULUAN

﴿ ‫﴾ بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan , serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang
dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya
Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-
Nya .

Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk
junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang
menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , saya telah
dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung ucapan terima kasih
kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat
untuk di jadikan teras penulisan saya terutamanya kepada keluarga saya . Seterusnya , tak
lupa juga kepada pensyarah saya , Ustaz Muhammad Alwi bin Abdul Rahman yang banyak
memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna .

Seperti tajuk tugasan yang telah dipilih iaitu " Biografi YH Dato’ Ahmad Faizul bin
Ghazali Al-Hafiz dan Sumbangannya Dalam Bidang Taranum di Pahang, Malaysia " , skop
penulisan saya berkisahkan salah seorang pendakwah dan ahli yang masyhur dalam bidang
taranum Al-Quran khususnya di Malaysia. Beliau banyak menyumbang jasa dalam
menyebarkan dan menarik minat masyarakat untuk mendalami bidang taranum Al-Quran ini.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi
. manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian

3
BAB 1

1.0 PENGENALAN

Kajian mengenai tokoh adalah satu kajian yang terpenting dan banyak manfaatnya.
Apatah lagi jika kajian tersebut melibatkan tokoh terkemuka yang memberi sumbangan besar
kepada dunia ilmu. Ulama yang dianggap sebagai pencetus kepada perubahan masyarakat
perlu didedahkan ketokohan, peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat dan negara.

Dato’ Ahmad Faizul Ghazali juga merupakan salah seorang ilmuan islam yang
termasyhur di Malaysia khususnya di Pahang. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Durian
Hijau, Jerantut , Pahang Darul Makmur dan dilahirkan dalam suasana keluarga yang berilmu.
Beliau banyak mencurahkan jasa, pengorbanan, fikiran dan tenaga demi meningkatkan dan
mengembangkan ilmu Al-quran untuk masyarakat.

Dato Ahmad Faizul Ghazali mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang keilmuan
islam. Kepakaran yang amat menonjol pada diri beliau ialah dalam Al-Quran seperti ilmu
tarannum, tajwid, qiraat dan lain-lain. Jasa dan sumbangan beliau yang terbesar ialah dalam
bidang tarannum al-quran.

4
1.1 LATAR BELAKANG DATO’ AHMAD FAIZUL GHAZALI

Dalam bab ini, saya akan menyentuh tentang sejarah hidup Dato’ Ahmad Faizul Ghazali
Al-Hafiz. Bermula dengan nama dan kelahiran beliau. Kemudian disusuli dengan latar
belakang keluarga. Diikuti dengan pendidikan, guru-guru, murid-murid, kerjaya, dan
keperibadian beliau.

1.1.1 Nama dan Kelahiran

Nama penuh beliau ialah Ahmad Faizul bin Ghazali. Mempunyai 10 orang adik beradik
dan beliau merupakan anak yang ke-enam. Beliau dilahirkan pada 16 Julai 1976, merupakan
anak kelahiran Kampung Durian Hijau, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Kemudian
mengikuti ayahnya serta keluarga berpindah ke Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang. Telah
berkahwin bersama Datin Nordiah Hadi dan mempunyai 9 orang anak.

1.1.2 Latar Belakang Keluarga

Ayahnya yang bernama Encik Ghazali bin Abdul Ghani merupakan seorang peneroka dan
ibunya pula bernama Puan Habsah binti Sulaiman merupakan seorang suri rumahtangga.

Adik-beradik beliau , kebanyakannya terlibat dalam bidang professional. Misalnya, abang


beliau, Mohamad Ridhuan Ghazali merupakan seorang guru di Terengganu. Seterusnya adik
beliau, Ustaz Huzaifah Ghazali juga seorang guru di sebuah Maahad Tahfiz Pengkalan
Damar, Sungai Karang, Kuantan, Pahang. Selain itu, salah seorang adik beradiknya juga ada
yang bertugas di Jepun sebagai professional dalam industri makanan Halal di Jepun.

5
1.1.3 Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Felda Sungai Retang, Pahang. Ketika di
bangku sekolah, beliau penah menyertai pertandingan nyanyian ‘Bintang Kecil’ anjuran
RTM. Anak jati Pahang ini pernah menjadi juara dalam pertandingan tersebut bukan sekali
tetapi tiga kali berturut-turut sewaktu di darjah 4,5 dan 6. Di darjah 4, beliau Berjaya kerana
membawa lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon; diikuti darjah 5, sebuah lagu
nyanyian Jay Jay; dan di darjah 6, lagu Nilai Cintamu nyanyian seorang lagi anak kelahiran
Pahang, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Ekoran itu, Dato’ Ahmad Faizul yang ketika itu berusia 12 tahun, menerima pelbagai
tawaran termasuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama dan tawaran menjadi artis
rakaman, bagi menggilap lagi bakat nyanyiannya. Ketika itulah ayahnya yang merupakan
seorang peneroka Felda, Encik Ghazali Abdul Ghani dan ibunya seorang suri rumahtangga,
Puan Habsah Sulaiman, terpaksa mengambil keputusan tegas mengenai hala tuju kehidupan
anak ke-enam daripada 10 beradik itu.

Kedua ibu bapa beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan guru besarnya dan
memberitahu bahawa beliau terpaksa menolak tawaran untuk memasuki sekolah asrama dan
tawaran menjadi artis rakaman. Kemudian beliau telah dihantar untuk menyambung pelajaran
di peringkat menengah di negeri Terengganu.

Di peringkat menengah, beliau dimasukkan oleh kedua ibu bapanya ke Maahad Tahfiz al-
Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau berada di Maahad Tahfiz ini
selama enam tahun (1988 – 1994). Madrasatul-Quran Kubang Bujuk (selepas ini ditulis
dengan ringkasan MQKB) dibuka dengan rasminya pada 22 hb. November 1982. Ia
merupakan sebuah pusat pendidikan al-Quran ala tradisional yang terawal didirikan di Negeri
Terengganu. Jaraknya dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 14 km. Kini berkembang
terus-sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi al-Quran.

6
Banyak keunikan terdapat di MQKB. Pengasasan penubuhannya tidak sebagaimana yang
terdapat pada madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah pondok yang lain di mana
kebanyakan pengasas sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada alim ulamak dan tok guru-tok
guru. Sebaliknya MQKB diasaskan oleh seorang hartawan yang terkenal di Terengganu iaitu
Haji Muda bin Deraman semoga di rahmati Allah atas pengorbanannya. Walaupun beliau
tidak mempunyai latar belakang agama yang tinggi namun minat serta kecenderungan yang
kuat untuk berkorban serta mencari keredhaan Allah telah berjaya menubuhkan sebuah
madrasah yang melahirkan ramai hafiz di Negeri Terengganu.

Di sinilah beliau mendalami ilmu al-Quran termasuk berkenaan bacaannya; tentang


‘tajwid’ (hukum-hakam tentang bacaan); ‘makhraj’ (cara menyebut huruf dengan tepat); dan
‘fasohah’ (mengetahui cirri-ciri tempat sempurna untuk berhenti). Selepas itu, beliau
menjelajah ke serata tempat hinggalah sejauh Indonesia untuk mendalami pengajian al-
Qurannya dengan perbelanjaan sendiri.

Dato’ Faizul kemudiannya melanjutkan pengajiannya dalam bidang Al-Quran di Mesir


yang ditaja oleh Tengku Muda Pahang iaitu Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan
Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Beliau belajar di sana dalam masa jangka pendek
selama 6 bulan . Di sana beliau talaqqi bersama ulama yang masyhur seperti Syeikh Sayyid
Ali Abdul Majid iaitu timbalan Syeikhul Qura’ Mesir ketika itu.

7
1.1.4 Guru-guru

Di dalam proses pendidikan di kalangan ulama, aspek berguru amat diberi penekanan kerana
ianya mempunyai nilai-nilai murni di antara guru dan murid. Berhubung dengan hal ini,
Dato’ Ahmad Faizul Ghazali juga mempunyai guru-guru yang terkenal dalam berbagai
disiplin ilmu.

Antara guru-guru beliau yang masyhur ialah :

1. Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid

Seorang tokoh Quran Mesir iaitu Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid. Beliau adalah timbalan
pengerusi semakan Quran di Mesir, anggota temuduga pemilihan qari untuk rancangan radio
al-Quran Mesir dan juga hakim tilawah antarabangsa anjuran JAKIM di Malaysia.

2. Dato’ Nik Jaafar Bin Nik Ismail

Ustaz Haji Nik Jaafar Nik Ismail dilahirkan pada tahun 1936 di Kampung Kerasak, Pasir
Mas, Kelantan. Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Pondok Madrasah Muhammadiah
Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Di dalam masa yang sama beliau mendalami
pengajian Al-Quran dengan datuknya Haji Mohd Yusuf kedondong (qari DiRaja Kelantan),
Haji Che Musa Mahmud dan Haji Ahmad Ma'sum (johan qari international pertama).
Berkhidmat sebagai guru agama Kerajaan Kelantan dan Kementerian Pelajaran Malaysia
selama dua puluh tahun disamping terlibat membentang kertas-kertas kerja mengenai
Tarannum bil Quran peringkat kebangsaan Malaysia, menjadi pensyarah kursus metadologi
pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Kementerian dan ahli penal penulisan kurikulum dan
buku tarannum bil Quran kelas kemahiran membaca al-Quran kementerian.

8
Mulai tahun 1983 beliau dilantik menjadi hakim majlis tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan Malaysia. Beliau juga diundang menjadi juri musabaqah tilawah Al-Quran
peringkat asean dan negara Thailand. Pada tahun 1993 sehinggalah ke hari ini beliau dilantik
menjadi hakim majlis tilawah Al-Quran peringkat international (MTQ). Beliau juga diundang
membentangkan kertas kerja dan menyampaikan kursus-kursus mengenai tarannum bil Quran
hingga ke Negara Brunei Darus Salam, Thailand dan Singapura. Pada tahun 1995
bersempena dengan sambutan maulidur Rasul 1416, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh
kecemerlangan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Malaysia.

Waktu bertugas sebagai hakim tilawah al-Quran, Nik Jaafar bukan sekadar memberikan
markah, tapi beliau kerap menjadi pakar rujuk kepada peserta yang mengikuti pertandingan
terbabit sama ada dari dalam dan luar negara. Usaha dan ilmu yang dimilikinya
membolehkan beliau membantu melahirkan ramai johan tilawah al-Quran peringkat
antarabangsa seperti Ibrahim Harun, Faridah Mat Saman Fatimah Mat Diah, Radhi Kamarul
Hailan, Datuk Hanizah Jalaludin. Ustaz Nik Jaafar berkata, lebih 35 tahun menjadi hakim
tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, memberikan pengalaman cukup
berharga buat dirinya.

Ketika di awal pengajiannya dalam bidang taranum bersama Ustaz Nik Jaafar , Dato’ Faizul
sering berulang dari Kuantan ke Kelantan untuk bertalaqi bersama gurunya itu. Di waktu
itulah beliau mengorbankan banyak masa dan tenaga demi menuntut ilmu. Sehingga kini
beliau masih menziarahi dan belajar bersama Ustaz Dato’ Nik Jaafar Nik Ismail.

9
1.1.5 Kerjaya

 Guru tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Pengkalan Damar, Kuantan Pahang.


Maahad tahfiz ini telah mula beroperasi sejak awal Februari tahun 2000. Ia adalah
cetusan idea dari Tn. Haji Ramali b. Marzuki dengan sokongan padu Dato Ahmad
Faizul dan Ustaz Edzuan b. Ramali yang ketika itu menjawat jawatan Imam di Masjid
TPPTM Sungai Karang.
 Guru Quran di IKIP , Pahang
 Imam di Masjid Panglima Perang Tengku Muhammad, Sungai Karang, Kuantan
 Menjadi imam solat terawih setiap bulan Ramadhan di Masjid Negeri Pahang
 Mengajar al-Quran dan taranum di dalam dan luar negara seperti Singapura dan
Brunei
 Mengajar taranum di seluruh negeri

1.2 Keperibadian

1.2.1 Sifat-sifat beliau

Dato’ Ahmad Faizul merupakan insan biasa seperti ulama atau ilmuan yang lain
mempunyai sifat peribadi yang tersendiri dalam kehidupan. Keunggulan peribadi beliau
mencerminkan jiwa dan pemikiran yang positif dalam kehidupan seharian. Ciri tawadu’ amat
jelas pada Dato’ Faizul. Beliau adalah seorang yang merendah diri, tidak sombong dan amat
mudah didekati walaupun beliau mendapat anugerah Dato’ , tetapi beliau tetap bersifat
tawaduk. Beliau sentiasa menasihati anak-anak muridnya supaya sentiasa menjaga adab dan
akhlak. Dato’ Faizul telah membuktikan sendiri yang beliau sangat berakhlak orangnya.
Lemah lembut dan mustahil mendengar beliau mengata dan mengutuk orang lain. Beliau juga
kerap memberi pesanan agar seni taranum ini menjadi penyatuan semua. Bukan berbalah
sesama sendiri apabila ada perbezaan jalan/cara bacaan.

10
1.2.2 Minat dan hobi

 Mengaji, taranum, nasyid dan berqasidah

Membaca al-Quran bertarannum, bernasyid dan berqasidah adalah


minat yang paling utama pada diri beliau. Setiap hari mesti beliau akan
mempraktikannya. Dengan ini, secara tidak langsung dapat mengasah dan
menajamkan lagi kemahiran dan suara beliau. Beliau juga sangat suka mendengar
alunan nasyid arab dan sentiasa mengalunkannya bersama anak-anaknya dan murid-
murid.

 Berjoging

Walaupun sentiasa sibuk dengan urusan kerja, beliau tetap tidak lupa untuk menjaga
kesihatan. Beliau akan menetapkan masa untuk melakukan senaman dan berjoging di
masa yang terluang supaya badan tidak terlalu lemah dan sentiasa bertenaga untuk
menjalani kehidupan yang sihat.

1.2.3 Makanan Kegemaran

Sangat menggemari makanan arab seperti roti dan nasi arab. Ini membuatkan orang
sekeliling seperti keluarganya dan murid-murid, memberi makanan dan manisan arab
kepadanya sebagai buah tangan dan hadiah.

11
BAB 2

2.0 PENGLIBATAN DALAM BIDANG KE-ILMUAN ISLAM

Kemahiran beliau dalam pengajian Al-Quran sangat meluas. Kepakaran beliau dapat
dilihat terutamanya dalam bidang taranum, tajwid, tahsin dan qiraat.

2.1 Kemahiran

2.1.1 Tarannum

Dato’ Ahmad Faizul mempunyai keistimewaan dari segi suaranya yang lunak dan merdu.
Sebelum menceburui bidang tarannum, beliau merupakan seorang hakim tilawah Al-Quran
dalam beberapa acara di Malaysia. Mendapat dorongan dan cadangan dari beberapa orang
termasuk lah dari gurunya sendiri, Dato’ Haji Nik Jaafar Nik Ismail untuk mula belajar
taranum selepas mendengar dan melihat potensi yang ada pada Dato’ Ahmad Faizul. Sejak
itu beliau mula belajar dan mengasah bakat beliau dalam tarannum. Setelah mahir dalam ilmu
ini, beliau aktif mengajar dan menyebarkan lagi ilmu tarannum ini. Oleh itu, banyak
sumbangan dan jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada masyarakat khususnya.

2.1.2 Ilmu Tajwid

Ilmu tajwid adalah merupakan suatu ilmu yang sudah menjadi sinonim dalam tubuh
beliau, kerana ia adalah tunjang kepada pembacaan al-Quran. Menurut beliau, mempelajari
ilmu tajwid adalah wajib kepada setiap individu muslim yang membaca al-Quran. Tujuan
ilmu tajwid adalah untuk memelihara lidah daripada melakukan kesalahan sewaktu membaca
al-Quran. Di samping itu, tujuan mempelajarinya untuk memudahkan bacaaan al-Quran
dengan fasih, terang, jelas dan ini merupakan satu-satunya cara untuk mendapat bacaan yang
paling baik dan juga sejajar dengan ajaran Nabi Muhammad saw.

12
2.1.3 Tahsin Al-Quran

Kepakaran beliau dalam bidang tahsin ini terbukti dengan beliau sering dijemput
memberi kursus, seminar dan pembentangan kertas kerja peringkat kebangsaan. Tahsin
Quran di dalam Islam mempunyai makna bahwa di dalam membaca Kitab Suci Al Quran
haruslah benar dan tepat demi terjaganya keaslian praktik dakwah sesuai yang diajarkan oleh
Nabi Muhammad SAW. Tahsin sendiri di dalam Bahasa Arab mempunyai arti memperbaiki,
memperkaya atau menguatkan. Tahsin Quran juga dapat diartikan sebagai penyempurnaan
hal-hal yang berkaitan dengan kesempurnaan lafaz pengucapan huruf-huruf Al Quran dan
penyempurnaan dalam pengucapan hukum hubungan di antara huruf dengan huruf yang lain
seperti ikhfa, idzhar, idgham, dan yang lainnya.

2.1.4 Ilmu Qiraat

Keilmuan yang ada pada Dato’ Ahmad Faizul Ghazali ialah Qira’at al-Asy‘irah dan
termasuk juga Qira’at yang Syadhah. Beliau telah mempelajarinya secara bersanad daripada
syeikh-syeikh yang muktabar. Ilmu Qira’at adalah suatu ilmu yang berhubung kait dengan
Al-Quran. Al-Qira’at adalah bersumberkan kepada bacaan Nabi Muhamad s.a.w. yang
dibacakan kepada para sahabatnya selepas menerima wahyu yang disampaikan oleh Jibril a.s.
Para sahabat pula membaca mengikut wajah-wajah bacaan yang mereka dengar daripada
Nabi Muhammad saw.

2.2 Pencapaian dan Anugerah

Dato’ Ahmad Faizul telah menyertai dan ditabalkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran
Antarabangsa pada tahun 2003. Ketika itu beliau berumur 27 tahun. Diatas pencapaian ini
dan sumbangan beliau dalam menyebarkan ilmu Al-Quran, beliau dianugerahkan Darjah
Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dari Istana Pekan, Pahang yang membolehkan beliau
mendapat gelaran YH Dato’ Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz.

13
BAB 3

3.0 SUMBANGAN DAN JASA DALAM BIDANG TARANUM

Setelah dikaji mengenai sumbangan YH Dato’ Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz dalam
ilmu tarannum al-Quran, penulis dapati banyak sumbangan-sumbangan beliau yang
dicurahkan kepada Masyarakat, iaitu :

1. Sebagai guru
Beliau biasanya menyumbang ilmu tarannum al-Quran dengan mengajar kelas-
kelas atau halaqah-halaqah tarannum yang diadakan di surau-surau, masjid-masjid,
rumah-rumah orang perseorangan dan di rumahnya sendiri. Pengajaran beliau di
sampaikan kepada pelbagai peringkat masyarakat, termasuk penduduk kampung,
pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Dato’ Ahmad Faizul
juga sering mengajar dan melakukan rakaman di stesen Radio Pahang F.M.

2. Pembimbing Kursus dan Program


Selain itu, beliau juga diundang untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam
kursus-kursus dan seminar-seminar. Di sini juga beliau dapat menyumbang dan
menyebarkan ilmu al-Quran kepada masyarakat khususnya kepada peserta-peserta
yang hadir. Kebanyakan kursus dan program yang dibimbing olehnya adalah
berkaitan tahsin dan tarannum Al-Quran.

3. Penasihat dan Jurulatih taranum


Dato’ Faizul merupakan seorang aset dan ilmuan taranum yang berharga buat
negeri Pahang khususnya, oleh itu beliau dilantik menjadi penasihat tetap Persatuan
Tarannum Pahang. Beliau juga merupakan seorang jurulatih untuk peserta tilawah dan
hafazan Al-quran di serata Malaysia. Pelbagai negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka
dan Selangor menggunakan khidmat beliau untuk mengajar peserta untuk persediaan
sebelum pertandingan berlangsung. Sering juga beliau dijemput oleh negara-negara
luar untuk membimbing peserta mereka seperti Singapura dan Brunei.

14
BAB 4

4.0 MURID-MURID

Setelah berguru dengan beberapa orang tokoh ilmuan, tiba masanya beliau menyumbang
jasa kepada masyarakat. Dato’ Ahmad Faizul Ghazali telah mencurah segala bakti dan ilmu
beliau dalam bidang tarannum al-Quran kepada mayarakat Malaysia amnya. Beliau
mempunyai bilangan murid yang agak ramai. Secara umumnya seluruh negeri-negeri di
Malaysia terutamanya Pahang negeri kelahirannya . Ramai qari dan qari’ah yang telah
dibimbing oleh beliau yang telah berjaya memenangi majlis tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

Antara qari-qari tersebut ialah :

1. Ustaz Muhammad Izzan bin Idris

2. Ustaz Mohammad Syaheed bin Sabri

3. Ustaz Ayaz Husaini bin Khairul Annuar

Antara qariah tersebut ialah :

1. Nor Farhatul Fairuzah (Johan Tilawah Al-quran Antarabangsa ke-61 (2019)

2. Hjh Suraya Abu Hassan (Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-53 (2011)

4.1 Biodata Murid

Ramai murid kepada Dato’ Ahmad Faizul telah menjadi qari dan qariah yang berjaya
dalam bidang tarannum ini. Terdapat beberapa muridnya yang telah ditemu-ramah oleh
penulis dan menjadi responden. Antaranya ialah :

1. Ustaz Muhammad Izzan bin Idris


2. Ustaz Ayaz Husaini bin Khairul Annuar

15
4.1.1 Biodata Ustaz Muhammad Izzan bin Idris

Nama: Muhammad Izzan bin Idris


Tarikh Lahir: 17/7/1995
Tempat Lahir: Jaya Gading, Kuantan, Pahang

Pendidikan :
- Sekolah Rendah Kebangsaan Jaya Gading, Kuantan
- Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan
- Maahad Tahfiz Negeri Pahang (2012)
- Sijil Tinggi Taranum Al-Quran, Jakim (2013)
- Diploma Tahfiz Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran Jakim (2016)
- Ijazah Sarjana Muda Syariah di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Guru-guru Tarannum:

- YH Dato’ Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz


- Ustaz Idris Muhammad (ayah)
- Ustaz Azhari Deraman (guru di Kelantan)

Pencapaian:

1- Johan tilawah Al-Quran peringkat daerah Jerantut (2015,2019)


2- Tempat ke-5 Tilawah IPT ASEAN anjuran Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),
(2017)
3- Johan Tilawah Al-Quran Ihtifal Huffaz peringkat kebangsaan anjuran JAKIM (2015)

Kerjaya dan Pengalaman:

1-Tenaga pengajar Taranum di Institut Kemahiran Membaca Al-Quran (IKMAL),


Kuantan dan di Rumah Ngaji Al-Hidayah, Kuantan

2-Rakaman 30 juzuk al-Quran di stesen radio Pahang FM, 2010 & 2020

16
3-Imam solat di beberapa masjid serata Pahang,Kuala Lumpur dan Hulu Selangor

4.1.2 Biodata Ustaz Ayaz Husaini bin Khairul Annuar

Nama: Ayaz Husaini bin Khairul Annuar

Tarikh Lahir: 18/1/1997

Tempat Lahir: Taman Guru, Kuantan

Pendidikan :

- Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan

- Sekolah Menengah Agama Al-Maarif, Felda Bukit Goh, Kuantan

- Maahad Tahfiz Negeri Pahang (2012)

- Diploma Al-Qiraat dan Taranum , Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Guru-guru Tarannum:

- YH Dato’ Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz

- Ustaz Abdullah Fahmi (KIAS)

- Ustaz Yahya Daud (KIAS)

- Tuan Guru Haji Rahim

- Ustaz Abdullah Fahmi (KIAS)

- Tuan Guru Dato’ Nik Jaafar Nik Ismail (Kelantan)

Pencapaian dan Pengalaman :

1- Mula berkecimpung dalam Majlis Tilawah Al-Quran (2013)


2- Wakil sekolah
3- Wakil negeri Pahang (Majlis TQSS) di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur

17
18
5.0 PENUTUP

Meneliti susur galur kehidupan YH Dato’ Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz dapat
disimpulkan bahawa beliau merupakan seorang ilmuan yang memiliki ilmu dalam bidang al-
Quran dan banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat di Malaysia khususnya di
negeri kelahirannya Pahang Darul Makmur.

Dengan pengorbanan beliau dalam menyebarkan ilmunya kepada masyarakat, membuka


lembaran baru dalam pengajian al-Quran terutama dalam bidang tarannum. Inilah antara
sumbangan beliau yang besar kepada umat Islam khususnya di Malaysia.

Akhir sekali, saya berharap umat Islam agar menjadikan ilmu-ilmu al-Quran sebagai ilmu
yang pertama sekali dipelajari. Di kesempatan ini juga, saya berharap semoga kajian ini dapat
memberi faedah kepada semua pihak dan seterusnya dapat memartabatkan ilmu tarannum al-
Quran di Malaysia malah di mata dunia.

19
RUJUKAN

1. Khabarpahang.blogspot.com
2. Temu ramah bersama Ustaz Muhammad Izzan bin Idris
3. Temu ramah bersama Ustza Ayaz Husaini bin Khairul Annuar

20

Anda mungkin juga menyukai